Wednesday 27 February 2013

Soalan cepumas sebelum PRU13

Jom! Jawab soalan ini.. : 

1. Presiden manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Cina Lee Kuan Yew? 
A. Presiden DAP 
B. Presiden PAS 
C. Presiden UMNO 

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera selama sejak merdeka? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% selama sejak merdeka? Hilang 50 billion? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew baru-baru ini? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

6. Siapakah yang membunuh sekampung muslim di Memali, Kedah? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari Cina? 
A. Negeri UMNO 
B. Negeri PAS (Kelantan) 

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ? 
A. UMNO/BN 
B. PR 

9. Siapakah yg melego telaga minyak pada brunai berjumlah 300 billion ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

10. Siapakah merampas perak ala samseng dan mafia ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

11. Siapakah yg menyumbat dlm ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ? 
A. Presiden PAS 
B. Presiden DAP 
C. Presiden UMNO 

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

13. Siapa yg menolak hukum islam sampai hari ini ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni RM 19 billion tetapi pada rakyat mahu di hapuskan terus ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

15.Siapakah dalang kehilangan enjin jet sehingga digelar jet tanpa enjin ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

16.Siapakah yang membina stadium ajaib sehingga xsampai setahun runtuh ? 
A. DAP 
B. UMNO 
C. PAS 

17.Siapakah penyebabkan kerugian felda berbilion2 ? 
A. PAS 
B. UMNO 
C. DAP 

Sila jawab, jangan tak jawab.

.

Tuesday 26 February 2013

'Raja' Kampung Baru mula tunjuk taring

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Penyelaras Parlimen Titiwangsa)

PROJEK PEMBANGUNAN KG BARU: TALIAN HAYAT UMNO? 

Datuk Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengumumkan untuk membangunkan projek rumah mampu milik di Kampung Baru. Beliau cepat mengumumkan projek segera tanpa ada notis dan perbincangan dengan semua pihak, seakan-akan mahu kesemua projek ini diselesaikan sebelum PRU ke 13 sebagai bahan kempen untuk rakyat. 

Rupanya ini niatnya sebenar apabila beriya-iya mahu Kampung Baru diserahkan kepada Perbadanan Kampung Baru. Dengan kuasa besar yang dimilikinya tanpa dapat dicabar oleh pewaris, beliau bebas mengumumkan apa juga projek. 

Saya ingin mengimbas kembali apa yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009 untuk membina dua menara Puncak Baru, kononnya menjadi mercu tanda di kawasan tersebut. Apa sudah jadi dengan projek tersebut? Belum ditunaikan janji terdahulu sudah membawa janji baharu pula? Apakah kali ini sekali lagi pemimpin BN isytihar projek retorik untuk rakyat demi meraih sokongan untuk PRU 13? 

Saya merasa hairan bagaimana Datuk Raja Nong Chik mengumumkan projek sebesar ini di kawasan Kampung Baru dengan begitu mudah. Mengapa tidak beliau mengambil masa berbincang, bertemu dengan penduduk dan mencadangkan projek pembangunan yang sesuai di kawasan tersebut? Apakah sukar bagi beliau menghormati hak pewaris kampung dengan mendapatkan persetujuan dahulu sebelum meluluskan apa juga projek? 

Mungkin perkara ini mudah baginya kerana beliau tidak pernah mendiami kampung milik orang Melayu tersebut. Ini kerana baginya implikasi yang bakal dihadapi bukan kena pada batang tubuhnya tetapi rakyat di kampung tersebut. 

Saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menolak pembangunan di Kampung Baru. Malah, PR juga akan berusaha membangunkan Kampung Baru sebaik sahaja diberi mandat memerintah Putrajaya kelak. Namun beza pembangunan yang dicadangkan oleh PR dengan BN amat jauh, sejauh langit dengan bumi. 

Beza utama adalah PR akan menghormati kehendak pemilik dan pewaris Kampung Baru dengan tindakan utama membatalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dan menyerahkan kembali kampung tersebut kepada pemilik untuk menentukan hak mereka. Terpulang kepada pemilik untuk memilih bentuk pembangunan yang mereka ingini. PR juga akan mencadangkan beberapa pelan pembangunan dengan persetujuan pemilik Kampung Baru. 

Apa yang penting bukan projek pembangunannya, tetapi hak dan keselesaan penduduk perlu menjadi keutamaan. Apa gunanya projek bernilai berbilion ringgit tetapi penduduk menanggung sengsara atau tidak langsung menikmatinya. Apa juga nilainya projek pembangunan yang megah yang hanya mengenyangkan kontraktor dan kroni terdekat namun rakyat menangisi hak yang semakin terhakis.

.

Sunday 24 February 2013

Ceramah Umum 28 Feb: Chow Kit Terancam?

PAS Kawasan Titiwangsa akan menganjurkan siri ceramah penerangan bertempat di Belakang Plaza Safuan, KL. Ceramah menampilkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, YB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj. Mohamad Noor Mohamad, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah, Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ustaz Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan.


Rakyat Malaysia dijemput hadir. Tumbangkan Umno, Rakyat Selamat, Negara Berkat.

.

Dr. Raja Iskandar desak Zahid Hamidi dan Hishamuddin letak jawatan

Oleh: DR RAJA AHMAD AL HISS (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Lajnah Antarabangsa DPPM) 

ISU PENCEOBOHAN DI LAHAD DATU: MENTERI PERTAHANAN DAN MENTERI DALAM NEGERI PERLU LETAK JAWATAN

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius isu pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah. Bagi DPPM, isu sekumpulan warga asing yang lengkap bersenjata masuk ke negara ini adalah suatu ancaman besar kepada kedaulatan dan keselamatan negara. 

DPPM merasa kecewa dengan usaha kerajaan menangani isu pencerobohan warga asing ini kerana sehingga ke hari ini tiada tindakan tegas dan tepat diambil terhadap kesemua mereka. 

Mereka masih dibenarkan berada di dalam negara malah kerajaan sanggup pula membenarkan tuntutan mereka diraikan walaupun rakyat kita di Lahad Datu dalam ketakutan. 

Sepatutnya, sejurus kerajaan mengetahui kehadiran mereka, pasukan tentera lebih awal memintas mereka dan memberikan amaran keras. 

Mereka sepatutnya telah dihantar pulang setelah itu dan sekiranya mereka enggan pihak tentera tidak teragagak-agak boleh mengambil tindakan ketenteraan. 

Dalam hal ini, isu keselamatan rakyat khususnya penduduk di Felda Sahabat 17, Lahad Datuk perlu menjadi keutamaan berbanding pasukan bersenjata asing ini. Apakah kerajaan tidak merasa bimbang kumpulan ini boleh membahayakan keselamatan penduduk setempat dengan melepaskan tembakan ke arah penduduk atau menjadikan rakyat Sabah sebagai tebusan? 

Kes ini menjadi bukti betapa lemahnya sistem pertahanan negara. Pasukan risikan (Intelligent) tentera serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal mengesan sebarang pergerakan pengganas dari awal sehingga mereka dengan mudah menerobos masuk ke perairan negara. 

Rakyat melihat perkembangan ini dengan perasaan gelisah kerana sempadan negara terlalu mudah diceroboh oleh pihak luar atau pengganas. Mungkinkah lebih ramai warga asing atau pengganas mendarat di negara ini dan menjadikan negara ini sebagai pengkalan mereka? 

DPPM merasa kesal kerana pasukan keselamatan negara hanya disibukkan dengan urusan politik termasuk menjadi risikan terhadap prestasi semasa parti politik dan analisa PRU ke 13 berbanding menjaga perbatasan. 

DPPM juga merasa kesal kerana Kementerian Pertahanan telah membelanjakan berbilion ringgit membeli peralatan canggih termasuk membeli kapal selam dan jet tempur terkini namun gagal mengesan operasi khas puak bersenjata warga asing. 

Justeru, DPPM mendesak Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap perkara ini dan meletakkan jawatan atas kelemahan mereka mengurus tadbir pasukan keselamatan. 

Bagi DPPM, soal kedaulatan dan keselamatan negara bukan isu yang boleh dipolitikkan atau boleh bertolak ansur. 

Rakyat menganggap Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri telah gagal menguruskan isu pencerobohan warga asing dan meletakkan jawatan adalah langkah terbaik dari mengelakkan berlakunya kejadian serupa di masa hadapan.

.

Tuesday 19 February 2013

Masyarakat India bangkit bersama PAS Titiwangsa (Gambar yang Umno takut nak tengok)


Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo. Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa). 10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku.

Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.


.

BBQ Anak Muda di Kg. Padang

Pemuda PAS Titiwangsa telah menganjurkan program Santai Anak Muda dan BBQ bertempat di Flat PKNS Kampung Padang, Jalan Tun Razak pada 17 Februari lalu.Program tersebut turut dihadiri oleh Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan juga Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abd Aziz. 

Sambutan anak muda yang diberikan memberi mesej jelas bahawa masyarakat setempat mahu Parlimen Titiwangsa kekal di bawah PAS bagi membantu Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.






Ahmad Zamri bertanya khabar hadirin yang hadir ke program.


Ketua PAS Cawangan Kg Padang, Sdr Mohamad Yusof Yahya sedang menyampaikan ucapan aluan.





.

Ahmad Zamri ziarah warga emas di PPR Cochare Perkasa

Pada 17 Februari lalu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa yang diketuai oleh Penyelarasnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi telah menziarahi warga emas di PPR Cochrane Perkasa. Program ziarah ini adalah aktiviti mingguan yang diatur oleh PKWR Titiwangsa dalam mendekati masyarakat setempat.

Sebanyak 24 buah rumah telah diziarah. Ahmad Zamri telah menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kepada penduduk yang diziarahi.







.

Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda





Sumber: Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang. Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS. 

Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah. 

"Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal. 

"Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya. 

Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti. 

Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo, jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian.

Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin. Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub. 

Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ. Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu. 

Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan. 

"Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya.

.

Wednesday 6 February 2013

Manifesto Rakyat akan dilancarkan dalam konvensyen ke-4 Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 6 Feb: Pakatan Rakyat akan melancar dan membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada konvensyen kali keempat pada 25 Februari ini. 

Kerusi PRU 13 yang akan dipertandingkan turut diumum pada konvesyen yang bakal berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu. Menurut Pengarah Konvesyen, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, persiapan siap dilakukan dan hanya menunggu kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

“Saya sudah bagi arahan kepada semua, tapi secara rasmi mengenai isi kandungan, siapa yang hadir, format ucapan, semua itu saya akan nyatakan dalam sidang media selepas diperaku oleh Majlis Presiden. 

“Ia dipersetujui di peringkat Majlis Presiden. Tapi dalam minit (mesyuarat), mereka kena luluskan dahulu, sebelum kita mulakan kerja. Ini mengambil kira jika ada perbezaan dalam tempoh mesyuarat lepas dengan mesyuarat terbaru,” jelasnya kepada Keadilan Daily. 

Saifuddin berkata, walaupun draf mengenai persiapan konvensyen siap sepenuhnya, ada beberapa keperluan yang perlu diperinci dan diberi tumpuan sebelum diumum. 

“Ada pandangan daripada pemimpin Pakatan supaya selesaikan dahulu, baru buat pengumuman. Kalau masih sangkut, bagaimana mahu buat kerja-kerja konvensyen. Keputusan mesti disepakati oleh semua gabungan parti, ini dasar kita. 

“Kalau saya umum bermakna saya mendahului,” kata Ahli Parlimen Machang itu. Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek memberitahu, kehadiran perwakilan dan delegasi setiap komponen berdasarkan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berlaku dalam masa terdekat. 

“Kita masih tidak dapat tentukan sebesar mana majlis kerana bergantung kepada pembubaran Parlimen. Skiranya dibubarkan sebelum 25 Februari, sudah pasti konvesyen ini akan diadakan secara besar-besaran. “Konvesyen itu nanti kita akan lancarkan manifesto dan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dalam PRU 13, bukannya calon,” katanya ketika dihubungi. 

Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga. 

harakah/- 

.

Majlis makan malam Fish N' Chips PAS zon Pandan

Pada 2 Februari 2013, PAS Zon Pandan telah menganjurkan majlis makan malam bagi peringkat Zon Pandan bagi mengutip dana Pilihanraya Umum ke-13 bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Ampang. 
 
Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah PErsekutuan, Tn. Hj. Mohamad Noor Mohamad, YDP PAS Kawasan Titiwangsa, Mejar (B) Ust Abdullah dan Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Ahmad Zamti Asa'ad Khuzaimi.
 




 Ahmad Zamri bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj Mohamad Noor Mohamad.

 Ahmad Zamri sedang menyampaikan ucapan mewakili PKWR Titiwangsa.



 

.

Jamuan Gulai Kawah Zon Kampung Baru kutip dana PRU13

Pas Zon Kampung Baru, Kawasan Titiwangsa telah menganjurkan majlis jamuan gulai kawah bagi mengutip dana Pilihanraya Umum ke-13. Dana ini bertujuan untuk menampung kos gerak kerja bagi menumbangkan Umno. 

Program ini diadakan di perkarangan Markaz PAS Titiwangsa, Darul Ummah Kampung Pandan. Antara tetamu yang hadir ialah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Iskandar Al-Hiss, Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan YDP PAS Titiwangsa, Mejar (B) Ust Abdullah.


 Dr Raja Iskandar melancarkan tabung dan PAS Zon Kampung Baru.





 Ahmad Zamri bergambar bersama Dr. Raja Iskandar.






 Ketua Zon Kampung Baru merangkap Ketua Pemuda PAS Titiwangsa sedang menyampaikan ucapan.

.

Tuesday 5 February 2013

Media tempatan jadi alat pemerintah, hina di mata Antarabangsa

ITULAH NILAI MEDIA MALAYSIA PADA PANDANGAN EROPAH 

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan)

Tidak ada apa yang menggemparkan dari pendedahan Jawatankuasa Pilihanraya Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) terhadap pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa media arus perdana di negara ini adalah ‘alat kerajaan’ dan ia menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara. 

Seharusnya pandangan wakil ini memalukan Perdana Menteri, pimpinan kerajaan dan seluruh rakyat di negara ini. Kenyataan jujur Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan bahawa nilai keterbukaan kerajaan berada dalam keadaan yang amat parah. Masyarakat Eropah memandang serong kepada Malaysia dengan persepsi bahawa pemerintah sekarang bersikap diktator dengan mengongkong semua media di bawahnya. Kerajaan Malaysia juga patut merasa malu dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, malah kerajaan junta tentera Myanmar yang terkenal dengan rejim diktator masih memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin politik dari pembangkang untuk muncul di media-media utama (mainstream media) untuk berkempen dalam pilihanraya umum, seperti mana yang diberikan kepada Au Sang Su Kyi baru-baru ini. 

Bagi wakil Jawatankuasa tersebut iaitu Drs Fadime Orgu dan Zouhair Amri mungkin ia sesuatu yang mengejutkan kerana ia tidak berlaku di Eropah, tetapi bagi rakyat Malaysia, media menjadi kuda tunggangan parti yang menguasai kerajaan adalah sesuatu yang sinonim dan diketahui ramai. Malahan rakyat seperti sudah mangli dengan pendedahan ini kerana setiap hari media memainkan peranan memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) dengan pelbagai cerita fitnah dan direka-reka. 

Apabila media utama seperti Utusan Malaysia kerap naik turun mahkamah kerana disaman dan kerap kali kalah, ia membenarkan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Saya juga pernah menulis pandangan dengan mencadangkan supaya Utusan Malaysia dan media sepertinya ‘menggulung tikar’ serta mencari perniagaan lain yang lebih menguntungkan daripada sibuk membayar saman di mahkamah. 

Justeru, saya amat berharap supaya Pakatan Rakyat dapat mengajar BN erti kebebasan media sebenar jika PR memerintah negara ini. Antaranya adalah dengan membebaskan media dari kongkongan parti pemerintah dengan membiarkan media membuat liputan dan berita mengikut etika mereka di bawah batasan undang-undang negara. Jika sekalipun pemimpin negara yang diktirik, dibicarakan, ia seharusnya adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.