Friday 12 April 2013

Calon PAS Titiwangsa sedia berdebat isu masa depan OKU



KENYATAAN MEDIA : P11 9 PARLIMEN TITIWANGSA 

CALON PAS TITIWANGSA BERSEDIA BERDEBAT ISU MASA DEPAN OKU 

1. Susulan daripada berita yang disiarkan oleh media melalui akhbar The Sun yang bertajuk “The disabled want debate on their rights” pada hari semalam oleh Mohammad Faizal Che Yusof yang mencadangkan suatu debat dilakukan antara calon Pakatan Rakyat bersama calon Barisan Nasional mengenai nasib dan masa depan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

2. Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Mohammad Faizal Che Yusof itu. Beliau mengemukakan keluhan bagaimana layanan dan nasib yang diterima oleh OKU di seluruh negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama ini. Lebih-lebih lagi keadaan yang mendesak ketika ini, dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat, masalah pengangguran, ekonomi yang menjerat rakyat, kadar kemiskinan terutama di kawasan bandar semakin meningkat, adalah wajar OKU membangkitkan kebimbangan mereka apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke 13. Dianggarkan seramai 2.8 juta atau 10% rakyat Malaysia yang mengalami OKU pelbagai kategori. Sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, mampukah mana-mana pemenang PRU ke 13 kelak membela nasib dan mengangkat martabat OKU, ia perlu diketahui dan diperjelaskan terhadap seluruh rakyat. 

3. Sdr Mohammad Faizal telah mencadangkan debat memandangkan keluhan dan rintihan selama ini tidak pernah dilayan, didengari atau diambil perhatian. Kehidupan OKU masih lagi di takuk lama, bahkan kebanyakan OKU dipandang remeh oleh masyarakat seolah-olah mereka ini adalah golongan kelas kedua yang terpaksa menagih simpati dan berharap belas ihsan masyarakat hidup. Kerajaan BN pula tidak memandang golongan ini dengan perhatian utama dengan membiarkan golongan ini terkial-kial hidup dalam masyarakat sehingga ada kalangan mereka yang tersisih daripada pembangunan. 

4. Pakatan Rakyat telah melancarkan manifesto pada 25 Februari 2013 dan menekankan pelbagai aspek untuk diberi perhatian dan OKU antara salah satu daripadanya. PR melihat OKU adalah golongan rakyat yang mesti diberi perhatian sewajarnya. Sebagai kerajaan menanti (in waiting government) PR berazam dan berikhtiar membantu OKU sedaya upaya supaya golongan ini mempunyai kedudukan dan hak setaraf insan sempuna. 

5. PR berazam memastikan setiap golongan OKU dibantu, diberi perhatian, pendidikan yang mencukupi dan meliputi pelbagai kecacatan yang mereka alami, diberi sumbangan sejajar dengan keperluan dan taraf hidup mereka, memberikan pekerjaan sesuai dengan kemampuan mereka, kemudahan perumahan dan lain-lain. 

6. Atas dasar keprihatinan itulah saya merasa terpanggil untuk menawarkan diri berbincang, berbahas dan berdialog antara saya selaku calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Sdr Mohammad Faizal mewakili OKU Bangkit serta calon UMNO khususnya di Parlimen Titiwangsa. Bahkan saya bersedia untuk bertemu dan bersemuka dengan mana-mana pemimpin UMNO bersama sdr Faizal bagi membuktikan masa depan OKU bersama PR lebih terjamin berbanding kehidupan mereka selama ini di bawah BN. Saya menyerahkan kepada saudara Faizal untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat perdebatan ini dilangsungkan. Saya juga mengharapkan respons yang positif dari pemimpin UMNO khususnya calon UMNO Titiwangsa supaya mereka mampu menjelaskan apakah masa depan yang akan mereka tawarkan kepada rakyat terutama kepada golongan OKU. 

AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI 
Calon PAS P119 Parlimen Titiwangsa

.

Monday 8 April 2013

Catatan Twitter berkenaan detik-detik Anwar dibelasah dalam lokap 1998

Berikut merupakan catatan Abd Malek Hussin (@AbdMalekHussin) di twitter beliau berkenaan detik-detik Mahathir melancarkan projek penangkapan Anwar secara zalim.
 
 
Pada 20/9/1998, Anwar Ibrahim ditahan polis untuk siasatan di bawah Kamun Keseksaan masa Mahathir jadi PM. Tangkapan kemudian tukar jadi ISA. Kenapa?
 
Kalau nak tahan Anwar lebih 24 jam bawah Kaun Keseksaan, polis mesti mohon reman dari Majistret. Itu kami jangka pada 21/9/1998. Tapi tak jadi begitu.
 
21/9/1998, kami kumpul aman di perkarangan bangunan mahkamah Jalan Tun Perak, KL. Tunggu Anwar kok didakwa / kena reman. Tapi polis tak bawah dia ke situ.
 
21/9/1998. Kami tunggu polis bawa Anwar kepada Majistret. Tunggu punya tunggu, FRU dan water canon yang datang. OCPD Zainal keluar perintah bersurai.
 
21/9/1998. Jalan Raja KL. Kami tunggu Anwar, bukan tunggu OCPD! Kami tak tahu Anwar tak dibawa ke situ. Polis tembak gas dna guna water canon.
 
21/9/1998. Polis bertindak ganas. FRU, SB, CID terangan gila kami semua. Tending! Heret kepala! Pukul! Akur patuh..arahan Mahathir!
 
21/9/1998. Anwar Ibrahim tak ditahan reman. Rupanya malam ditahan, dia dibelasah teruk. KPN Rahim Nor – 2nd Dan Karate black belt – pukul Anwar
 
21/9/1998. Bukit Aman. Anwar dalam lokap. Rahim Nor masuk pukul Anwar sampai pengsan. Insiden mata lebam. Arahan siapa? Siapa bos dia? Dr M!
 
Mata Anwar Ibrahim lebam hitam. Patutlah dia tak dibawa ke Majistret pada siang 21/9/1998. Darahnya belum kering malam itu sampai ke pagi.
 
21/9/1998. Polis takut nak bawa Anwar dalam keadaan muka berdarah. Setelah dipukul sampai pengsan. Jadi tutup info. Tahan Anwar malam itu bawah ISA
 
22/9/1998. Utusan Malaysia. [Para 1] KPN Rahim Nor kata, Anwar tak dihadapkan ke mahkamah semalam kerana ditahan di bawah ISA.
 
22/9/1998. Utusan Malaysia. [Para 2] Rahim Nor kata, Anwar ditahan kerana didapati terlibat dalam menimbulkan kekacauan dan rusuhan di KL petang semalam.
 
20/9/1998 Anwar ditahan polis. 21/9/1998 Polis tindak ganas pada perhimpunan aman KL. 22/9/1998 KPN Rahim Nor tuduh Anwar buat kacau semalam.
 
25/9/1998. Aku ditahan ISA. Giliran aku pula dipukul teruk oleh KPN Rahim Nor. 21/11/1998 aku bebas tanpa syarat.
 
Hari-hari kejadian selepas bebas ISA, aku jumpa seorang doktor HBKL. Bahagian Forensik. Namanya Dr Z. Diperkenal oleh adikku. Dia bagitahu aku…
 
20/9/1998 Dr Z bertugas shif malam di Pejabat Bahagian Forensik HBKL. Ada call masuk di bilik bos. Datuk Abdul Rahman Yusof. Berdering-dering, bos tak ada.
 
Bukit Aman. Dr Z tiba. Jumpa pemanggil di lokasi yang telah ditentukan masa call. Ikut saja pemanggil. Masuk ke dalam bangunan.. ke satu lokap..terkejut!
 
Bukit Aman. Masuk satu lokap, Dr Z terkejut besar.. depan mata terbaring seorang insan. Anwar Ibrahim! Keadaan terbaring. Suara perlahan. Kesakitan.
 
21/9/1998. Lokap Bukit Aman. Dr Z lakukan segera apa yang patut. Dr. Forensik! Tak bawa alatan medic. Caller tak bagitahu situasi sebenar.
 
Dr Z bagitahu aku, keadaan Anwar Ibrahim tika itu kritikal. Leher kesan lembam. Bimbang blood clotting. Sekat aliran oksigen ke otak. Bahaya!
 
Dr Z fikir pantas. Dapat idea. Tanya polis guard lokap. “Ada apa-apa minyak?” mujur ada simpan minyak gamat! Segera bagi Dr Z.
 
Dr Z bagitahu aku, dia guna minyak gamat sapu urut leher Anwar. Takdir.. Alhamdulillah. Berkesan! Dr Z lega, dapat baca aliran oksigen jadi normal.
 
Dr Z bagitahu aku, menurut pengamatannya, kalau lambat dia datang, Anwar Ibrahim mungkin tiada lagi. Masa borak-boran dengan Dr Z, macam-macam persoalan timbul.
 
Tawarikh. Aku ingin merongkai kembali keterangan-keterangan Anwar Ibrahim mengenai peristiwa tangkapan beliau pada malam 20/9/1998.
 
20/9/1998. Polis tangkap Anwar melalui serbuan UTK ke rumahnya di Bukit Damansara. Anwar bantah keras cara serbuan dilakukan.
 
Pasukan UTK pakai baraclava bersenjata automatic. Serbu masuk pecahkan pintu depan rumah. Anwar tidak halang polis tangkap beliau.
 
ACP Koh Hong Sun ketuai pasukan tangkap Anwar. ACP Koh bagitahu Anwar ditahan di bawah Seksyen 377B & D Kanun Keseksaan. Anwar mohon solat dulu
 
Selepas solat, Anwar bersama Wan Azizah & anak-anak dibawa masuk dalam sebuah van polis. Masa itu Anwar tidak digari.
 
Selepas bertolak 5 minit, van berhenti. Kanannya ACP Koh. Kiri insp. Nasaruddin Mohd Nasir. Anwar masih belum digari masa itu.
 
Anwar tak dibenarkan ucap selamat tinggal pada isteri dan anak-anak. ACP Koh kata, Anwar akan dibawa ke Bukit Aman. Di sana bolehlah ucap selamat tinggal.
 
Dalam perjalanan, Insp Nasaruddin mohon maaf. Ada arahan menutup mata Anwar. Dia pinjam saputangan pemandu dan tutup mata Anwar
 
Anwar buka cermin mata sebelum ditutup mata. Anwar kata, perbuatan itu zalim dan melampau. Namun, dia tak halang mata ditutup.
 
Apabila kereta berhenti, Anwar dibawa keluar dan dipimpin masuk ke dalam 1 bangunan. Dibawa ke 1 tempat & duduk atas pangkin simen.
 
Kemudian Anwar digari kedua tangan dari belakang. selepas 2 anggota polis masuk, buka gari & penutup mata. Baru dia sedar berada dalam lokap.
 
Anwar diberitahu dia dalam lokap No. 6. Seminit dua kemudian, mereka bagitahu mereka dapat arahan untuk tutup mata & digari semula. Mereka lakukan.
 
Kemudian Anwar terdengar bunyi langkah kasut orang-orang datang. Dan bunyi suara ‘berdeham’. Beliau cam itu Tan Sri Rahim Nor. Dah biasa kenali.
 
Selepas itu Anwar dengar langkah-langkah kasut masuk ke dalam lokap. Dari bunyi langkah-langkah itu, Anwar tahu ada 2 orang masuk ke dalam. Anwar bangun berdiri.
 
Dalam lokap No.6 Bukit Aman itu, sebaik sahaja berdiri beberapa saat, Anwar rasai 1 tumbukan kuat pada bahagian kiri dahinya atas mata kiri. Dia jatuh.
 
Anwar jatuh arah kanan. tangan kanannya ditarik paksa untuk berdiri semula. Beberapa tumbukan kencang datang lagi pada leher, muka & kepalanya.
 
Anwar tak ingat semua tumbukan pada dirinya. Tapi beliau pasti 7 pukulan kuat. (1) Satu tumbukan ke dahi kiri. (2) Satu pukulan bahagian kanan atas kepala.
 
(3) Satu pukulan bahagian kiri atas kepala. (4) Satu hentakan ala karate bahagian kiri leher. (5) Satu tumbukan pada bahagian atas tangan kanan.
 
(6) Satu tamparan kuat pada telinga kiri. (7) Satu lagi tamparan kuat pada bahagian kanan muka dekat mulut. Pukulan-pukulan berlaku tika tangan Anwar digari belakang.
 
Sepanjang masa Anwar dibelasah teruk, beliau hanya mampu jerit kesakitan. ‘Aduh’. ‘Allah’. ‘Jangan pukul saya’.
 
Selepas itu Anwar dengar seorang tolak atau tarik tolak si penyerang itu keluar dari lokap. Masa itu Anwar dah lemah terbaring atas pangkin.
 
Tak lama lepas itu, 3 orang masuk dalam lokap Anwar. 2 berpakaian seragam & seorang lagi pakaian biasa. Tutup kepala & gari dibuka.
 
Tutup muka itu dah kotor tapi itulah yang diguna untuk sapu darah yang mengalir dari mulut & hidung Anwar. Ada seorang gosok kepala & urut lehernya.
 
Keadaan beliau sudah tersangat lemah untuk bangun, tak bermaya dan terpinga-pinga akibat pukulan-pukulan teruk.
 
Pada paginya Anwar dikemukakan perintah tahanan ISA oleh ACP Koh. Sejurus itu beliau pengsan & tak sedarkan diri sehingga lewat hari 21/9/1998.
 
Insiden-insiden ini dipertik daripada Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kecederaan Anwar semasa dalam tahanan polis 1999.
 
Suruhanjaya Diraja itu merumuskan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor adalah orang yang memukul & menyebabkan kecederaan Anwar.
 
21/9/1998. Bukit Aman. Hari ke-2 Anwar Ibrahim ditahan ISA. Semalam TS Rahim Noor pukul di ateruk sampai pengsan..mata lebam. Tengahari itu..
 
Lewat tengahari 21/9/1998. Komanden Kem Tahanan, Supt Abdul HAlim Siraj temui Anwar Ibrahim. Anwar mengadu apa yang dialami. Mengadu kesakitan.
 
Anwar mengadu merayu mohon rawatan. Antara tengahari 21/9/1998, Anwar dah merayu 3 kali kepada Supt Halim iraj. 3 kali dia mohon.
 
Kesakitan yang dialami Anwar bukan sebarang. Aku ingat lagi keterangan ASP Abdul Aziz Majid pasal insiden mata lebam Anwar. Apa dia kata?
 
ASP Aziz kata, dia nampak TS Rahim Noor bagi arahan kepada 1 polis bawahan supaya tutup mata Anwar. TS Rahim tunggu..dapat signal signal..OK.
 
ASP Aziz kata, dia nampak TS Rahim tuju arah lokap No. 6 – lokap Anwar. Sejurus itu, dia dengar orang menjerit kesakitan. “Aduh, jangan pukul aku.”
 
Lepas itu ASP Aziz tengok TS Rahim Nor & DCP Dato’ Yaacob Amin gegas jalan depan dia. Kemudian SAC 1 Dato’ Ramli Yusof keluar & bagitahu Aziz..
 
ASP Aziz Majid ingat apa SAC 1 Dato’ Ramli Yusof kata, “Habislah kita. Tan Sri IGP (Rahim Nor) sudah pukul Anwar Ibrahim,” katanya lagi..
 
Dato’ Ramli kata lagi, “Nasib baik saya dapat halang Tan Sri Rahim dari terus pukul Anwar Ibrahim. Jika tak halang, lagi teruk Anwar kena pukul.”
 
Kemudian Dato’ Ramli Yusuf arah ASP Aziz & ACP Koh masuk lokap No.6. ASP Aziz nampak Anwar..cedera teruk. Dia nampak 1 orang gosok-gosok kepala Anwar.
 
21/9/1998. Anwar Ibrahim dan mohon 3 kali pada Supt Halim Siraj.. rayu rawatan perubatan. Tiap kali mohon, Halim kena rujuk dulu orang atasan.
 
Bila masuk kali ke-3, Supt Halim terus terang beritahu Anwar. Orang atasan tak mahu layan permintaannya.
 
24/9/1998. Tiga hari lepas dia belasah Anwar sampai pengsan, KPN Tan Sri Rahim Noor keluarkan kenyataan media bahawa Anwar ‘safe and sound’.
 
29/9/1998. Anwar dibawa ke Session Court KL.. 1st public appearance selepas ditangkap pada 20/9/1998. Dunia terkejut tengok.. Anwar mata lebam!
 
29/9/1998 Kehadiran Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen KL. Dalam mahkamah Anwar buat kenyataan rasmi kepada hakim mengenai serangan TS Rahim Nor.
 
Peguam Anwar, Raja Aziz Addruse mohon kepada hakim. Mohon benarkan Anwar dapat diperiksa ophthalmologist..pakar mata. Namun ia dibantah..
 
Peguam Aziz Addruse mohon kecederaan mata Anwar dirawat pakar. Tetapi DPP Datuk Ghani Patail bantah atas alasan kecederaan Anwar kecil sahaja.
 
29/9/1998. Mahkamah Sesyen. Peguam Aziz mohon ophthalmologist periksa Anwar. DPP Gani Patail bantah. Hakim benarkan permohonan.
 
Mahkamah izin Anwar diperiksa ophthalmologis. Pakar mata Dato’ Dr Ahmad Shukri Mohamed periksa di Bukit Aman atas permintaan Dr Wan Azizah.
 
20/9/1998 10pm Anwar ditangkap Kanun Keseksaan. Tak sampai 5 jam kemudian, tangkapan tukar jadi ISA. 21/9/1998 1.40am Anwar kena ISA. Cepat sungguh!
 
2/9/1998. Anwar Ibrahim dipecat TPM & Menteri Kewangan oleh PM Dr Mahathir. Surat pecat dikirim ke rumah melalui seorang penjawat awam 4 petang itu.
 
2/9/1998. Hari dipecat TPM, Anwar masih Umno.. Timbalan Presiden, Pengerusi Perhubungan Penang, Ketua Bahagian Permatang Pauh. Esoknya terlucut semua.
 
3/9/1998. Mesyuarat MT Umno PWTC. Dr M chair meeting. Usut pecat Anwar ahli Umno. Bahas panas. Tumbuk meja. Mencabar. Maki hamun. Mencarut.
 
Mesyuarat MT Umno. Usul pecat Anwar ahli parti. Zahid defend Anwar. Ibrahim Ali maki hamun Anwar. Ada rakaman..tersebar luas nationwide.
 
2/9/1998. 9pm. 24 jam sebelum Mesyuarat MT Umno. 200 orang-orang kuat Anwar berkumpul di kediaman rasmi TPM Bukit Perdana. Solat hajat. Ucapan, doa.
 
2/9/1998. Malam. Berkumpul rumah rasmi Anwar di Bukit Perdana. 200 hadir. Datang. Jengok. Tunjuk muka. Dengar. Takbir! Amin doa. Balik. Tidur.
 
2/9/1998. Mlm. Rumah Anwar. 200 hadir. Aku nampak Muhyiddin Yasin. Zahid Hamidi. Fuad Hasan. Ismail Mina. Hasal Ali. Sidek Baba.
 
2/9/1998. Rumah Anwar. Nampak lebih ramai Umno DNA Abim daripada spesis yang beranak dalam tong undi Umno. Aku bukan ahli Umno. Hadir atas kawan lama.
 
(Bersambung..)
 
 
.

Tuesday 2 April 2013

10 minit untuk Pakatan Rakyat di TV, 4000 jam untuk Umno?

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan)

*Ahmad Zamri merupakan Calon PAS P119 Titiwangsa. 

RUANG DI MEDIA DISEMPITKAN SAMBUNG TALIAN HAYAT BN

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pilihan raya umum ke 13 ini. 

PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini. 

Asas penolakan tawaran tersebut amat kukuh kerana slot tersebut hanya dibenarkan berlangsung selama 10 minit. Lebih malang lagi apabila slot tersebut disiarkan secara rakaman, bukannya siaran langsung. Semua pihak sedia maklum bahawa siaran rakaman terdedah kepada pelbagai suntingan dan PR tidak sanggup berisiko dimanipulasi melalui rakaman tersebut. 

Sudahlah slotnya hanya 10 minit, ianya dibuat melalui rakaman. Dengan proses suntingan, berapa minit sebenarnya peruntukan masa untuk PR dalam slot yang diberikan itu? 

Bayangkan pula jika slot itu hanya disiarkan diluar waktu kemuncak seperti waktu tengah malam atau waktu pagi, siapa yang akan menontonnya? Dengan masa 10 minit, apakah agenda dan mesej yang sempat disampaikan? 

 PAS WP merasa hairan kerana jarang ada rancangan berlangsung selama sepuluh minit di TV. Rancangan kartun untuk kanak-kanak memakan masa paling kurang tiga puluh minit, begitu juga berita utama di waktu kemuncak. 

Jika dibandingkan dengan rancangan berbentuk hiburan seperti tayangan filem, perlawanan bolasepak, rancangan realiti TV, konsert, anugerah-anugerah dan sebagainya, berapa lama masa rancangan ini diperuntukkan? 

 Mengapa pula program politik yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini yang berlangsung 5 tahun sekali dan jauh lebih penting hanya diberi masa 10 minit sahaja. Bukankah ia suatu penghinaan? 

Jika demikian caranya, wajarlah tahap kebebasan media di negara ini menjunam ke tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia berbanding 126 pada tahun lalu. 

Sebenarnya kerajaan BN merasa gerun sekiranya PR diminati dan disukai penonton. Dalam keadaan ruang media yang terhad seperti sekarang, ceramah anjuran PR dihadiri puluhan ribu rakyat. Ucapan pimpinan PR sentiasa ditunggu oleh rakyat dan dimuat naik ke dalam youtube serta ditonton oleh ribuan manusia. 

Bayangkan pula bagaimana jika PR diberikan ruang masa yang bebas di media secara adil selama sejam atau lebih, mungkin PR tidak perlu bekerja kuat untuk jatuhkan BN dalam Pru ke 13. Kerana itulah ruang demokrasi disempitkan terus supaya mereka masih bernafas sebelum hayat parlimen berakhir.

.

Monday 1 April 2013

Belangsungkawa buat sahabat seperjuangan Titiwangsa, Almarhum Hafiz Harun

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Penyelaras Parlimen Titiwangsa) 

BELASUNGKAWA BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN, ALMARHUM HAFIZ HARUN

Warga kerja Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Titiwangsa merasa terkejut dan pilu dengan berita kembalinya sdr Mohd Hafiz Harun ke rahmatullah pada hari Jumaat yang lepas. 

Tiada kata-kata dapat dilafazkan membaca berita mengenai tragedi lemasnya beliau di Pantai Chendering bersama anak kesayangannya serta abangnya. 

Berita kembalinya almarhum ke rahmatullah cepat tersebar melalui media rangkaian sosial dan merebak ke seluruh negara. Jentera Pilihan raya PAS Kawasan Titiwangsa yang bermesyuarat pada malam tersebut juga terkejut lalu segera menghadiahkan surah Al Fatihah kepada beliau, anak serta abangnya. 

Almarhum Hafiz adalah insan yang kami kenali di pejabat PKWR sejak awal amlarhumah Dr Lo Lo menang di Parlimen Titiwangsa. Beliau hadir memberikan khidmat sebagai pegawai khas selepas 2009 dan sempat berkhidmat beberapa bulan lamanya. 

Dengan perwatakan beliau yang sederhana serta senang didekati, amat mudah almarhumah YB Dr Lo Lo memberikan kepercayaan kepadanya. 

Apatah lagi pengalaman beliau yang luas dalam jamaah PAS di Terengganu serta menjadi anak kepada pimpinan PAS Terengganu (Ustaz Harun Jusoh), beliau senang mendapat tempat di sisi kami. 

Beliau adalah sosok pendiam, namun peramah. Dengan berlatar belakangkan tarbiyah yang tinggi, beliau memiliki ciri-ciri pemuda yang mampu memikul amanah. Berilah apa juga yang dipertanggungjawabkan, insyaallah beliau tunaikan dan itulah yang beliau telah buktikan di PKWR. 

Saya menjangkakan beliaulah pemimpin masa depan khususnya buat PAS di Terengganu buat beberapa tahun akan datang. 

Kemahiran dan kelebihan beliau yang paling tinggi adalah pada aspek keselamatan, dan itu juga adalah kegemaran beliau. Beliau lebih memilih menjadi petugas keselamatan berbanding berceramah, pendamping pimpinan serta pembantu sekiranya ada tugasan khas yang diperlukan. 

Selain itu, beliau kaya dengan idea mendekati pengundi khususnya golongan muda. Pelbagai pandangan dicurahkan meresapi pemikiran serta gerak kerja kami. Hasilnya, PKWR menjadi lebih mesra pengunjung. 

Malah PKWR menjadi organisasi penghubung masyarakat dengan PAS, di mana kami sering turun padang bertemu dengan masyarakat, membuka kaunter bergerak, petugas mengikut jadual serta banyak mempromosikan PKWR di khalayak. Sebahagian tindakan tersebut adalah cetusan idea dari almarhum Hafiz. 

Sejak beliau pulang ke Terengganu, kami hilang informasi mengenai beliau. Saya hanya mendengar berita beliau hadir ke Kuala Lumpur sekali-sekala dalam masa beberapa bulan. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau adalah pada Hari Terbuka PAS Pusat di Kelab Sultan Sulaiman beberapa bulan yang lepas. 

Beliau membantu PAS Terengganu menyiapkan nasi dagang untuk hidangan pengunjung hari terbuka tersebut, yang dianggap paling ramai dalam sejarah penganjuran Hari terbuka PAS Pusat. Kami sempat berbual, bersembang sambil berjenaka sebelum berpapasan pulang menguruskan kehidupan diri lewat petang tersebut. 

Hari ini saya dikejutkan dengan pemergian almarhum ke rahmatullah dalam suatu tragedi yang tidak disangka-sangka. Begitu awal beliau dijemput oleh kekasihNya, tanda beliau adalah insan terpilih. 

Pilu mengenangkan hilangnya sebutir lagi mutiara pejuang Islam di negara ini yang mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, anak dan abangnya sebagai insan soleh jua. Alfatihah..

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.