Sunday, 31 March 2013

[Gambar] Penyokong India sewa skylift untuk gantung bendera PAS. Allahuakbar!!

Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Titiwangsa yang diketuai oleh sdr Ramamoorthi melancarkan program Semarak Hijau Parlimen Titiwangsa. Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Khuzaimi turut hadir bertemu dengan penyokong Pas sebagai tanda sokongan. 

Yang mengejutkan ialah mereka sanggup menyewa sebuah skylift untuk melancarkan kerja-kerja menggantung bendera. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli DHPP atas komitmen dan kebersamaan kita untuk menumbangkan Umno dan menjadikan Negara ini lebih baik di masa depan. 

Allahuakbar!






















Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi turut meluangkan masa untuk bertemu dengan penyokong PAS daripada kaum India yang sedang menggantung bendera PAS.


Ini kalilah!

.

Thursday, 28 March 2013

Najib syok sendiri dengan projek transformasi-nya

PM GAGAL TRANFORMASIKAN KERAJAAN YANG BERSIH, AMANAH DAN ADIL

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan & Penyelaras Parlimen Titiwangsa)

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau. 

Menjadi lumrah pemimpin UMNO-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. 

Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menghentam Datuk Seri Najib, maka ia adalah suatu berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam media utama negara. 

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke 13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. 

Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi? 

Disebalik kejayaan yang diangkat melangit Tun Daim Zainuddin terhadap kepemimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau, dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara. 

Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM 500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. 

Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati. Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri. 

Di era Datuk Seri Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM 250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia juga berlaku di era Datuk Seri Najib. 

Skandal paling besar yang sedang meletup adalah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini. 

Kesemua ini menjadi bukti betapa PM telah gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. 

Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.

.

Wednesday, 20 March 2013

150 hadir Forum 'Kepimpinan Rasulullah' di Kampung Baru

Pada 20 Mac 2013 (Rabu), telah dianjurkan satu forum bertajuk 'Kepimpinan Rasulullah' bertempat di Madarasah Rahimiah, Jalan Hj. Yahya Syeikh Ahmad, Kampung Baru. Dua orang ahli panel yang dijemput ialah Ustazah Norhafizah Musa dan Ahmad Zamri Khuzaimi (Penyelaras Parlimen Titiwangsa). 
 
Forum itu telah dipengerusikan oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa. Seramai lebih 150 hadirin telah memenuhi ruang madrasah. Semoga lebih banyak majlis-majlis ilmu dapat dianjurkan di Parlimen Titiwangsa, insyaAllah.
 
 


 
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.