Monday 19 August 2013

Pas Titiwangsa ziarah mangsa kebakaran di Keramat

19 Ogos - Lajnah Kebajikan PAS Titiwangsa telah menziarahi mangsa kebakaran di Keramat malam tadi. Turut hadir bersama ialah Pengerusi PKWM Titiwangsa, Ahmad Zamri, Sdra Suhaimi Abdul Aziz (Ketua Pemuda Pas Titiwangsa) dan Sdra Shahir (Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa).
 
Buat sementara waktu, mangsa kebakaran terpaksa menumpang di dewan orang ramai Lorong 1. Wakil Perkim Datuk Keramat telah menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban mangsa kebakaran.
 
Ketua Pemuda PAS Titiwangsa dan timbalannya bertanya khabar mangsa.

Cikgu Yusof, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Titiwangsa bertemu mangsa kebakaran.




.

PAS gesa pertubuhan antarabangsa gantung Mesir


KUALA LUMPUR: PAS menggesa pertubuhan antarabangsa menggantung keanggotaan Mesir sebagai suatu tekanan politik terhadap negara itu sehingga rejim tentera yang merampas kuasa kembali kepada demokrasi dan mengembalikan hak rakyat.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat gesaan itu ketika berucap pada majlis Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir di Padang Merbok, di sini malam tadi.
 
Katanya, desakan masyarakat antarabangsa akan menyebabkan berlaku perubahan kepada negara itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan demikian perlu dilakukan sebagaimana yang diambil oleh Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Mesir.
 
"Kehadiran malam ini cukup ramai, menandakan simpati kita terhadap rakyat Mesir, mereka yang dizalimi. "Himpunan pada malam ini insya Allah akan dilapor media antarabangsa," ujarnya.
 
Beliau menegaskan himpunan yang diadakan itu menandakan PAS bersama dengan masyarakat antarabangsa membantah kezaliman yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir terhadap rakyat negara itu.
 
Turut berucap ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat, Dr Kahiruddin Aman Razali dan Datuk Abu Bakar Chik.
 
Majlis yang bermula sejak petang ditersukan dengan solat Maghrib berjemaah, solat ghaib, solat hajat, ucapan pemimpin dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Pas.org
 
.

Arab Saudi jadi tunggul kayu mewakili Zionis

PANJANGKAN NOTA BANTAHAN KEPADA KERAJAAN ARAB SAUDI
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan Malaysia agar menghantar nota bantahan terhadap terhadap kerajaan Arab Saudi kerana menyokong tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh rejim kerajaan tersebut.
 
Kenyataan Raja Abdullah, pemimpin Arab Saudi yang menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang ‘usaha menjejaskan kestabilan Mesir’. Beliau menegaskan bahawa Arab Saudi berdiri bersama kerajaan Mesir dalam menentang keganasan.
 
Kenyataan beliau jelas ditujukan kepada tindakan ketenteraan Mesir sehingga mengorbankan lebih 2,000 nyawa rakyat tersebut manakala beribu lainnya cedera.
 
DPPM menganggap Raja Arab Saudi keliru dengan situasi yang berlaku. Permusuhan beliau yang berpanjangan dengan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin disamping hubungan rapat beliau bekas Presiden Hosni Mubarak membutakan mata beliau dari melihat kebenaran.
 
Bagi beliau, tindakan kerajaan kudeta Mesir yang merampas kuasa dan membunuh ribuan rakyat sebagai betul, adil dan munasabah manakala majoriti rakyat yang menuntut hak mereka dalam sebuah negara demokrasi sebagai tidak wajar, pengganas dan memporak perandakan negara tersebut.
 
DPPM kesal kerana Arab Saudi bersikap talam dua muka dalam menghadapi konflik berdarah ini. Dalam keadaan umat Islam di bunuh di Syria, beliau menyelebelahi rakyat Syria menentang kezaliman Bashar Al Assad sebaliknya dalam konflik di Mesir beliau menyebelahi pemimpin kudeta Abdul Fattah Al Sisi.
 
Apa bezanya tindakan Fattah dan Bashar yang membunuh ribuan rakyat dan enggan tunduk dengan kehendak rakyat?
 
Arab Saudi sepatutnya menjadi pelindung kepada golongan mustadhafin di negara-negara serantaunya. Bumi tanah haram Mekah dan Madinah yang suci dan menjadi tumpuan seluruh umat Islam seluruh dunia, seharusnya membantu rakyat di negara-negara berdekatan yang dizalimi, ditindas, dibunuh dan dipenjarakan.
 
Beliau tidak wajar mengikut telunjuk kuasa Barat Amerika Syarikat dan Israel yang berada di belakangnya. Arab Saudi sepatutnya memimpin negara-negara Arab mengambil tindakan keras dan tegas terhadap kerajaan zalim Mesir, Syria serta menghukum Israel yang menyerang bumi Gaza.
 
Justeru, DPPM menyeru negara-negara Arab agar bangkit menolak kenyataan Raja Arab Saudi tersebut. Umat Islam yang diikat dengan ukhwah dan kasih sayang perlu merasa sedih, simpati di atas kejadian yang berlaku di Mesir serta campurtangan bagi menghentikan konflik di negara-negara yang bergolak seperti Mesir dan Syria.
 
Ingatlah, pemimpin Arab adalah golongan pertama dihukum dihadapan Allah SWT kerana membiarkan saudara seagamanya dibunuh dan disembelih setiap hari di hadapan mata mereka.
 
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.