Wednesday, 15 August 2012

Majlis Hari Terbuka PAS



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

.

Timbalan Presiden Edar Bubur Lambuk di Kampung Baru

 Dalam kepadatan jadual di sepanjang bulan Ramadhan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu sempat meluangkan masa sekitar satu jam di Kampung Baru untuk mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Baru.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) itu diadakan pada 23 Ramadhan bersamaan 11 Ogos 2012. Sebanyak 750 bungkus telah disediakan oleh petugas Pemuda. Walau bagaimanapun, Mat Sabu terpaksa bergegas ke Pejabat Agung Pas Pusat untuk menghadiri program seterusnya dan agihan bubur lambuk diteruskan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohamad Nor di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR).


Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sedang mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung bazar.

Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turut membantu melancarkan program.
 
Petugas menghulurkan bubur lambuk kepada pengunjung berkereta.


Sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
 
Ketua DPPKT, Sdra Suhaimi Abdul Aziz turut sama mengagih bubur lambuk kepada orang ramai.

.
.

Edaran Beras Percuma

Pada 4 Ogos 2012, PAS Kawasan Titiwangsa sekali lagi menganjurkan program edaran hampir 1000 kilogram beras percuma kepada penduduk di Flat-flat sekitar Kuala Lumpur yang kebanyakannya berada dalam Parlimen Titiwangsa. Beras-beras ini adalah hasil sumbangan orang ramai.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh turut hadir ke program Edaran Beras Percuma.

Timbalan Yang Dipertua PAS Wilayah Persekutuan, Sdra Zamri Asa'ad Khuzami menyampaikan sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
 
Sdra Zamri membantu mengagih beras percuma kepada penduduk setempat.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.