Friday 30 November 2012

Harapan baru untuk rakyat Palestin

Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli - Harakahdaily
Terjemahan Mohamad Yahya, 30 Nov 2012 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi memihak Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Undi Perhimpunan Agung PBB yang diadakan pada mesyuarat di New York Khamis lalu, merupakan kejayaan yang telah lama diimpikan Palestin dan kekalahan diplomatik bagi Amerika Syarikat, dengan 138 negara mengundi memihak Palestin untuk menaik taraf status.

Sembilan negara mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.


Satu bendera Palestin terus dikibarkan di tingkat Perhimpunan Agung, di belakang delegasi Palestin.

Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Sejurus selepas keputusan diumumkan, duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin.

"Resolusi yang malang dan tidak produktif ini menambahkan lagi halangan dalam usaha ke arah keamanan. Itulah sebabnya Amerika Syarikat mengundi menentang tuntutan tersebut," katanya.

"Para penyokong resolusi hari ini berkata mereka mahukan negara Palestin yang bebas dan berfungsi berdamai dengan Israel, dan kami pun mahukan perkara yang sama. Tetapi kita telah lama jelas bahawa satu-satunya cara untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan menyelesaikan semua isu adalah adalah melalui rundingan langsung yang memenatkan tetapi penting antara kedua-dua pihak. "

Amerika Syarikat dan Israel mengundi menentang pengiktirafan, bersama dengan Kanada, Republik Czech, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memperbaharui panggilan untuk penyambungan semula rundingan langsung antara Israel dan Palestin.

"Undi hari ini menegaskan kepentingan penyambungan semula rundingan," kata Ban.

"Kedudukan saya konsisten selama ini. Saya percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk negara yang bebas. Saya percaya bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan dengan jiran-jirannya. Tiada pengganti untuk rundingan bagi mencapai matlamat ini." (aljazeera.com)


.

Wednesday 28 November 2012

Kantoi salah guna kuasa, Hishamuddin wajib letak jawatan!

Sumber: Malaysiakini

Negara gempar apabila bekas Ketua Polis Negara telah mendedahkan penyalahgunaan kuasa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien yang campurtangan dalam Polis Diraja Malaysia. Perkara tersebut didedahkan serentak bermulanya Perhimpunan Agung Umno (PAU'12) dalam satu sidang media MyWatch, iaitu sebuah Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia yang dinaungi oleh beliau. 

Kenapa Hishamuddin perlu campur tangan dalam arahan-arahan PDRM? Adakah untuk menjaga kepentingan diri dan partinya?

Jika di luar negara seperti Jepun, sedikit salah laku cukup untuk memaksa seseorang Menteri meletakkan jawatan seperti Menteri Kehakiman Jepun, Perdana Menteri Jepun, Menteri Kewangan Jepun. Sebelum ini kita dengar bekas Menteri Umno, Zaid Ibrahim turut meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan isu ISA dan kini beliau sudah meramalkan kegagalan Umno untuk terus hidup. Selain itu, Perdana Menteri Thailand juga pernah meletak jawatan kerana kantoi kes salah laku, Menteri Kewangan Greece, Timbalan Menteri Tenaga Burma, Menteri Hong Kong letak jawatan kerana kantoi penyelewengan, Timbalan Menteri Kewangan Kosovo, Menteri Kewangan Kuwait, Menteri Pertahanan Peru dan banyak lagi kes-kes di luar negara yang meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab atas korupsi yang dilakukan. Tidak seperti pemimpin Umno, mereka tahu bagaimana hendak membezakan antara kepentingan peribadi dan kepentingan Negara.



Bagi pemimpin Umno, Negara ini seperti milik bapak dan kroni mereka. Meskipun kantoi dalam kes salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka akan terlepas dan terus merompak rakyat dan khazanah Negara.

Dijangka selepas ini menjelang Pilihanraya Umum ke-13, akan ada lebih banyak pendedahan demi pendedahan secara terperinci salah laku Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri. Perkembangan terbaru ini akan meyakinkan dakwaan ramai bahawa polis telah menjadi 'parti komponen' Umno selain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengekalkan kuasa rejim Umno.

Berikutan kes salahguna kuasa yang didedahkan oleh Musa Hasan, Hishamuddin wajib letak jawatan!


.

Zamri: Kaunter saman AES dibuka di PKWR Titiwangsa mulai 3 Dis

Pas Wilayah buka kaunter serahan saman AES

Oleh: AHAMD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan & Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia)

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Wilayah Persekutuan akan menggerakkan usaha memberikan maklumat yang betul kepada masyarakat mengenai pelbagai kepincangan yang timbul dalam pelaksanaan sistem Automated Enforcement System (AES). Bagi PAS WP, rakyat perlu mengetahui maklumat sebenar mengenai AES serta rahsia sebalik pelaksanaan AES yang amat meragukan banyak pihak. 

PAS WP sependapat dengan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang menentang pelaksanaan AES kerana merasakan pelaksanaan AES dibuat secara terburu-buru. Dalam keadaan rakyat tidak tahu secara tiba-tiba AES pula diperkenalkan dan ramai pula pemandu yang menjadi mangsanya. Soalnya, mengapa saman menjadi satu-satunya solusi dalam menyelesaikan isu kemalangan dan keselamatan di jalan raya. Apakah kerajaan sudah membuat kajian sceara mendalam kesan pelaksanaan AES dan benarkah ia adalah pendidikan terbaik bagi mengajar pemandu di jalan raya? 

Apa yang memusykilkan, daripada apa yang diketahui, dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd yang menjalankan projek AES ini akan mendapat RM 16 bagi setiap saman yang dibayar oleh pesalah. Dalam hal ini, mengapa pula kedua syarikat ini boleh mendapat komisyen yang tinggi bagi setiap saman yang dibayar oleh pesalah, dan apakah istimewanya syarikat ini sehingga boleh dapat begitu mudah duit daripada saman trafik? 


PAS WP juga menyambut usaha KASE dan JUHAM mengadakan perkhidmatan aduan saman khusus untuk membantu mangsa saman AES. Dalam hal ini PAS WP akan memastikan para peguam di WP turun membantu mangsa saman AES mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Malah, peguam daripada JUHAM di WP bersedia untuk mewakili mangsa saman AES dalam perbicaraan di mahkamah tanpa apa-apa kos guaman. 

Justeru, Bagi mereka yang mendapat notis saman di mahkamah sama ada di Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya, PAS WP bersedia membantu mereka dengan membuka kaunter khidmat serahan AES yang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di Parlimen Titiwangsa, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Kaunter tersebut akan dibuka bermula 3 Disember 2012 dan beroperasi pada hari Isnin- Rabu mulai jam 10 pagi – 1 tengahari sahaja. JUHAM juga akan membuka kaunter serahan saman AES di Pejabat Agung PAS mulai Sabtu 1 Disember 2012 dari jam 12 tengahari – 1 tengahari. 


.

Monday 26 November 2012

[Gambar] Karnival kesihatan PPR Cochrane Perkasa meriah

Pada 25 November 2012, Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR)Titiwangsa telah menganjurkan Karnival Kesihatan bertempat di PPR Cochrane Perkasa.

Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Penyelaras PKWR Titiwangsa telah merasmikan program ini dan melancarkan Sekretariat OKU Bangkit peringkat Parlimen Titiwangsa. Tujuan sekretariat ini ditubuhkan ialah untuk memastikan agenda kebajikan OKU diberi perhatian dan melebarkan agenda Lajnah Kebajikan PAS Pusat di peringkat akar umbi.

Unit Amal siap sedia untuk bertugas.

Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi.

Perkhidmatan gunting rambut secara percuma disediakan kepada pelajar sekolah.

Peserta Program Jom Khatan menunggu giliran. hehe..

Muka yakin nak jadi dewasa..

Tuan Ahmad Zamri berbual mesra dengan ibu bapa peserta Program Jom Khatan.

Penduduk setempat yang memenuhi khemah perasmian sejak awal pagi.

Penduduk tempatan tidak melepaskan peluang membuat ujian kesihatan secara percuma di kaunter yang disediakan oleh penganjur program.

Kaunter khidmat kesihatan secara percuma mendapat sambutan tidak putus-putus.

Tuan Ahmad Zamri merasmikan program Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa.

Pertandingan menimbang bola takraw turut dianjurkan.

AJK Pas Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menyantuni warga OKU yang turut hadir ke program Karnival Kesihatan.

Terima kasih diucapkpan kepada semua yang terlibat termasuk staf PKWR Titiwangsa dan Yayasan Prihatin Titiwangsa, petugas dan ahli PAS Kawasan Titiwangsa, Dewan Muslimat PAS Titiwangsa, Nisa' Wilayah, Pemuda PAS Titiwangsa, penduduk tempatan, dan seluruh petugas yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. 

Berita penuh akan menyusul kemudian.

.

Thursday 22 November 2012

Umno yakin Pakatan Rakyat akan bentuk kerajaan pusat

Sumber : Utusan

Umno kelihatan amat yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pusat. Ini berikutan media-media miliknya sudah mencapai kata sepakat untuk menamakan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7. 

Sehari dua ini, media pencacai Umno tidak henti-henti memainkan isu siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas Pilihanraya Umum ke-13. Setiap malam di TV3 dan setiap pagi dalam Utusan Meloya, Umno bersungguh-sungguh membincangkan persoalan ini sehingga ketua sendiri Najib Razak dan Muhyiddin Yasin disisihkan di dalam media. 

Kononnya Pakatan Rakyat berebut jawatan dan tidak lagi sehaluan. Itu saja tujuannya.

Seperti biasa, apabila propaganda yang dimainkan dalam media akan memberi masalah kepada Umno, mereka dengan sendiri akan menghentikan modal politik dan mencari topik baru pula. Umno tidak mahu rakyat menjadi cerdik. Kerana bila rakyat cerdik, dengan izin Allah Umno akan pupus.


Pakatan Rakyat tidak ketandusan calon untuk dilantik menjadi Perdana Menteri. Setiap parti mempunyai sumbangan untuk menumbangkan rejim Umno dan keputusan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat adalah dengan prinsip mesyuarat. Pakatan Rakyat bukan seperti Barisan Nasional, yang kuasa mutlaknya ada pada Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.



.

Wednesday 21 November 2012

AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai - Harakahdaily

AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai Salmiyah Harun , 21 Nov 2012 KUALA LUMPUR: Kaunter saman AES yang baru dilancarkan hari ini oleh Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dengan Kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Pusat, diserbu orang ramai. 

Hampir 100 orang kena saman (OKS) hadir sambil membawa salinan surat saman untuk diserahkan kepada Kase dan Juham. Kaunter yang dibuka di lobi Pejabat Agung PAS akan beroperasi dua minggu sekali bermula 1 Disember ini, dari jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari. 

Orang ramai juga diberi taklimat prosiding asas oleh wakil Juham iaitu bagaimana mereka berhadapan dengan proses mahkamah nanti. 

Dalam pertemuan itu, OKS berkesempatan mengajukan soalan-soalan kepada wakil Juham berhubung saman AES. Presiden Kase Datuk Mahfuz Omar yang turut merasmikan kaunter saman AES berkata, sehingga hari ini seramai 200 OKS mendaftar melalui emel ditambah pula sambutan pada hari ini amat menggalakkan. 

"Hari ini, yang datang dari pelbagai bangsa Cina, Melayu dan India. Malah ada juga yang datang termasuk pemandu kereta kerajaan dan kakitangan kerajaan," katanya. 

Dalam pada itu, pendakwaan kes yang pertama berhubung saman AES akan disebut di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 6 Disember ini. 

Menurut Pengarah Juham Zamri Asa'ad Khuzami, mereka akan mengiringi OKS tersebut dan akan memohon pada mahkamah untuk cabar AES di Mahkamah Tinggi. 

Katanya, orang ramai tidak perlu takut untuk cabar di mahkamah sebagaimana ia ditawarkan dalam surat saman. 

 "Tuan-tuan jangan takut sebab saman trafik adalah kesalahan yang kecil. Pesalah tidak duduk dalam kandang. Sebab itu ia dibawa dalam mahkamah Majistret," katanya. 

Melalui inisiatif membuka kaunter, jelas Peguam Juham Dr Zulqarnain Lukman sebagai usaha untuk mengajar orang ramai supaya jangan takut dengan mahkamah. 

"Kita kena tahu implikasi apabila kita melalui proses mahkamah, sama ada mengambil masa tiga atau empat kali ulang alik ke mahkamah, mungkin akan ambil masa yang banyak, tapi kita kena sedia menempuhnya. 

"Apabila sampai ke mahkamah daftar dahulu, kemudian polis yang bertugas akan 'frame'kan caj kita, pertuduhan akan dibaca kepada kita. Tuan-tuan akan diberi pilihan, pilihlah tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Ini tidak perlu jamin sebab ini kes kecil sahaja. Bila tetap tarikh jadi pendakwaan bermula. 

"Kalau pendakwaraya tidak bersedia, kes ditangguh. Jikalau tertangguh sebanyak 3 kali biasanya mahkamah akan buang kes. Apa yang kita tahu pendakwaan nampaknya masih kabur kerana tidak tahu SOP mana yang perlu digunakan," terang beliau kepada OKS. 

Kase menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu. 

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook Kase atau emel kempenantisamanekor@gmail.com


.   

Calon Pas Wilayah setuju, sedia isytihar harta

Ahmad Zamri
Calon PAS Wilayah Persekutuan akan isytihar harta, Umno bagaimana?

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan)

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh gesaan Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya semua calon PAS yang bertanding dalam PRU ke 13 dapat mengisytiharkan harta. PAS WP menganggap cadangan tersebut amat baik bagi memastikan ketelusan dan prinsip akauntabiliti dapat diterjemahkan oleh semua calon PAS dalam PRU ke 13. 

PAS WP melihat pemimpin parti politik perlu menjadi contoh kepada rakyat dengan mendahului amalan ini tanpa ragu. Dalam hal ini, PAS telah terkehadapan dalam membuktikan komitmen untuk memerangi korupsi dan rasuah. PAS tidak bersembang kosong atau berjanji retorik sebaliknya membuktikan dengan kata-kata dan tindakan secara serius. 

Apa yang membanggakan lagi adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia sendiri tampil ke hadapan dengan mengisytiharkan hartanya di hadapan perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia dan rakyat sekaliannya. Di sisi PAS, tidak ada apa yang perlu diselindungkan kerana PAS sememangnya mahu semua calonnya berkhidmat untuk rakyat sepenuh masa tanpa ada apa-apa kepentingan peribadi yang lain. PAS WP percaya rakyat juga mengharapkan wakil rakyat mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan kehidupan mereka, bukan mengambil kesempatan di atas jawatan yang mereka miliki. 

PAS WP juga bersetuju pengisytiharan harta dapat diluaskan ke semua penjawat awam supaya amalan rasuah, pecah amanah serta penyalahgunaan wang dapat dihapuskan. Tindakan mengiystiharkan harta dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka menjalankan siasatan sekiranya ada dakwaan rasuah. Tidak timbul di kemudian hari ada pegawai kerajaan yang berbelanja di luar kemampuan atau memiliki harta yang jauh dari pendapatan mereka. 

Justeru, PAS WP akan menyambut saranan ini dengan memastikan semua calon PAS yang bertanding di parlimen di Wilayah Persekutuan akan mengisytiharkan harta secara terbuka sebelum proses penamaan calon berlangsung. PAS WP juga mencabar supaya semua calon UMNO-BN khususnya di Wilayah Persekutuan dapat melakukan langkah serupa dengan mengsiytiharkan harta masing-masing sebelum PRU ke 13. 


.

Program Jom Khatan sempena Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa Ahad ini


Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa akan menganjurkan Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa pada tarikh 25 November 2012 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi. 

Menurut Pengarah Program Karnival Kesihatan merangkap Penyelaras PKWR Titiwangsa, Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa akan diisi dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama rakyat di Parlimen Titiwangsa.

Antara program menarik di sana nanti ialah Kaunter AES & Khidmat Guaman Percuma yang akan diurus oleh Tuan Ahmad Zamri sendiri bersama peguam-peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia.

Selain itu, terdapat juga khidmat Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Raihan Abd Aziz TV9 dan juga Program Jom Khatan yang diurus oleh doktor-doktor terlatih dan berpengalaman. Untuk pendaftaran anak-anak yang ingin berkhatan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi urusetia di talian 019-3447818 (En. Che Mat Johari) dan 012-3735294 (En. Shahrizal).

Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat akan bersama-sama turun padang dalam program Ziarah Kasih pada hari itu.

.

Tuesday 20 November 2012

Zamri ketuai peguam PAS bantu mangsa saman AES

KUALA LUMPUR, 21 Nov - PAS telah melancarkan Kaunter Penerimaan Saman AES di lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut berkuatkuasa hari ini. Pelancaran ini adalah seperti yang telah diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar sebelum ini yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE).  

Wakil dari JUHAM berucap dalam majlis Pelancaran Kaunter Penerimaan Saman AES. Turut hadir Ahmad Zamri (paling kiri) dan YB Mohd Taufek (paling kanan).

Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM merangkap Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa telah memberi taklimat berkenaan saman AES dari sudut undang-undang kepada mangsa penganiayaan kerajaan Umno yang hadir pada pelancaran kaunter tengahari tadi.

Turut hadir ialah YB Mohd Taufek, ADUN Paroi yang juga Ahli Jawatankuasa KASE. 

Ahmad Zamri memaklumkan bahawa untuk fasa pertama, pihak JUHAM akan membuka dua kaunter iaitu di Ipoh yang akan diurus oleh JUHAM Perak dan juga di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh JUHAM Wilayah Persekutuan dan Pusat pada setiap Sabtu mulai 1 Disember, jam 12 tengahari hingga 1 petang.


Tuan Ahmad Zamri sedang menyampaikan taklimat berkenaan Saman AES.



Mangsa penganiayaan rejim Umno datang untuk mendengar taklimat dan membuat pengaduan berkenaan saman AES.


Sebelum ini, dalam satu kenyataan media, JUHAM telah mengumumkan untuk memfailkan semakan kehakiman ke atas pelaksanaan Saman AES yang telah dilancarkan oleh rejim Umno.

PERLAKSANAAN AES: JUHAM AKAN FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN 

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) telah menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk membela pihak orang kena saman (OKS) bagi kes Saman AES. 

Satu perjumpaan telah diadakan pada 7/11/2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh pihak jawatankuasa KASE bersama wakil Peguam-peguam JUHAM dari seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan kepada wakil-wakil Peguam yang hadir untuk disebarkan kepada negeri masing-masing di mana kedua-dua pihak turut telah berdialog bagi mencapai persetujuan tindakan bersama dalam menangani Saman AES ini. 

Melalui mesyuarat bersama Jawatankuasa KASE yang turut dihadiri dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Hj. Mahfuz Omar pada 8/11/2012, 3 resolusi telah dicapai seperti berikut: 

1) KASE bersama barisan Peguam dari JUHAM akan membuka Kaunter Aduan Rakyat untuk 2 minggu sekali bermula dari 21 November 2012 ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Semua penerima Saman AES dijemput hadir pada waktu tersebut untuk mendapatkan nasihat serta khidmat guaman secara percuma sekiranya OKS memilih untuk ke Mahkamah 

2) Peguam dari JUHAM akan mewakili orang kena saman (OKS) di Mahkamah di mana para Peguam akan memohon mitigasi untuk mengurangkan kadar denda sekiranya OKS memilih untuk mengaku bersalah serta akan mewakili OKS secara percuma sepanjang tempoh perbicaraan sekiranya OKS memilih untuk tidak mengaku bersalah dan pohon dibicarakan. 

3) JUHAM turut akan memfailkan Semakan Kehakiman untuk mencabar kutipan saman yang dikongsi pihak kerajaan dengan syarikat swasta yang mengendalikan serta memasang sistem AES ini. Dalam semakan kehakiman ini, JUHAM akan mencabar sama ada perkara ini dibenarkan di sisi undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. 

NOORAZMIR BIN ZAKARIA 
Ketua Unit Media / Penerangan
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Dewan Pemuda PAS Malaysia

.

Monday 19 November 2012

Muktamar ke-58: Pemuda siap sedia pertahan Parlimen Titiwangsa


Perwakilan pemuda bersama Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (tiga dari kiri) dan Sdra Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa (tiga dari kanan).


Perwakilan Pemuda PAS Titiwangsa siap sedia mendengar ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia di dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Dari kiri Azwan, Shafie, Zulhazran dan Shahir.


.

Saf kepemimpinan PAS siap sedia menuju Putrajaya

Muktamar ke-58: PAS di Landasan Terbaik Pimpin Negara
 
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ 
(Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan)

PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PAS Pusat di atas penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 58 yang berakhir semalam. PAS tanpa ragu dan gentar tetap mengadakan Muktamar menurut jadual yang telah ditetapkan disebalik desas-desus pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir. 

PAS WP merasa bangga dengan komitmen setiap perwakilan serta pimpinan dalam perbahasan mereka yang menyatakan kesediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13 ke tahap paling maksima. Daripada ucapan dasar Presiden, perbahasan ucapan dasar, sehinggalah kepada usul Muktamar menunjukkan bahawa PAS bukan setakat bersedia menghadapi Pru ke 13, malah dilihat mampu mengemudi negara jika diberikan mandat oleh rakyat kelak. Muktamar PAS ke 58 ini juga memperlihatkan kewibawaan serta keterbukaan pemimpin PAS menerima kritikan secara terbuka oleh semua pihak. Selain itu, Muktamar ini juga berjaya menyatukan ukhuwwah ahli-ahli dan pimpinan PAS segenap peringkat. 

Pimpinan utama Parti Islam Se-Malaysia siap sedia memimpin parti menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

PAS WP juga menyanjung tinggi sikap merendah diri Presiden PAS yang menolak kerusi Perdana Menteri sekalipun dicadang oleh perwakilan. Presiden PAS mengajar semua pihak supaya dalam keadaan sekarang yang paling penting adalah bekerja keras bagi memenangi pilihanraya umum ke 13. Soal siapa akan menjadi Perdana Menteri akan diputuskan jika PR memenangi Putrajaya kelak. Presiden PAS sendiri sanggup untuk tidak dicalonkan sebagai PM jika pemimpin PR tidak memilih beliau. 

Seharusnya sikap sebeginilah yang perlu ada kepada setiap pemimpin supaya bersabar dan tidak tamak mengejar jawatan. Elok benar juga jika Perdana Menteri serta seluruh pemimpin UMNO belajar sikap zuhud, sabar, ikhlas dan tawaddhu’ seperti yang ditunjukkan oleh Presiden PAS. Jika sifat sedemikian mampu ditonjolkan oleh pemimpin UMNO-BN dalam memerintah negara ini, sudah tentu negara ini akan aman dari amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, cah keting, sabotaj calon atau parti, lompat parti serta sikap diktator. Pemimpin negara perlu memahami bahawa jawatan Perdana Menteri adalah suatu amanah yang berat yang pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, dikejar atau suatu peluang untuk mencari kemewahan hidup. 

Lebih 40,000 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan sempena Muktamar PAS Ke-58.

Akhirnya, PAS WP merasa yakin rakyat kini sudah bersedia menyerahkan mandat kepimpinan negara kepada Pakatan Rakyat. Melihat kepada sambutan rakyat khususnya dari kelompok pegawai tinggi kerajaan, golongan selebriti, artis, karyawan, sehinggalah kepada pemimpin politik dan NGO, rakyat meletakkan harapan dan sandaran baru kepada PAS dan PR untuk memimpin negara dalam landskap baru politik negara ini, Insyaallah.


.

Thursday 15 November 2012

Berita yang buatkan Umno tidak tidur malam

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) khususnya kepada Ketua DPPM, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi atas keterbukaan dan ketelusan beliau mengisytiharkan harta miliknya. 

Langkah ini merupakan pencetus kepada agenda dasar ketelusan kepemimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000 - Sinar Harian

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 
15 November 2012

KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini. 
  
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut. 
"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya. 

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. 

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru. 

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800. 

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya. 

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan. 

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

Sudah pasti langkah proaktif ini akan memberi mimpi ngeri kepada Umno dan Barisal Nasional. Umno tidak boleh tidur lena lagi. Rakyat akan memilih pemimpin yang telus dan terbuka, yang tidak merompak harta negara masuk ke poket sendiri dan anak beranak. Umno sampai bila-bila tidak akan mengisytiharkan harta pemimpinnya, kerana sudah lebih 50 tahun Umno memunggah segala kekayaan negara masuk ke kantung sendiri, kroni dan anak beranak, serta membiarkan rakyat terhimpit dengan kemiskinan.

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!

.

5 kaedah Umno membodohkan rakyat dalam sesuatu isu (Bahagian 2)

Kaedah 2: Manipulasi media cetak (Utusan Malaysia dan Berita Harian) dan elektronik (TV1, TV3) 

Umno akan guna segala media untuk menyebarkan doktrin jahat bagi memberi gambaran buruk ke atas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Antara strategi yang diguna pakai ialah seperti berikut: 

i. Mensensasikan isu yang melibatkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan tajuk besar di muka hadapan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Pemilihan perkataan tajuk besar juga bersifat provokatif, mengadu domba, dan menimbulkan api kebencian. 

ii. Dalam tulisan media cetak dan ucapan berita media elektronik, perkataan-perkataan tertentu sengaja dipilih untuk membina persepsi jahat dan negatif terhadap lawan politik BN. Contohnya adalah laporan seperti di bawah. Media Umno sengaja memilih perkataan tazkirah untuk memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Sedang yang bukan beragama Islam telah bertindak sebagai pemberi peringatan agama kepada umat Islam di dalam surau. 

Sumber: Utusan

iii. Media cetak dan elektronik Umno juga menggunakan kaedah pengulangan isu yang sama berhari-hari agar persepsi jahat itu terlekat dalam fikiran rakyat. Propaganda isu langsung tidak dibuktikan dengan fakta dan hujah, namun cukup hanya dengan persepsi liar yang dibina secara teliti untuk mempengaruhi pembaca dan penonton. 

iv. Untuk kononnya dilihat berlaku adil, media Umno turut cuba mendapat komen daripada pemimpin Pakatan Rakyat, atau mereka akan memetik sahaja mana-mana kenyataan pemimpin PR dalam media alternatif. Namun editor akan bertindak untuk memotong bahagian ucapan tertentu, dan menyiarkan sebahagian sahaja kenyataan itu sehingga menyebabkan maksudnya tergantung dan wujud salah faham yang ketara. 

v. Media Umno akan mengenalpasti perbezaan pendapat antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dan kemudiannya melaga-lagakan perbezaan tersebut agar rakyat melihat gabungan Pakatan Rakyat tiada persefahaman. Dua tujuan utama iaitu agar pemimpin PR terpengaruh dengan berita itu dan bercakaran sesama sendiri, dan kedua tidak lain tidak bukan supaya rakyat menjadi bodoh dan tidak dapat berfikir dengan rasional dan berfakta. Matlamat akhir cuma satu, iaitu memecahbelahkan Pakatan Rakyat. 

vi. Terdapat banyak lagi strategi licik dalam pengalaman media Umno, bertujuan untuk membodohkan rakyat. Dengan harapan rakyat menjadi buta maklumat dan fakta, mereka akan mengundi Umno dalam pilihanraya akan datang. 


Kaedah 3: Buat laporan polis sebanyak mungkin 

Kononnya atas nama prihatin, pelbagai NGO dan persatuan-persatuan yang tidak pernah kedengaran sebelum ini keluar daripada ‘tempat tidur’ dan membuat laporan polis sebanyak mungkin berkenaan isu yang sengaja diperbesarkan. 

Modus operandi ini sama sahaja dipraktikkan dalam isu-isu sebelum ini antaranya ialah isu Bersih, isu Dato’ Seri Nizar Jamaludin, dalam isu Mat Indera yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS dan sebagainya. Lebih melucukan, dalam kes memijak gambar Najib, berpuluh-puluh laporan polis dibuat seolah-olah Najib terlalu mulia. Walhal, sebelum ini, terlalu banyak gambar penyokong Umno yang menghina dan mengaibkan gambar pemimpin Pakatan Rakyat terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. 

Tujuan utamanya ialah agar rakyat melihat perilaku pemimpin Pakatan Rakyat ini ialah sejenis jenayah yang perlu disiasat dan dihukum, dan menjadikan ia sebahagian daripada modal politik untuk media Umno perbesar-besarkan. 

Tidak cukup dengan cakupan media Umno di seluruh Negara, tindakan fizikal seperti perarakan beserta sepanduk menuju ke balai polis diperlukan kononnya untuk menunjukkan gerakan penentangan terhadap sesuatu isu atau pemimpin Pakatan Rakyat adalah mendapat sokongan di seluruh Negara dan kononnya melibatkan pelbagai NGO yang mewakili masyarakat. 

Lihat contoh-contoh berita seperti berikut. 

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Modus operandi yang sama turut dibuat dalam kes Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang menulis berkenaan nombor plat WWW1 dalam laman twitter beliau. Setelah dibicarakan, Nizar memenangi samannya ke atas Utusan dan semua yang membuat laporan polis ini senyap sepi menjadi bisu. 

Kenapa jadi begitu? Kerana semasa mereka ini membuat laporan polis, kemungkinan tidak tahu apa-apa berkaitan isu sebenar dan tidak lebih sekadar ingin menggembar gemburkan isu kerana ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Dalam kes Bersih 2.0, lebih 1000 laporan polis telah dibuat. Ini bertujuan untuk memberi gambaran bahawa pelbagai segmen menolak penganjuran perhimpunan mega Bersih. 

Malangnya, tindakan membuat laporan polis ini telah secara langsung membolehkan jenama ‘Bersih’ menyelinap masuk ke dalam media-media utama dan bertukar menjadi promosi secara percuma. 

Belajar daripada kesilapan, modus operandi ini kurang dipraktikkan semasa penganjuran Bersih 3.0 kerana tidak mahu Bersih 3.0 dipromosikan dalam media Utusan dan TV3. Namun, tidak seperti yang dijangka. Jenama ‘Bersih’ sudah dipromosikan secara besar-besaran semasa Bersih 2.0 yang lalu dan sudah melekat di hati rakyat. 

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Selepas Mohamad Sabu mencetuskan fenomena sejarah Mat Indera, banyak pihak yang buta sejarah telah membuat laporan polis. Ditambah pula pengakuan seorang professor yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah. Ia menghangatkan lagi perbahasan berkenaan sejarah Negara. 

Mohamad Sabu diserang bertubi-tubi, sehingga disiasat oleh polis. Namun disebabkan isu tersebut memakan diri Umno sendiri dan akan mendedahkan sejarah Umno yang dikatakan mempunyai ‘hubungan mesra’ dengan penjajah British, maka isu tersebut disenyapkan begitu sahaja. 

Sumber: Utusan


Kaedah 4 dan Kaedah 5 akan disambung dalam bahagian seterusnya. 

.

Tuesday 13 November 2012

5 kaedah Umno membodohkan rakyat dalam sesuatu isu (Bahagian 1)

Umno sangat licik dalam kerja-kerja membodohkan rakyat. Jika dilihat dalam beberapa kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, Umno dan segala medianya sengaja membesar-besarkan isu. Paten propaganda yang dirangka untuk menghasut rakyat adalah sama dalam semua isu. Meskipun ada ruang wacana ilmiah yang boleh dikembangkan contohnya dalam isu sejarah Mat Indera yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Umno lebih suka memilih pintu propaganda. 

Mereka menggunakan apa sahaja mekanisma untuk memesongkan fakta sebenar, membentuk perspektif yang negatif dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin Pakatan Rakyat. 

Apakah langkah-langkah umno dalam kerja-kerja membodohkan rakyat? 

Langkah 1: Seluruh individu pro umno-BN akan mengulas sesuatu isu dan memutar belit isu sebenar 

Apabila tercetus sesuatu isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, umno dan pencacainya akan membuat komen tentang apa sahaja yang terlintas di kepala. Sehingga kadang-kadang, sesetengah pemimpin Umno kelihatan seperti bodoh dan tidak berpendidikan. Ketua Wanita Cawangan, ketua Wanita Negeri, Ustaz Umno, Ketua Pemuda Bahagian, JKK Kampung, Ketua Wanita Cawangan NGO (tak sangka NGO itu wujud), Profesor Kangkung, AJK Persatuan Veteran, AJK Surau Perumahan dan segala jenis individu mesra Umno akan bercakap mengikut sedap mulut (mungkin sedang melobi untuk dicalonkan dalam pilihanraya). 

Dalam sesetengah isu, ‘pengulas-pengulas tambahan’ ini akan menjadi lebih alim dari ulama, lebih mulia dari perasuah, lebih Melayu dari Hang Tuah, dan lebih segala-galanya. Semuanya akan bertukar menjadi alim, mengaitkan semua perkara dengan Al-Quran, menonjolkan Umno sebagai parti yang kononnya bersih. 

Lihat gelagat ‘pengulas-pengulas tambahan’ dalam isu Nurul Izzah yang memetik ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ‘tiada paksaan dalam agama’ dalam sebuah forum. 

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan
Pengerusi Biro Agama Wanita UMNO, Datin Mesrah Selamat berkata, umat Islam juga tidak seharusnya berkompromi dengan kenyataan sedemikian bagi mengelak berlakunya kehancuran dalam permuafakatan ummah di Malaysia. Dalam hal ini, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu kepada Nurul Izzah terbukti gagal mendidik anaknya supaya berpendirian teguh dalam mempertahankan hukum-hukum Islam yang asas. 

"Islam adalah agama yang tiada tolok bandingannya. Agama ini perlu dipertahankan dan mana-mana umat Islam yang membuat kenyataan seperti Nurul Izzah ini bukan sahaja menipu diri sendiri, malah kabur dengan landasan agama yang paling asas," 

Perkara sama turut ditegaskan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang menjelaskan, pemimpin seperti Nurul Izzah yang mengutamakan kepentingan politik melebihi kedaulatan agama tidak seharusnya diterima rakyat negara ini. Kata beliau, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan yang dilaknat Allah sekali gus menyebabkan negara ini terdedah dengan pelbagai musibah sekiranya Nurul Izzah terus diterima sebagai pemimpin. 

Individu-individu ini akan mengulas apa saja isu yang melibatkan Pakatan Rakyat dari perspektif negatif, asalkan terlintas di kepala. Hasilnya, pembaca yang membaca ulasan-ulasan liar ini akan terpengaruh kepada ulasan sahaja, tidak pada isu sebenar yang diperkatakan oleh Nurul Izzah.

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Bagi menunjukkan bahawa isu ini terlalu besar dan serius, seseorang perlu memberi cadangan agar isu ini perlu melibatkan Peguam Negara, Akta Hasutan dan sebagainya. Ini dia pencadangnya. 
"Saya juga mencadangkan pihak Peguam Negara meneliti isu tersebut dan mengkaji adakah ia termasuk di bawah Akta Hasutan, kalau benar disabit kesalahan serta kes itu memerlukan pendakwaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

“Ismail memberitahu, pemikiran- pemikiran Islam yang liberal perlu dicegah sebelum menjadi parah kerana adanya puak-puak tertentu bercita-cita untuk menguasai Putrajaya dan membawa elemen-elemen yang menghancurkan ajaran sebenar Islam.” 
Sumber: Utusan

Mashitah Ibrahim lebih kreatif dalam mengulas isu ini. Beliau terus mengaitkannya dengan isu murtad dan hukuman penjara. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Yang ini lebih menarik. Bersungguh-sungguh pengulas cuba melebarkan perspektif pembaca berita kepada isu lain seperti manipulasi agama dalam politik, liberal dan pluralisme. Malah setelah membuat kesimpulan mengikut fahaman sendiri, pengulas secara mudah mengaitkan Nurul Izzah dengan kesimpulan yang direka-reka itu. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Apa kuasa yang Nurul Izzah ada hingga mampu mengancam Islam sedangkan kerajaan Najib-Rosmah mempunya JAKIM, Ikim, Jabatan agama Islam negeri, mufti, Utusan Malaysia, TV1, TV3, polis, tentera, dan segala jenis ulama Umno?
 
Sumber: Utusan

Seperti biasa, apa sahaja modal serangan ke atas Pakatan Rakyat akan mendapat perencah daripada Tun Mahathir. Sebagai peringatan, Mahathir secara konsisten sejak berpuluh tahun lalu tidak segan silu menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, hukum Islam dan pengalaman ajaran Islam. (Rujukan

Sumber: Utusan

Tidak cukup dengan pengulas-pengulas tambahan yang tidak ternama, institusi istana turut diheret bagi menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai krisis dengan istana dan membesar-besarkannya dalam media. Sedangkan pihak Nurul Izzah bila-bila masa boleh membuat pertemuan dengan pihak istana bagi menerangkan perkara yang sebenar dan maksud disebalik apa yang diucapkan oleh beliau dalam forum itu. 

Sumber: Utusan

Selain itu, pengulas tambahan ini juga seolah-olah mahu melaga-lagakan Pas. Memang sejak daripada dahulu, kerja-kerja Umno menyuntik perang saraf di celah-celah hubungan PAS serta PKR dan DAP agar hubungan erat ini terpecah dan akan memberi kelebihan kepada BN. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Pengulas-pengulas ini memanipulasi kenyataan pemimpin PAS bagi memburukkan imej PAS sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar utama. Juga untuk memberi gambaran bahawa akibat daripada isu Nurul Izzah ini, hubungan PAS dan PKR akan retak. 

Sumber: Utusan
Demikianlah bagaimana pengulas-pengulas tambahan membesar-besarkan isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. Tujuannya hanya satu, iaitu mencipta persepsi negatif orang ramai terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, seterusnya agar rakyat menolak Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13. 

Walhal jika dibongkar, kenyataan dan tingkah laku pemimpin Umno jauh lebih jijik dan menghina Islam. Namun ulama Umno diam membisu. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. 

Untuk mempertahankan kuasanya, Umno tiada pilihan lain selain membodohkan rakyat melalui media-media milih mereka. 


Kaedah 2 dan Kaedah 3 akan disambung dalam bahagian seterusnya. 


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.