Tuesday 29 January 2013

Panasss! Umno Titiwangsa mengaku guna dewan orang ramai sebagai bilik gerakan Umno!

UMNO TITIWANGSA MENGESAHKAN SALAH GUNA DEWAN ORANG RAMAI

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI ( Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa)

Saya membaca respons Datuk Johari Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa di dalam akhbar Sinar Harian semalam apabila kenyataan saya mengenai penyalahgunaan dewan orang ramai di Parlimen Titiwangsa oleh UMNO bahagian disiarkan. Kenyataan Datuk Johari menyebut bahawa dewan-dewan itu hanya digunakan untuk Majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya di Zon Kampung Bharu, Zon Datuk Keramat, dan Zon Kampung Pandan dan bukannya bilik gerakan. 

Kenyataan Datuk Johari telah mengesahkan bahawa UMNO sememangnya telah menggunakan dewan-dewan tersebut untuk kegiatan parti mereka. Jika dewan tersebut digunakan hanya untuk majlis perasmian Gerak Kerja Pilihanraya, sudah tentu perasmian tersebut hanya memakan masa beberapa jam atau paling lewat sehari sahaja. Tetapi mengapa sehingga sekarang bendera UMNO-BN masih terpasang sekitar dewan-dewan manakala banner tertulis perasmian Bilik Gerakan masih digantung di depan dewan? Dalam erti kata lain, mengapa sehingga sekarang UMNO masih tidak kosongkan kesemua dewan-dewan orang ramai yang digunakan mereka? 

Tambahan pula, jika mereka menggunakan premis awam ini untuk majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya sahaja, mengapa pula dewan ini telah digunakan sejak bertahun dahulu? Isu penggunaan dewan oleh UMNO bukan sehari dua ini muncul, tetapi telah berbangkit sejak sekian lama. Malah Almarhumah Dr Lo’ Lo’ Datuk hj Ghazali selaku Ahli Parlimen Titiwangsa pernah membangkitkan perkara ini tetapi tiada reaksi apa-apa dari UMNO Bahagian. Saya mengambil inisiatif mendedahkan perkara ini kerana terlalu banyak rungutan daripada penduduk mengenai penyalahgunaan dewan orang ramai oleh UMNO Bahagian. Apakah Datuk Johari tidak menyedari perkara ini dan apakah beliau tidak merasa malu dengan tindakannya? 


 Klik untuk besarkan imej (Sumber: Sinar Harian)


Jika UMNO Titiwangsa dikatakan banyak membantu membiayai kos penyelenggaraan dewan-dewan orang ramai, sepatutnya mereka menjadikan dewan tersebut benar-benar diduduki oleh orang ramai untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk UMNO. Banner, bendera serta dan sepanduk yang terpacak di depan dewan-dewan ini menjadikan orang ramai semakin takut untuk menghampirinya. Ini bukannya untuk membantu rakyat, tetapi lebih menyusahkan rakyat. Rakyat pasti merasa kesal kerana dewan komuniti yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti masyarakat seperti kenduri kendara tidak dapat digunakan kerana diambil alih oleh UMNO. 

Saya ingin mengingatkan UMNO Titiwangsa bahawa penyalahgunaan mana-mana premis awam untuk kepentingan parti politik dalam pilihanraya adalah suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Mengikut tafsiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penyalahgunaan premis awam untuk kepentingan parti politik dianggap sebagai salahguna kuasa dan boleh diambil tindakan. 

Justeru, saya sekali lagi mencabar Datuk Johari dan UMNO Titiwangsa supaya segera mengosongkan dewan komuniti atau dewan orang ramai untuk kegunaan orang ramai. Carilah mana-mana premis eksklusif dengan biaya parti sendiri sebagaimana PAS lakukan. Mari kita bertanding di pentas politik pilihanraya di atas padang yang sama rata, baru kenal langit itu tinggi atau rendah.


.

Monday 28 January 2013

Zamri selami suara hati peniaga di pasar Chow Kit

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa telah menganjurkan program sarapan dan ziarah mesra ke pasar Chow Kit. Program yang diadakan pada pagi 26 Januari (Sabtu) ini diketuai oleh Penyelaras PKWR, Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan diiringi oleh petugas-petugas PAS Cawangan Chow Kit.

Antara rungutan peniaga-peniaga ialah laluan pejalan kaki yang sempit dan lantai pasar yang rosak dan banyak lopak. Selain itu, saluran pembuangan sisa bahan mentah juga tidak sempurna dan kebocoran bumbung yang menyebabkan pasar menjadi lecak apabila hujan. 

Ahmad Zamri turut bertanya khabar pengunjung dan penduduk tempatan yang datang membeli belah di pasar Chow Kit.

Pasar Chow Kit merupakan sebuah pasar yang bersejarah dan berusia puluhan tahun. Malah, lokasi ini turut merakamkan peristiwa bersejarah iaitu konsert Allayarham Sudirman yang mengumpulkan hampir 100,000 peminatnya. Di sinilah Surdiman menyanyikan lagu Chow Kit Road.

Rata-rata para peniaga melahirkan rasa bimbang dengan pembangunan yang dikatakan akan dilaksanakan di kawasan ini dan akan menyebabkan para peniaga kehilangan ruang berniaga mereka.


 Petugas berkumpul untuk memulakan program ziarah mesra di pasar Chow Kit. Turut kelihatan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mejar (B) Ust Abdullah.


Ahmad Zamri bertemu dengan peniaga ikan di pasar Chow Kit.





Ketibaan Ahmad Zamri diiringi petugas Cawangan Chow Kit sebelum bertemu dengan para peniaga.




 Bertanya khabar pengunjung..




.

Kaunter semakan daftar pemilih di Pasar Maluri


Petugas Zon Pandan meneruskan lagi siri penerangan dan perkhidmatan semakan daftar pemilih, kali ini bertempat di Pasar Maluri. 

Program berkala ini diambil sebagai langkah untuk meningkatkan kepekaan penduduk tempatan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Selain itu, risalah penerangan Suara Rakyat TItiwangsa dan Kalendar 2012 yang telah diedarkan kepada orang ramai. 

PAS Titiwangsa komited untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa dan meneruskan perjuangan yang diwarisi oleh Almarhumah Dr. Lo’ Lo’ terutama dalam isu mempertahankan tanah Melayu Kampung Baru dan beberapa isu lain termasuk isu kos sara hidup yang dihadapi oleh warga kota. 

.

Futsal pemuda sebagai persediaan stamina PRU13


Pada 8 Januari lalu, diadakan satu program riadah futsal yang melibatkan Pemuda PAS Titiwangsa bertempat di Danau Futsal, Taman Danau Kota.

Sekitar 15 orang pemuda yang berkelapangan telah hadir dan mengadakan perlawanan persahabatan. Objektif program ini sebagai salah satu latihan jasmani untuk para pemuda meningkatkan kesihatan masing-masing menjelang PIlihanraya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Para pemuda yang tinggal di Kuala Lumpur yang ingin menyertai riadah futsal bersama Pemuda PAS Titiwangsa, boleh menghubungi Ketua Pemuda PAS TItiwangsa, saudara Suhaimi Abd Aziz (019-6039187)

.

Thursday 24 January 2013

[Panas] 4 Menteri Kantoi korup dengan SPRM telah dikenalpasti

Klik untuk besarkan imej

Kenapa nama-nama 4 Menteri Kantoi dan pemimpin parti ini tidak disiarkan dan digembar-gemburkan?

Adakah Utusan Meloya media propaganda Umno laporkan berita ini?

Kenapa Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM enggan komen isu ini?

Siapakah seorang Menteri Besar, seorang Ketua Menteri dan 2 pemimpin tertinggi sebuah parti itu? Untuk makluman, Pakatan Rakyat mempunyai 3 Menteri Besar (Kelantan, Kedah dan Selangor ) dan 1 Ketua Menteri (Pulau Pinang) manakala Umno-BN mempunyai 3 orang Ketua Menteri (Sabah, Sarawak dan Melaka) dan 6 Menteri Besar (Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis).

Kini tunggu malam ini adakah TV3 akan jadikan berita utama..

Jika Utusan jadikan tajuk besar, sah Menteri Pakatan Rakyat.

Jika TV1 dan TV3 mainkan isu ini 30 minit pertama dalam Buletin Utama, sah Menteri Pakatan Rakyat.

Jika cybertrooper Umno dan Papagomo mainkan isu ini 15 hari 15 malam, sah Menteri Pakatan Rakyat. 

Jika rAIS yATIM rajin mengulas untuk menyumbat berita ini ke dalam otak rakyat selama 10 hari 10 malam, sah Menteri Pakatan Rakyat.

Tapi.. Jika Utusan Meloya, TV3, cybertrooper Umno, Papagomo dan Rais Yatim senyap sepi, dan berita ini senyap sampai PRU, sah sah sah sah sah Menteri _______  _______  kah kah kah kah!

.

Dr. Raja Iskandar desak Najib iktiraf Hamas, putuskan hubungan dengan Israel

Oleh: DR RAJA ISKANDAR AL HISS (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin. Dalam kunjungan Najib ke bumi Gaza semalam, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan HAMAS. 

Kunjungan PM seharusnya diterjemahkan dengan hubungan akrab antara Malaysia dengan kerajaan HAMAS. HAMAS perlu dikeluarkan dari rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama HAMAS di pentas dunia. DPPM juga kesal kerana sehingga sekarang kerajaan gagal mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat negara itu. 

Selain itu, DPPM meminta kerajaan supaya membuka kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diwakili oleh HAMAS sebagai entiti rasmi kerajaan negara itu. Tambahan lagi wakil HAMAS perlu dijemput dalam setiap program rasmi melibatkan kerajaan luar yang dianjurkan di negara ini. 

Umat Islam di negara ini mengharapkan peranan lebih besar disalurkan kepada bumi berdarah Palestin serta Syria daripada sekadar kunjungan PM. Kerajaan Malaysia mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh negara Turki dan Mesir yang lantang memberi amaran keras kepada Israel. Malaysia sepatutnya menjadi contoh kepada negara serantau yang bertindak tegas termasuk memboikot Israel dan negara sekutu dengannya. 

Selain itu, PM perlu bertindak tegas dengan menghentikan sebarang hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antaranya PM perlu menamatkan segera kontrak dengan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel, APCO sebagai perunding imej PM. Jangan ada sikap talam dua muka antara Malaysia dengan HAMAS, di depan nampak akrab dan menangisi umat Islam Gaza, tetapi dibelakang menjalin hubungan intim pula dengan musuh umat Islam Palestin, iaitu Israel. 


.

Wednesday 23 January 2013

Panasss!! Umno Titiwangsa guna dewan orang ramai jadi bilik gerakan parti!

UMNO GUNAKAN DEWAN ORANG RAMAI UNTUK BILIK GERAKAN MEREKA 

Oleh : AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa)

PAS Kawasan Titiwangsa (PAS Titiwangsa) mengecam tindakan UMNO Titiwangsa yang menggunakan dewan orang ramai untuk kepentingan Barisan Nasional. Tinjauan petugas PAS Titiwangsa mendapati kebanyakan dewan orang ramai telah ditukar menjadi hak milik UMNO sejak sekian lama serta menjadi Bilik Gerakan UMNO di beberapa tempat. 

Antaranya adalah dewan orang ramai Pandan Baiduri, Kg Paya di Kg Bharu, Sg Bharu di Kg Bharu, Kg Padang di Kampung Bharu, serta Datuk Keramat. Kesemua dewan ini tertulis dewan orang ramai kecuali di Kampung Padang. Kebanyakan dewan ini pula telah menjadi bilik gerakan UMNO dengan majlis perasmiannya dirasmikan oleh Datuk Johari Abd Ghani, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. PAS Titiwangsa merasa kesal kerana UMNO telah menyalahgunakan harta awam menjadi hak milik mereka sendiri. 

PAS Titiwangsa difahamkan ada antara dewan tersebut dimiliki oleh pihak masjid dan tanahnya juga dimiliki oleh masjid. Jika benar dakwaan tersebut, ini bermakna UMNO telah menyalahgunakan harta masjid untuk kepentingan mereka. 

PAS Titiwangsa merasa musykil bagaimana dewan yang sepatutnya menjadi milik orang ramai telah bertukar menjadi hak milik parti UMNO dan ia bertukar sekelip mata menjadi bilik gerakan pula. Sudah tentu bilik gerakan adalah tempat sulit yang tidak boleh dimasuki oleh orang awam. 

Jika penguasaan politik untuk diambil kira, PAS Titiwangsa lebih berhak menguasai dewan-dewan sekitar parlimen Titiwangsa. Ini kerana PAS yang memenangi Parlimen Titiwangsa dan majoriti Parlimen di Wilayah Persekutuan juga dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Namun demikian, PAS dan PR tidak menyalahgunakan dewan orang ramai untuk kepentingan sendiri. PR menghormati hak rakyat dan sanggup berkongsi dewan orang ramai untuk disewa seperti mana rakyat biasa. 

Dalam keadaan dewan orang ramai yang terhad di Kuala Lumpur ini, rakyat terpaksa berkongsi menyewa dewan komuniti untuk pelbagai aktiviti seperti majlis kenduri kahwin, majlis kesyukuran, program kemasyarakatan dan lain-lain. UMNO Titiwangsa seperti tidak merasa sensitif dengan masalah rakyat dan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat untuk diri mereka. 

Justeru, PAS Titiwangsa mencabar UMNO Titiwangsa untuk mengosongkan dewan-dewan tersebut demi kebaikan rakyat. Jika PAS Titiwangsa sanggup menggunakan markaz, rumah kedai dan rumah ahli PAS yang diinfakkan di jalan Allah untuk kegunaan bilik gerakan PAS, jangan pula UMNO Titiwangsa memalukan ahli dan partinya. Mustahil jika UMNO Titiwangsa tidak mampu menyewa atau membeli mana-mana pejabat atau rumah untuk menjadi bilik gerakan mereka. 

PAS Titiwangsa menegaskan bahawa Pakatan Rakyat memberi komitmen jika PR memerintah Putrajaya kelak, semua dewan orang ramai akan dipulangkan kembali kepada rakyat untuk kegunaan semua pihak. Tidak ada dewan yang akan diselewengkan dan semua pihak boleh menggunakannya untuk kepentingan bersama.









.

Monday 21 January 2013

Tidak ada beza Utusan dengan tisu jamban

ELOK UTUSAN MALAYSIA ‘GULUNG TIKAR’ SAHAJA

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan)

Saya merasa simpati kepada Utusan Malaysia kerana kerap kalah di mahkamah dan terbaru adalah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar tersebut di atas kesalahan memfitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar tersebut awal tahun lalu. 

Dengan siri kekalahan Utusan Malaysia di mahkamah, apalah malang bagi rakyat Malaysia memiliki akhbar nasional yang rendah mutunya sehingga boleh dibakul sampahkan. Hampir setiap kes yang dibawa di mahkamah, akhbar ini kalah dan terpaksa membayar gantirugi. Selepas ini berapa banyak lagi kes akan dibawa ke mahkamah dan berapa banyak lagi kes Utusan akan kalah? 

Sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri merasa malu untuk menatap dan membaca akhbar tersebut. Saya merasa malu akhbar ini dijadikan akhbar rasmi di mana-mana perpustakaan, dihidang disekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, di jual di kedai-kedai buku ternama, malah dijual di kedai kaki lima. Seolah-olah apa yang dibaca dan ditatap oleh rakyat adalah akhbar pembawa berita palsu dan penyebar fitnah tersohor di negara ini! 

Reputasi Utusan di mata rakyat kini sudah jatuh merudum. Apakah ada berita yang ada dalam akhbar itu boleh dipercayai lagi? Kerana itulah ada rakyat yang nakal membaca akhbar Utusan secara terbalik, sama ada benar-benar terbalik atau memahami maksud Utusan dari sudut yang terbalik. Jika benar kata akhbar tersebut, maknanya berbohonglah ia, jika bohong kata Utusan maka benarlah berita itu. 

Sepatutnya, keputusan mahkamah ini menjadi suatu pengajaran paling berharga buat Utusan atau mana-mana akhbar, termasuk media televisyen dan radio. Budaya fitnah, menokok tambah cerita, mengadu domba, dan melaga-lagakan pemimpin adalah budaya liar yang ditolak oleh masyarakat negara ini. Rakyat tidak menerima sama sekali budaya pemberitaan yang dibohongi bagi menyenangkan pihak tertentu. 

Saya nasihatkan Utusan supaya ‘gulung tikar’ atau tutup sahaja akhbar tersebut. Daripada menanggung malu disamping kos yang banyak untuk membayar saman di mahkamah, lebih baik Lembaga Pengarah Urusan Utusan berbincang untuk menjalankan perniagaan lain yang lebih menguntungkan. Lebih baik menjadi sebuah majalah dakwah alternatif untuk kepentingan umat islam di negara ini, setidak-tidaknya ada juga manfaat dan pahalanya kepada umat Islam. 


.

Wednesday 16 January 2013

Umno pastikan rakyat bodoh untuk kekal berkuasa - Zamri

Penggantungan Pegawai Bank Islam dan Bawani : Bukti Kebejatan Intelek Umno BN

Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi. 

Malah, adalah suatu yang ironi apabila suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. 

Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya. 

Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini. Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka. 

Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara. 

Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. 

Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. 

Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah mengejutkan dan bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.
Bawani menjadi hero mahasiswa yang menentang projek pembodohan Umno


Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti itu sendiri sebenarnya memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah. 

JUHAM amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. 

Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal. 

JUHAM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan JUHAM mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen. 

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi 
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) 
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR)
Parlimen Titiwangsa



.

Mahfuz, Zamri hadir dialog bersama peniaga Pasar Keramat

16 Jan - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa sekali lagi menganjurkan dialog bersama peniaga Pasar Keramat, bertempat di sekitar Pasar Keramat. Keramat merupakan salah satu zon dalam Parlimen Titiwangsa, yang dahulunya diwakili oleh Allayarhamah Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Mahfuz sedang menyampaikan ucapan dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan budaya kronisme dihapuskan sama sekali dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam apa-apa projek pembangunan.


Dialog yang bermula pada pukul 5.00 petang itu dihadiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dato' Mahfuz Omar ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peniaga. Turut hadir sebagai tuan rumah ialah Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad.

Isu Pasar Keramat merupakan isu lama semenjak Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri, yang menindas para peniaga dan sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh Kerajaan Pusat Umno. Pemimpin Umno hanya pandai membuat lawatan kononnya mereka prihatin, sedangkan kuasa yang ada di tangannya tidak digunakan untuk menyelesaikan aduan rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Punca yang menyebabkan para peniaga menyuarakan ketidakpuasan hati ialah apabila projek ini dibuat tanpa mengambil kira langsung pandangan pihak peniaga. 

Antara perkara yang  melucukan ialah pasar basah ditempatkan di tingkat 2 sehingga menyebabkan akses pengunjung menjadi lebih sukar. 

Umno kekal dengan retorik politiknya dengan menjaja slogan 'rakyat didahulukan', namun segala projek yang diputuskan adalah untuk kepentingan kroni dan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki.


 SANTAI.. Mahfuz sedang menjawab soalan yang diajukan oleh peniaga.


Salah seorang peniaga ayam di Pasar Keramat menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap isu Pasar Keramat yang tidak diselesaikan sejak sekian lama.


.

Monday 14 January 2013

Meter pukal dikunci, bil tetap tinggi di Desa Pandan

Meter pukal dikunci, bil tetap tinggi - Sinar Harian
 
Ahmad Zamri turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat.



DESA PANDAN - Perbadanan Pengurusan Anggerik E2, Desa Pandan mempersoalkan bil air meter pukal di pangsapuri tersebut melambung enam kali ganda dari bil bulanan biasa yang diterima setiap bulan. 

Ketua Blok E 15, Zainal Abu Samah berkata, kebiasaannya bil meter pukal adalah RM36 sebulan tetapi telah mencecah RM200 setiap bulan. 

Menurutnya, dia telah merujuk perkara tersebut sebanyak tiga kali kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) namun tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi. 

“Dalam kes ini, Syabas memberi alasan berkemungkinan berlakunya paip bocor atau badan pengurusan menggunakan air untuk membasuh tangga. 

“Bagaimanapun, meter pukal ini telah dikunci oleh pengurusan dan tiada sesiapa yang menggunakan meter ini,” katanya. 

Turut hadir Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang meninjau permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan. 

Zainal berkata, sebelum ini pun, walaupun meter ini tidak pernah digunakan, badan pengurusan tetap membayar bil berjumlah RM36 setiap sebulan yang dibilkan oleh Syabas. 

Katanya, bagaimanapun caj bil yang mencecah sehingga RM200 setiap bulan sangat tidak munasabah kerana meter telah dikunci. 

"Pihak pengurusan juga pernah mencadangkan supaya meter pukal dialihkan tetapi Syabas tidak membenarkannya kerana menyalahi akta. 

“Bagaimanapun, Syabas telah mengambil tiga meter lama untuk dibuat uji kaji dan memasang meter baru untuk pangsapuri,” katanya.

.

Sunday 13 January 2013

Deklarasi Merdeka Rakyat 112

DEKLARASI MERDEKA RAKYAT 112
 
12 JANUARI 2013 
STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR


Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman. 

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut: 

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas; 

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka; 

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan Semenanjung Malaysia; 

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum; 

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan; 

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan; 

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia; 

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan; 

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan 

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia 

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi. 

.

Penganjur HKR112 isytihar jumlah peserta 24,563 orang


PENGUMUMAN RESMI 

satelah dibuat kajian 
satelah dibuat bancian 
satelah semua gambar ini dibesarkan 

maka marilah kita terima hakikat 
bahawa yang datang ikut serta 
pada 12 januari kelmarin 
ialah 24,563 orang sahaja

ini termasuk 17 orang kanak-kanak 
4 orang dengan kerusi roda 
termasuk karpal singh 
15 oku 
2512 mat bangla 
20,017 orang melayu 
17 india 
 yang lainnya tidak dapat dipastikan bangsa mereka 

Ternyata jumlahnya tidak mencapai angka 30,000 seperti yang dikatakan sebelum ini.
 
Jadi polis nak siasat apa?
Kah kah kah



.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulama PAS berkenaan isu kalimah Allah



Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah 

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

 "Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din. Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak 

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut: 

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. 

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. 

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. 

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. 

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3. 

Ditandatangan oleh:

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia 

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din 
 Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia 

.

HKR112: Merdekakan Malaysia daripada jajahan Umno

Di atas padang sejarah.

Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.

Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.

Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.

Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.

Diri kita amat padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.

Kita, tenaga jati, gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.

A.Samad Said
Sasterawan Rakyat


Sejarah kedua tercipta..


 Aksi peserta KL112 membuat gerakan ombak di sekeliling stadium.


 Bendera PAS berkibar megah di Stadium Merdeka.

 Lautan manusia yang tidak berpeluang masuk ke Stadium Merdeka kerana keadaan di dalam stadium sudah terlalu padat..



 Gerabak LRT dipenuhi dengan peserta KL112.

 Suasana semasa solat Subuh di Masjid Negara pada 12 Januari 2013. Peserta sudah bermalam di Masjid Negara pada malas sebelum berlangsung hari bersejarah ini.

 Perarakan menuju ke Stadium Merdeka.

 Bersolat di tengah padang Stadium Merdeka.





 Dari kiri Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa yang bertugas di lokasi KLCC.



 Ribuan peserta sedang beratur untuk masuk ke Stadium Merdeka.



 Amaran rakyat..





 Kumpulan Wanita Suara Perubahan dengan warna tema unggu.

 Menunggu detik kemunculan Malaysia Baru.

 Kumpulan yang menyokong tuntutan Royalti dan Selamatkan Felda berkumpul di hadapan KLCC sementara menunggu ucapan Ketua Perarakan.



 Himpunan Kebangkitan Rakyat di London.

 Sasterawan Rakyat, A. Samad Said mendeklamasikan sebuah sajak berjudul Di Atas Padang Sejarah.

 Datuk Husam Musa mengetuai perarakan Royalti menuju ke Stadium Merdeka.

 HKR di Kaherah. Pelajar-pelajar menutup muka untuk elakkan daripada di cam oleh tali barut Umno. :)



 HKR di London.





 Presiden PAS diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan di hadapan ratusan ribu rakyat.

 Hak berhimpun hak kami!

Detik besejarah. Pengarah Keselamatan Unit Amal berbual mesra bersama anggota polis yang bertugas. Ternyata jika tiada campur tangan Umno yang menghuru-harakan himpunan rakyat, kita semua boleh bersatu memastikan Negara selamat dan aman.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 diakhiri dengan doa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DPPKT: Asalkan Bukan Umno..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.