Sunday 31 March 2013

[Gambar] Penyokong India sewa skylift untuk gantung bendera PAS. Allahuakbar!!

Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Titiwangsa yang diketuai oleh sdr Ramamoorthi melancarkan program Semarak Hijau Parlimen Titiwangsa. Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Khuzaimi turut hadir bertemu dengan penyokong Pas sebagai tanda sokongan. 

Yang mengejutkan ialah mereka sanggup menyewa sebuah skylift untuk melancarkan kerja-kerja menggantung bendera. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli DHPP atas komitmen dan kebersamaan kita untuk menumbangkan Umno dan menjadikan Negara ini lebih baik di masa depan. 

Allahuakbar!






















Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi turut meluangkan masa untuk bertemu dengan penyokong PAS daripada kaum India yang sedang menggantung bendera PAS.


Ini kalilah!

.

Thursday 28 March 2013

Najib syok sendiri dengan projek transformasi-nya

PM GAGAL TRANFORMASIKAN KERAJAAN YANG BERSIH, AMANAH DAN ADIL

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan & Penyelaras Parlimen Titiwangsa)

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau. 

Menjadi lumrah pemimpin UMNO-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. 

Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menghentam Datuk Seri Najib, maka ia adalah suatu berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam media utama negara. 

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke 13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. 

Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi? 

Disebalik kejayaan yang diangkat melangit Tun Daim Zainuddin terhadap kepemimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau, dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara. 

Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM 500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. 

Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati. Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri. 

Di era Datuk Seri Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM 250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia juga berlaku di era Datuk Seri Najib. 

Skandal paling besar yang sedang meletup adalah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini. 

Kesemua ini menjadi bukti betapa PM telah gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. 

Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.

.

Wednesday 20 March 2013

150 hadir Forum 'Kepimpinan Rasulullah' di Kampung Baru

Pada 20 Mac 2013 (Rabu), telah dianjurkan satu forum bertajuk 'Kepimpinan Rasulullah' bertempat di Madarasah Rahimiah, Jalan Hj. Yahya Syeikh Ahmad, Kampung Baru. Dua orang ahli panel yang dijemput ialah Ustazah Norhafizah Musa dan Ahmad Zamri Khuzaimi (Penyelaras Parlimen Titiwangsa). 
 
Forum itu telah dipengerusikan oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa. Seramai lebih 150 hadirin telah memenuhi ruang madrasah. Semoga lebih banyak majlis-majlis ilmu dapat dianjurkan di Parlimen Titiwangsa, insyaAllah.
 
 


 
.

Tuesday 19 March 2013

Karnival Jom Sihat di Surau Biru, Datuk Keramat Ahad ini


Hairan..Pakatan Rakyat satu-satunya mangsa keganasan politik di Malaysia. Kenapa?

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan 

KEGANASAN POLITIK ADALAH TINDAKAN GOLONGAN YANG KALAH SEBELUM PERTEMPURAN

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyokong penuh dan bersetuju dengan gesaan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menolak keganasan politik dalam PRU ke 13. 

Gesaan Datuk S Ambiga amat baik dan wajar dinilai oleh setiap parti politik. Dalam iklim PRU ke 13 yang semakin panas, parti-parti politik tidak seharusnya memanaskan landskap politik negara dengan insiden keganasan. 

Iklim politik hanya perlu dipanaskan dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan dengan kefahaman dan kesedaran, bukan dengan keganasan. 

Rakyat merasa terkejut dan takut untuk menerima kenyataan terhadap budaya membaling telur dan botol terhadap penceramah, menyerang dan mencederakan pemimpin, membaling batu terhadap penonton, menyimbah cat merah terhadap premis dan kenderaan aktivis, menghalang laluan pemimpin politik, melempar molotov cocktail terhadap rumah pemimpin, serta mengganggu ceramah yang diadakan oleh samseng bermotosikal dan lain-lain. 

Ini adalah insiden yang benar-benar terjadi dalam masyarakat berbudaya tinggi seperti negara ini. Malangnya, hampir keseluruhan mangsanya adalah Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. 

Soalnya, mengapa ada pihak begitu takut dengan ceramah atau aktiviti yang diadakan sehingga sanggup menghalangnya walau dengan apa cara sekalipun? 

Keganasan politik akan menimbulkan suasana tidak tenteram, kacau bilau, ketakutan dan kebencian terhadap rakyat. Keganasan politik adalah budaya yang ditolak oleh rakyat. 

Sebagai masyarakat yang bertamadun, berintelek tinggi serta terdedah dengan pelbagai maklumat melalui kemudahan teknologi terkini, pengundi sebenarnya telah memuktamadkan keputusan dan tahu membezakan parti mana yang perlu mereka sokong dan tolak. 

Mana-mana pihak tidak perlu mencetus keganasan politik sebagai suatu pemaksaan mental terhadap pengundi untuk memilih mereka. 

Parti-parti politik sama ada PR mahupun BN sepatutnya menumpukan strategi kepada memenangi hati pengundi lebih dari menyerang parti lawan. Pengundi adalah aset utama pilihanraya dan mana-mana parti yang mampu meraih sokongan pengundi terbanyak akan memenangi pertarungan ini. 

Seharusnya parti politik menerangkan manifesto dan tawaran mereka kepada rakyat supaya mereka merasa yakin terhadap kemampuan parti mereka. 

Rakyat berpendapat mana-mana parti politik yang menimbulkan suasana ganas adalah parti yang telah kalah tetapi enggan menerima hakikat kekalahan mereka. Mereka gagal meraih keyakinan pengundi untuk memberi kepercayaan kepada mereka lalu mencari dalih lain seperti keganasan bagi meluahkan kemarahan. 

Keganasan politik akan menatijahkan sesebuah parti yang mencetusnya ditolak dengan mudah oleh rakyat tanpa perlu menunggu PRU ke 13.


DPPKT:  Hairan..Pakatan Rakyat satu-satunya mangsa keganasan politik di Malaysia. Kenapa? Sebab parti yang perangai macam syaitan itu dah tahu sikit masa lagi mereka nak kalah. Jadi, sementara nyawa masih ada dan 'dilindungi undang-undang', buatlah sesuka hati macam Negara ini mak bapak mereka punya. 

.

Sunday 17 March 2013

Panasss! 140 dosa Umno-BN yang tak terampun


Jenuh Najib berfikir siang malam, akhirnya terkeluarlah 7 dosa besar PAS yang diumumkan di Kelantan. Ustaz-ustaz yang mengajar kitab pula mungkin pening kepala sebab rupa-rupanya masih ada bab dosa-dosa besar yang mereka belum belajar.

Kali ini mari kita tengok apa dosa-dosa Umno-BN yang tak terampun, kecuali mengembalikan semula duit rakyat yang dirompak oleh kroni dan anak-beranak.


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
 
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta. 18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.




21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an. 26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham. 28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18? 30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.




41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion. 46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui. Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia.

Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat. Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50.

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,00

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM48

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,50

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143.  - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.




61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

76. Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

77. Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

78. Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

79. Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia)..

80. Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.




81. Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

82. Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

83. Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

84. Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

85. Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

86. Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

87. Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

88. Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

89. Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

90. Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

91. Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

92. Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

93. Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

94. Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

95. Memaksa Petronas membeli saham Proton.

96. Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

97. Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

98. Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

99. Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

100. Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.




101. Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

102. Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

103. Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

104. Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

105. Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999). Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

106. Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

107. Mengganggu penyiasatan BPR

108. Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara

109. Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

110. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

111. Keruntuhan makmal computer;

112. Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

113. Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

114. Keretakan PULAREK

115. Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman 

116. Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

117. Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

118. Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

119. Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

120. Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.




121. Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

122. Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

123. Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

124. Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

125. Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

126. Kerugian pelaburan Tabung Haji;

127. Kerugian RM15b Bank Negara;

128. Kerugian RM40 juta AIM;

129. Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

130. Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000. Menghina dan menyekat Islam

131. Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

132. Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

133. Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

134. Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

135. Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

136. Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

137. Menutup dua MRSM di Terengganu

138. Menutup sekolah agama rakyat

139. Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah

140. Membodohkan pemikiran orang Melayu supaya bila semua rakyat bodoh, makin lama Umno dapat hidup. 


.

Thursday 14 March 2013

Kenapa blogger pencacai tarik balik berita fitnah kepada Tian Chua?

Nampak gaya ramai blogger pencacai yang akan disaman. Kah kah kah

YB Tian Chua: Surat Tuntutan Kepada Pengurus Portal

Kenyataan Media Hari ini saya telah menghantar satu lagi Surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata " KOMANDO MATI KATAK". 

Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari. 

Disamping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi. 

Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal. 

Tian Chua 
Ahli Parlimen Batu


Dah masuk hari ke-12, kenapa Umno belum saman Tian Chua? Sebaliknya dakwa di bawah Akta Hasutan? Kah kah kah.


 Sumber: Sinar Harian


Kenapa..kenapa...kenapa? Ini jawapannya. Kah kah kah


.

Panasss! Mazidul Akmal tanya di FB 'Siapa sokong Anwar Ibrahim'. Apa jawapan anak muda?

Mungkin dia fikir semua anak muda masih nak mengampu Najib dan Umno. Sebab itu dia berani tanya soalan macam tu. Boleh saksikan sendiri apa jawapan lebih 500 pengguna FB yang terdiri dari anak muda. 

Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang. Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah. 

Kes ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'. Lepas ini Umno mungkin akan keluarkan arahan, haram bertanya soalan2 yang boleh memalukan Umno-BN. Kah kah kah. Ini kalilah!




































.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.