Monday 31 December 2012

Perutusan Tahun Baru 2013 JUHAM

Secara kesuluruhannya, tahun 2012 merupakan tahun yang baik bagi Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana misi utama kami untuk merakyatkan JUHAM di mata masyarakat sudah berjaya dicapai walaupun diakui masih banyak lagi yg perlu diperbaiki. 

Penglibatan JUHAM dalam kes-kes di peringkat nasional seperti Himpunan Bersih 2.0 & Bersih 3.0, Himpunan Hijau Lynas, Himpunan Oren, Himpunan Mansuhkan ISA yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah, Inkues siasatan kematian Baharuddin Ahmad, saman AES dan juga kes-kes yang melibatkan kemahasiswaan seperti kes UPSI, semakan kehakiman kes pelajar UniMap dan kes-kes pelajar yang melibatkan AUKU

Di peringkat dalaman pula JUHAM telah berjaya menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak untuk memberikan taklimat perundangan pilihanraya yg terkini, pengetahuan tentang hak-hak asasi dan juga simulasi pilihanraya kepada pimpinan dan petugas-petugas parti. 

JUHAM mengharapkan agar di tahun 2013 ini, kerajaan lebih menghormati hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan. Ini dapat dibuktikan dengan kerjasama baik yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur nanti. 

Negara juga akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 awal tahun 2013 ini dan tentunya JUHAM mengharapkan agar pihak berkuasa dapat memainkan peranan yang penting dan tidak bias dalam mengawal pesta demokrasi rakyat nanti. 

Undang-undang bukan sahaja perlu dilihat adil tetapi perlaksanaannya juga perlu adil dan saksama "without fear or favour". 

Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang untuk seluruh rakyat Malaysia. Sekian 31 Disember 2012 

AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI 
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Malaysia (JUHAM) 
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

merangkap
Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Parlimen Titiwangsa

Sunday 30 December 2012

Warga emas, ibu tunggal, OKU terima sumbangan di Desa Pandan

23 Dis, Ahad - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa meneruskan lagi program Ziarah Kasih, kali ini meliputi kawasan Desa Pandan.

Menurut Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, sebanyak 30 buah rumah telah diziarahi yang terdiri daripada penduduk yang uzur, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Ziarah Kasih ini bertujuan untuk menyelami kesusahan rakyat tempatan, merapatkan hubungan dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Ia merupakan aktiviti rutin yang diamalkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Almarhumah Dr. Lo' Lo' sebelum beliau meninggal dunia. Barang-barang yang diagihkan adalah merupakan sumbangan daripada orang ramai kepada PKWR Titiwangsa.

Untuk minggu-minggu seterusnya, PKWR Titiwangsa akan meneruskan aktiviti Ziarah Kasih di beberapa kawasan dan penduduk yang telah dikenalpasti.

Ahmad Zamri mewakili PKWR Titiwangsa menyampaikan sumbangan kepada penduduk tempatan.


.

Pesta Durian Titiwangsa meriah!

Pesta Durian Titiwangsa yang berlangsung pada 29 Disember di PPR Jelatek mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebanyak 7 bakul besar durian disediakan oleh penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Titiwangsa secara percuma hasil daripada tajaan pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, kehadiran penduduk tempatan yang tidak putus-putus itu telah menyebabkan AJK program terpaksa mencari durian tambahan sebanyak 4 bakul besar.

Turut hadir dalam Pesta Durian Titiwangsa ialah Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. 
 
Program yang bermula pada pukul 9.00 malam itu turut dihiburkan dengan persembahan Ustaz Radzi Mellisa. Sebanyak 500 keping Kalendar 2013 Parlimen Titiwangsa diedarkan kepada orang ramai.

Selain itu, sempenan kehangatan Pilihanraya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, petugas turut membuka kaunter semakan daftar pemilih.

DPPKT mengucapkan tahniah kepada penduduk tempatan pemuda Pas PPR Jelatek yang bertungkus lumus mengaturkan promosi, persiapan tempat dan membantu melancarkan program. 

Bekalan tambahan durian baru sampai.








Ahmad Zamri bersama Ust Radzi Mellisa, Mohamad Suhaimi dan penduduk tempatan.

.


Thursday 27 December 2012

[Rebat smartphone] Kroni bertambah kaya, anak muda terus dibodohkan..kahkahkah


  • Warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun 
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah 
  • Hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka 
  • Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru 


MODEL TELEFON PINTAR 3G YANG DILULUSKAN DENGAN HARGA MAKSIMUM RM500



Smartphone apa yang berharga RM500 ke bawah? Cap ayam? Kahkahkah.. Ke manakah bajet RM300 juta untuk rebat smartphone ini akan mengalir? 

1.5 juta anak muda akan menerima rebat RM200 ini. Jika harga maksimum ialah RM500, anak muda ini terpaksa mengeluarkan lagi RM300 seorang. Jadi jumlah terkumpul duit yang terpaksa dikeluarkan oleh anak muda ialah RM450 juta. Ke manakah duit ini akan mengalir? 

Siapakah kroni-kroni Umno yang akan dilantik sebagai pengedar untuk bekalkan ‘telefon pintar yang diluluskan’? 

Syarat : Pelanggar jalur lebar sedia ada atau pakej internet baru. 

Maknanya penerima rebat RM200 ini akan melanggan pakej internet & data plan setiap bulan dan akan membayar bil bulanan sampai bila-bila. Kroni mana yang akan untung? Maxis, Celcom, YES, Digi, dan lain-lain. 

1.5 juta pengguna membayar bil purata RM50 sebulan, akan menghasilkan RM75,000,000 (75 juta) sebulan. Setahun RM900,000,000 (900 juta). 5 tahun RM4,500,000,000 (4.5 billion). Kroni kayoooo! 

Bukankah dasar ini hanya untuk pancing undi anak muda dan akhirnya akan membebankan anak muda? Adakah Najib bodoh ekonomi, atau sengaja membodohkan anak muda? 

Kroni Umno terus kaya, anak muda terus diperbodohkan. Kahkahkah..


.

Wednesday 26 December 2012

29 Dis ini, jangan balik sebelum habiskan 1 lori durian!


DPPKT: Jemput hadir semua!

.

Pas Titiwangsa edar Kalendar 2013 di Pasar Malam Taman Maluri (Gambar)

Pas Kawasan Titiwangsa dengan kerjasama Pemuda dan Muslimat Pas Titiwangsa telah menganjurkan program edaran Kalendar 2013 dan risalah bertempat di Pasar Malam Taman Maluri. Sebanyak 1000 keping Kalendar 2013 yang diterbitkan oleh Pemuda PAS Titiwangsa telah diedarkan dalam program yang berlangsung semalam (26 Disember 2012) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan pengunjung dan peniaga. 

Petugas kawasan turut membuka dua buah khemah kaunter daftar pemilih di dua tempat berasingan bagi memudahkan masyarakat di sekitar Parlimen Titiwangsa membuat semakan daftar pemilih. Kaunter ini dibuka sebagai persediaan untuk menyambut kehangatan Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. 

Turut hadir dalam program ini ialah Yang Dipetua PAS Titiwangsa, Mejar (B) Ustaz Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. 

Ketibaan YDP Titiwangsa (berdiri dua dari kanan) disambut petugas.
 
Petugas daripada Pemuda PAS Titiwangsa telah diamanahkan untuk mengedarkan bahan-bahan penerangan kepada pengunjung Pasar Malam Taman Maluri. Program di Parlimen Titiwangsa ini turut mendapat perhatian Pemuda PAS Wilayah Persekutuan apabila Ketua Pemuda PAS WP, Sdra Kamaruzzaman Mohamad turut hadir bersama beberapa orang Exco Pemuda PAS Wilayah untuk sama-sama mengedarkan bahan penerangan kepada pengunjung. 

Penyelaras Pusat Khidwat Wakil Rakyat (PKWR) TItiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi memaklumkan bahasa beliau tidak dapat hadir kerana sedang mempengerusikan mesyuarat Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM untuk menyelesaikan isu saman AES dan persediaan team peguam bagi menghadapi Hari Kebangkitan Rakyat #112. 

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas PAS atas kesungguhan memberi penerangan kepada rakyat di Parlimen Titiwangsa. 


Petugas pemuda dan muslimat menyiapkan bahan-bahan yang akan diedarkan oleh petugas.

Ketua Pemuda PAS Titiwangsa sedang mengedarkan kalendar dan risalah kepada peniaga pasar malam Taman Maluri

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut hadir mengedarkan kalendar dan risalah.



Petugas pemuda sedang mengedarkan Harakah secara percuma.



Kaunter semakan daftar pemilih mendapat sambutan di luar jangkaan.



Sudahkan anda mendapatkan Kalendar 2013 Parlimen Titiwangsa?

DPPKT: Jumpa lagi 29 Disember ini dalam program Pesta Durian di PPR Jelatek!

.

Monday 24 December 2012

Zamri rasmikan Pasti Muhammad Al-Fateh, Kg. Baru (Gambar)

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) meluaskan lagi perkhidmatan mereka di Wilayah Persekutuan dengan membuka cawangan di Kampung Baru. 

PASTI yang dinamakan sebagai PASTI Muhammad Al-Fateh ini akan mula beroperasi pada sesi 2013, dan telah dirasmikan oleh Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pada 22 Disember 2012 yang lalu. 

Difahamkan bahawa, kouta pelajar yang mendaftar sudah hampir penuh dan mendapat sambutan diluar jangka. PASTI Muhammad Al-Fateh adalah dibawah pengurusan Kawasan Titiwangsa dan diurus oleh Sdra. Wan Kamal (019-4193235)


Orang kuat disebalik penubuhan Pasti Muhammad Al-Fateh

En. Wan Kamal, pengurus Pasti Muhammad Al-Fateh menyambut ketibaan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.



Ucapan Ahmad Zamri semasa merasmikan PASTI Muhammad Al-Fateh Kg Baru.

Antara hadirin yang hadir ialah ibu bapa kepada pelajar yang telah mendaftar di Pasti Muhammad Al-Fateh untuk sesi 2013

Ahmad Zamri beramah mesra dengan ibu bapa kepada bakal pelajar Pasti Muhammad Al-Fateh



Ibu bapa dibawa melawat ke kelas pengajian anak-anak mereka.

Ahmad Zamri bersama Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra. Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.





DPPKT: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jom menjadi sebahagian daripada keluara besar PASTI Se-Malaysia!

.

Tolong jangan gelak kepada Mat Maslan.. kahkahkah



"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," Najib Razak.

"Budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini." - Ahmad Maslan.


Umno dan pembodohan memang tak boleh dipisahkan. Selagi ada idea untuk membodohkan rakyat dan dapat menutup ketakutan Umno menghadapi Pakatan Rakyat, selagi itu projek ini akan diteruskan.

Terkini, kerajaan Umno sendiri yang beria-ia untuk membida tuan ramah dalam Kejohanan Debat Universiti Sedunia 2015, namun dalam masa yang sama Perdana Menteri Umno, Najib Razak seorang pengecut yang takut untuk berdebat dengan pihak pembangkang. Najib hanya berani apabila bercakap dengan dinding batu yang tidak boleh bercakap.

Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang dipetik daripada twitter beliau secara sinis mempersoalkan pendirian yang tidak selari oleh kerajaan Umno ini.

"Malaysia akan bida penganjuran Kejohanan Debat Universiti Dunia 2014, betul ke ni? Kata debat bukan budaya kita? Janan bawa budaya luar masuk Malaysia!" @ZamriKhuzaimi @Zamri4Ttwangsa

.
.

[Video] Pengarah Juham ulas isu mahasiswa dipenjara



DPPKT: Penyangak wang negara disanjung, penentang kezaliman dipenjara.


.

Larian Sihat Titiwansa 2012 meriah, jadi acara tahunan Parlimen Titiwangsa (Bergambar)

Pada 23 Disember 2012 (Ahad) yang lalu, Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) dengan kerjasama Pemuda PAS Titiwangsa dan Nisa' Kuala Lumpur telah menganjurkan program Larian Sihat Titiwangsa 2012 yang julung kalinya diadakan di Parlimen Titiwangsa. Program ini turut mendapat bantuan daripada kawasan bantu seperti Wangsa Maju dan lain-lain. 

Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota dan sebagai medan untuk Yayasan Prihatin Titiwangsa mendekati masyarakat setempat. Ia juga dapat memupuk semangat persaudaraan dalam masyarakat serta kehidupan positif.  

Antara tetamu yang hadir ialah Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa) dan juga Sdra Kamaruzzaman Mohamad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan). 

Program yang bermula pada pukul 7.00 pagi ini diadakan di sekitar Taman Tasik Hiliran Ampang dan Desa Pandan. Seramai lebih daripada 150 orang yang menyertai larian ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kategori. Peserta larian dilepaskan pada sekitar jam 8.00 pagi oleh Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Disamping program larian yang menjadi aktiviti utama, penganjur juga turut menyediakan aktiviti kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan origami, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah untuk peserta LARIS 12 serta gerai jualan. 

Menurut Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra Suhaimi Abdul Aziz, program ini merupakan satu permulaan yang sangat baik dan program LARIS ini akan dijadikan acara tahun di Parlimen Titiwangsa.

Ahmad Zamri dipetik dari laman twitter beliau @ZamriKhuzaimi menyatakan ucapan terima kasih kepada semua petugas program Larian Sihat Titiwangsa 2012, penaja-penaja iaitu Gardenia, Galeri Ilmu dan Harakah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan program ini.


Ahmad Zamri bersama peserta kategori remaja (13-18 tahun)
 



























DPPKT: Terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan LARIS'12. Kita bertemu di Larian Sihat Titiwangsa 2013!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.