Wednesday 31 October 2012

Gelombang oren PR landa Negeri Sembilan


SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke negeri ini sempena program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November ini. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata dua lokasi berkumpul telah disediakan iaitu di Markaz MTD DUN Chembong, Kampung Mulia dan Markaz PR DUN Seri Menanti, Terachi yang akan dibuka bermula jam 3 petang. 

"Bagi memudahkan perjalanan, semua ahli dan penyokong PAS digalakkan hadir secara berkonvoi. 

"Berkenaan dengan kemudahan lokasi, boleh menggunakan lebuhraya PLUS susur keluar (exit) Senawang manakala stesyen komuter yang terdekat ialah Stesyen Komuter Sungai Gadut yang jaraknya ke lokasi program 1.5 kilometer," katanya. 

Himpunan yang akan di adakan di Taman Seremban Jaya, Seremban itu akan bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. 

Program tersebut akan dihadiri oleh semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Dijangka lebih 50,000 ahli, penyokong dan rakyat tempatan hadir ke program itu nanti. 

Sementara itu juga, PAS Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah mobilasi di beberapa kawasan sebagai persediaan menjelang himpunan itu nanti. 

Kawasan ceramah tersebut seperti berikut: 

1) 31 Oktober 2012 - 9 Malam - Pasti Al-Hasanah, Bandar Seremban Selatan (YB Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard Samm, Fareedah Samad, Tuan Speaker) 

2) 31 Oktober 2012 - 9 malam - Pasti al-Mawaddah Warisan Puteri, Seremban ( YB Wilfried Bumbering (MP Tuaran) , YB Ahmad Kasim (MP Kuala Kedah) YB John Fernandaz (MP Seremban) YB Loke (MP Rasah) YB Aminuddin (ADUN Sikamat) 

3) 1 November 2012 - 9 Malam - Kampung Gedok, Gemencheh, Tampin (Yb Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard, Bob Lokman, Yb Veerapan (ADUN Repah) 

4) 1 November 2012 - 9 Malam - Markaz MTD Labu, Sepang Road, Jalan Salak, Nilai (Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Mohd Khairil Wafa, Nazree Yunus, YB Cha Kee Cin (ADUN Kepayang) 

5) 1 November 2012 - 9 Malam - Muassasah Darus Syarif, Jalan Batui Kikir-Bahau, Jempol (YB Siti Zailah (MP Rantau Panjang) Aishah (artis) Aiman Athirah , Kumuta , Fareedah Samad)

.

Rakyat tahu siapa pengganas dalam negara

Ada pengganas di antara kita, dedah menteri 

Hazlan Zakaria 
1:03PM Okt 31 2012


Terdapat banyak pengganas terdiri daripada rakyat tempatan dan orang asing keluar dan masuk di negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Bagaimanapun, dedah anggota parlimen Sembrong itu, Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat transit dan bukannya sasaran mereka.

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap siaga memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran. 

Menurutnya lagi, sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan. 

Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengkaderan anggota baru, tambahnya. - Malaysiakini


Siapakah pengganas yang dimaksudkan oleh Hishamuddin itu?


Wanita sepatutnya dilindungi..

Rakyat yang tidak bersalah diserang oleh pengganas?



Tiga lawan satu?

Muka rakyat disepak?

Tujuh lawan satu?

Seorang rakyat yang tidak bersalah dibelasah oleh berbelas orang manusia lain?


Siapa pengganas?

Mangsa keganasan.

Enam lawan satu?

Rakyat menjadi mangsa keganasan. Ada tukang belasah, tukang tengok pun ada.

Prosedur tembakan gas pemedih mata ialah mengarah ke atas. Apa yang dapat dilihat dalam gambar ini?

Kereta Anwar dirosakkan oleh samseng Umno

Bas Jelajah Merdeka PKR dipecahkan cermin dan disimbah cat. Pengganas mana yang berkeliaran di negara kita?

Rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dibom ketika penghuni rumah sedang tidur. Ura-ura Johor bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menyebabkan 'pengganas' tidak boleh duduk diam.

Pengganas Umno baling batu ke dalam masjid.

Samseng Umno yang tidak beradab merosakkan harta benda awam semasa program DAP berlangsung.

Mangsa serangan pengganas semasa Perhimpunan Aman Tuntutan Royalti Kelantan di Kota Bharu.

Mahasiswa diserang oleh pengganas semasa berkhemah di Dataran Merdeka dalam isu tuntutan mansuhkan PTPTN.


Berdasarkan gambar-gambar di atas, terbukti pengganas terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat Malaysia sudah menjadi sasaran mereka untuk mengganas. Semasa pengganas ini naik minyak, polis ada di tempat berhampiran dan seolah-olah membiarkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat diserang oleh pengganas-pengganas ini.


DPPKT: Biasanya kita lihat sindrom kurang kasih sayang. Gambar-gambar di atas menunjukkan sindrom kejatuhan Umno menjelang Pilihanraya Umum ke-13.


.

Tuesday 30 October 2012

MCA hina Islam, Umno pikul biawak hidup demi undi Cina

MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar - Presiden PAS


Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. 

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya. 

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa?

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri. 

Presiden PAS bersama Al-Imam Dr. Yusof Al-Qardawi
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional. 

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya. 

Hudud

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”. Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman:

Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36) 

YB Presiden PAS bersama ulama sedunia.
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya. 

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud. 

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai. 

PAS dan DAP 

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud. Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. 

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. 

Pakatan yang akan menamatkan riwayat Umno-BN.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. 

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS. 

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. 

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


.

Ke mana pergi Abdullah Samah ‘mufti’ Umno?

Ke mana menghilangnya Abdullah Samah dahulunya menjadi ‘mufti’ Umno, ketika MCA sekutu Umno menghina Islam dan Hudud? Sebelum ini Presiden MCA, Chua Soi Lek telah mengatakan Negara Islam adalah jumud dan terkebelakang. Terbaru, Chua Soi Lek menghina hudud dengan mengatakan 1.2 juta pekerja akan hilang pekerjaan. Chua Soi Lek juga menghina 1.2 juta pekerja dalam Negara, seolah-olah mereka semua adalah pelaku zina, merompak, membunuh dan melakukan kesalahan hudud yang lain. 

Chua Soi Lek seolah-olah mahu menyamakan seluruh rakyat Malaysia yang lain adalah sama seperti dirinya yang menjadi pelakon video seks dan mengaku secara terbuka. 

Abdullah Samah pula tiada ‘fatwa’ baru yang hendak dikeluarkan sebagaimana sebelum ini beliau menuduh DAP sebagai kafir harbi dan dihebohkan secara meluas dalam media propaganda Umno, Utusan Malaysia dan TV3. 

Umno berusaha mengutip apa sahaja untuk menjual agama demi mendapatkan undi orang Melayu, kerana Umno sudah tidak dapat meletakkan harapan lagi pada undi orang Cina. Strategi yang Umno gunakan ialah mencari mana-mana orang agama untuk membuat kenyataan yang memberi keuntungan politik kepadanya. Maka Abdullah Samah terpilih untuk menjatuhkan hukum 'kafir harbi' kepada DAP, dengan harapan agar orang Melayu membenci DAP dan sekaligus memberi imej buruk kepada PAS yang menjalinkan kerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan DAP dan PKR. 



KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. 

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP. 

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. 

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya. 

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. 

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. 

"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam. 
"Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong UMNO dan BN supaya orang Melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. – Utusan


 
Kenapa apabila Presiden MCA menghina hudud dan Islam, Abdullah Samah menjadi tuli, buta dan bisu? Kerana dalam isu ini, Umno tidak lagi perlukan khidmat orang agama seperti Abdullah Samah. 




SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. 

Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya kelmarin. 

Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang. 

“Pagi ini saya menerima SMS, saya cuma telefon orang yang menghantar SMS itu tetapi tidak menjawab panggilan... katanya 1.2 juta akan hilang kerja jika wujud tafsiran dan pelaksanaan ketat hukum hudud di negara ini. 

 
“SMS ini berkata MCA bercakap mengenai hudud, tetapi tidak bercakap mengenai peluang pekerjaan disebabkan penguatkuasaan ketat hukum hudud di negara ini... angka yang diberikan mencecah 1.2 juta," kata beliau lagi menerusi satu klip video yang boleh diakses di laman sosial Facebooknya. Soi Lek yang sebelum dengan melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud berkata pengenalan hukum hudud akan menjadi kenyataan jika Pas menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya ia membentuk kerajaan di peringkat pusat. 

“Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, Pas menjadi parti dominan,” kata beliau.

“Ini akan menjadi realiti jika Pas menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat,” katanya sambil merujuk kepada situasi di Kelantan. - Sinar Harian 


Kenapa Umno dan jurucakap agamanya menjadi ‘mabuk fatwa’ apabila berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang sedang menggugat kedudukan Umno-BN?




Ini jawapannya. Janji ditepati, kini masa Umno balas budi. Setelah Abdullah Samah menjual 'fatwa' haram undi DAP dan menghukum DAP sebagai kafir harbi, Umno melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan membelinya dengan cek bernilai RM2 juta. Abdullah Samah sanggup menjual agama dengan cek RM2 juta walaupun kenyataan ‘DAP kafir harbi’ itu seolah-olah menghasut orang Islam untuk melancarkan perang terhadap orang Cina yang menyokong DAP.

Alangkah murahnya agama yang dijual oleh Abdullah Samah.

Berkali-kali MCA menghina Islam termasuk yang terbaru menuduh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol, Abdullah Samah tiba-tiba menjadi tuli, buta dan bisu. Mungkin kerana beliau belum menerima arahan daripada Umno dan tawaran cek RM2 juta sudah tiada lagi. Maklumlah, MCA adalah satu-satunya tongkat untuk Umno bergantung sementara menunggu hayatnya berakhir. 


.

Monday 29 October 2012

Amerika Syarikat diisytihar darurat

Live Update.

Taufan Sandy yang melanda pantai timur AS menyebabkan lebih 15,000 penerbangan terkandas. Taufan yang membawa hujan ribu dan angin kuat telah berlarutan selama beberapa hari. 

Taufan Sandy ini mencatat rekod ombak setinggi empat meter yang melanda pantai New Jersey dan menghanyutkan jeti di Atlantic City. Sementara di Manhattan, sebahagian besar kawasan rendah di bandaraya Manhattan dilanda banjir dan menyebabkan lebih 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik. 

Berikutan itu, New York dan Massachusetts diisytiharkan darurat oleh Obama sebagai langkah berjaga-jaga kerana Taufan Sandy yang melanda dijangka memberi kesan kemusnahan yang teruk. Gebenor Connecticut pula mengarahkan ribuan penduduk yang tinggal di pesisir pantai agar segera meninggalkan kawasan kediaman masing-masing. Dilaporkan bahawa 500,000 hingga 750,000 penduduk di New York dan New Jersey terpaksa bergelap kepana terputus bekalan elektrik. 

Ahad lalu, taufan Sandy dikesan dari Lautan Atlantik menuju ke arah utara Caribbean yang akan mengancam timur Amerika Syarikat hingga memaksa pihak berkuasa AS mengeluarkan amaran agar penduduk meninggalkan kawasan pesisir pantai. Taufan Sandy dilihat oleh ahli metereologi sebagai taufan yang lebih lebar dan kuat berbanding taufan Irene dan Katrina, dan mampu menjejaskan 60 juta penduduk. 

Di Washington, Pejabat Kerajaan Pesekutuan AS ditutup dua hari berturut-turut sebagai langkah berjaga-jaga. Taufan ini juga menjejaskan kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, ia dilihat oleh pemerhati sebagai tambahan kredit kepada Obama jika beliau mampu mengatur pelan bantuan segera untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemusnahan Taufan Sandy. 


 ANCAMAN BANJIR: Hujan lebat akibat Taufan Sandy menyebabkan paras sungai Croix de Mission meningkat kelmarin dan mengancam membanjiri rumah-rumah di tebing daerah Port-au-Prince, Haiti. - Foto REUTERS 



 JALAN raya di bawah Jambatan Manhattan di seksyen Dumbo, Brooklyn, NY dipenuhi air berikutan Taufan Sandy membadai pantai timur Amerika Syarikat, awal pagi tadi (8 malam waktu Amerika). - Foto AP


 BANJIR... Laluan keluar dari tempat letak kenderaan bawah tanah dipenuhi air mengakibatkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan kenderaan masing-masing di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat hari ini, berikutan dilanda Taufan Sandy. - Foto AFP


 SEBUAH trak melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi air di tepi pantai Southampton, New York semalam. 


Angin kuat susulan Taufan Sandy yang membadai timur Amerika Syarikat hari ini turut mengakibatkan kren patah dan tergantung di atas blok pangsapuri setinggi 90 tingkat di New York, hari ini.



ROUTE 30, White Horse Pike, berdekatan pantai Absecon adalah salah satu daripada tiga laluan utama ke Atlantic City, New Jersey, Amerika Syarikat dinaiki air berikutan Taufan Sandy melanda kawasan berkenaan hari ini. - Foto REUTERS 

DPPKT: Sekian lama AS membuli Negara-negara Islam, kini tiba masa untuk Allah ‘membuli’ keangkuhan AS. Kekuatan tentera AS pun tidak mampu untuk menghalang taufan Sandy! 

.

Saturday 27 October 2012

Korban Perdana PAS Titiwangsa meriah

PAS Kawasan Titiwangsa sekali lagi menganjurkan Qurban Perdana sempena meraikan Hari Raya Aidiladha 1433H. Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih dalam program ini. Para petugas yang hadir membantu diraikan dengan jamuan makan tengahari di Markaz PAS Titiwangsa Darul Ummah, Kampung Pandan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdra Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ustaz Raihan Abdul Aziz (Tanyalah Ustaz TV9) menyembelih lembu korban sempena Qurban Perdana PAS Kawasan Titiwangsa hari ini.

Petugas melapah daging lembu yang ingin diagihkan.

Suasna gotong royong di Markaz PAS Titiwangsa Darul Ummah, Kampung Pandan.


Pengarah AMAL Wilayah Persekutuan (tengah) tidak terlepas untuk bersama-sama hadir dalam program Korban Perdana PAS Titiwangsa.



Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor turun padang membantu program Korban Perdana PAS Titiwangsa.

Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami bersama penduduk setempat membantu melapah daging korban dalam program Korban Perdana PAS Titiwangsa, bertempat di Markaz PAS Titiwangsa Darul Ummah, Kampung Pandan.

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)


.

Friday 26 October 2012

Giliran Umno Kangar pula sabotaj Shahrizat?


Perkataan 'Shahrizat' dan 'Lembu' diletakkan dalam baris yang sama, dengan menggunakan font huruf yang sama. Adakah pereka banner ini tidak menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan akan memberi imej buruk kepada Umno?

Mustahil tidak sedar. Malah kemungkinan besar Umno Bahagian Kangar sengaja untuk mempermainkan Datuk Seri Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia. 

Sebelum ini Shahrizat terpalit dengan isu penyelewengan NFC hingga memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Barisan Nasional. Shahrizat sinonim dengan istilah 'lembu di kondo' dan menjadi liabiliti terbesar kepada Umno dan BN. Malangnya Shahrizat tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan merasakan dirinya masih mendapat sokongan akar umbi.

Krisis dalam pimpinan utama Umno semakin parah. Perang dingin seperti yang dilancarkan oleh Umno Bahagian Kangar ini dijangka akan merebak dengan cepat ke Bahagian-bahagian lain. 

Adakah esok (Hari Raya ke-2) dalam majlis tersebut, Shahrizat akan mengamuk sekali lagi, menyinsing lengan dan mahu menyelak kainnya, seperti yang berlaku semasa Perhimpunan Agung Wanita Umno sebelum ini?

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan Timbalan Presiden Umno, Muhyidin mahu ahli yang sabotaj parti mesti disingkirkan.

“Kalau ada ahli yang sabotaj, kita akan singkir daripada parti. Minta maaf, kita tidak perlukan orang seperti ini."

.
 

Thursday 25 October 2012

Open seat in Titiwangsa - The Star

By FAZLEENA AZIZ  
fazleena@thestar.com.my 
Sumber: The Star

KAMPUNG Baru residents could emerge as the kingmakers in deciding the outcome for the Titiwangsa parliamentary seat in the upcoming 13th General Election. Many Kampung Baru residents are still mulling over the redevelopment plan — Kampung Baru Development Corporation Act 2011 — for the 110-year-old settlement. 

The Bill was tabled, debated and passed during the Dewan Rakyat sitting in October last year. 

The three most important issues amended in the Act were revoking the immunity of the Kampung Baru Corporation, retaining the Malay Agricultural Society and introducing a new post of deputy chairman for the Kampung Baru Development Corporation that will include a landowner. 

In the city: Separated by more than just a highway, Kampung Baru is isolated from the progress and modern niceties of the city. in the city: Separated by more than just a highway, Kampung Baru is isolated from the progress and modern niceties of the city
 
While the residents are keen on the redevelopment plans, many are worried that the Land Acquisition Act 1960 will be used to push forward the plans. 

Recently, it was announced that landowners or their next-of-kin would only be charged a nominal premium of RM1,000 per lot to change the land status once Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has issued a development order. 

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, who launched the Kampung Baru Development Corporation (KB Corp), said the corporation started operations at Rohas Building in Kampung Baru on July 18. 

“No additional premium will be charged if development starts before the change of land status,” he said. 

Undecided: Development plans for the Pekeliling Flats are yet to be finalised. Undecided: Development plans for the Pekeliling Flats are yet to be finalised.

Nong Chik also announced the appointment of Datuk Astaman Aziz as KB Corp chairman and Datuk Mohd Khay Ibrahim as the chairman of its advisory board. 

Kampung Baru development association deputy president Dr Mohd Yusuf Ismail said the Government has fulfilled its promise to set up the corporation. 

“The development will begin on the stipulated date and the corporation will oversee the developments. Now they have to come up with a masterplan and things will fall in place,” he said. 

Another issue is the Pekeliling Flats where redevelopment plans are still unknown. 

Potential candidates are Umno’s Johari and Aziz Jamaluddin and PAS’ Ahmad Zamri are said to be in the running to contest for Titiwangsa.

Mr. Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan and Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM DPPM).

Parts of the flats have been demolished but a portion of it is still standing. The area near the Titiwangsa monorail station is hoarded up. Residents were relocated to Desa Rejang and Wangsa Maju low-cost flats (PPRT). 

Some of the other core issues in the constituency involve Keramat Mall and Kampung Pandan Indian Settlement, which are unresolved. 

The mall in Datuk Keramat was a move to relocate traders in the old market. However, many were not keen to move as they felt it would be bad for business. 

Some traders had blamed the mall’s design for their decision to not move in. The wet market is on the upper floor while ground floor is meant for those selling dry goods. 



As for the Kampung Pandan Indian Settlement issue, the villagers had taken DBKL to court in 2009. 

The parliamentary seat has been left vacant since the death of PAS’ Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali last year. 

Dr Lo’Lo’ was the sole candidate from PAS to contest in the Federal Territory in 2008. 

Since last year, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, 37, has been overseeing most of the work at the contituency. 

The Federal Territory PAS deputy commissioner is a lawyer by profession and the PAS Youth legal bureau chairman. He is said to be PAS’ candidate to contest in Titiwangsa. 

Umno Titiwangsa chief Datuk Johari Abdul Ghani is tipped to be Barisan Nasional’s candidate while Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir is said to be interested in contesting again. 

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.