Thursday 28 March 2013

Najib syok sendiri dengan projek transformasi-nya

PM GAGAL TRANFORMASIKAN KERAJAAN YANG BERSIH, AMANAH DAN ADIL

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan & Penyelaras Parlimen Titiwangsa)

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau. 

Menjadi lumrah pemimpin UMNO-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. 

Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menghentam Datuk Seri Najib, maka ia adalah suatu berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam media utama negara. 

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke 13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. 

Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi? 

Disebalik kejayaan yang diangkat melangit Tun Daim Zainuddin terhadap kepemimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau, dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara. 

Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM 500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. 

Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati. Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri. 

Di era Datuk Seri Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM 250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia juga berlaku di era Datuk Seri Najib. 

Skandal paling besar yang sedang meletup adalah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini. 

Kesemua ini menjadi bukti betapa PM telah gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. 

Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.

.

1 comment:

  1. Salam,
    Baru-baru ini Papa (Gomo) kepada pucuk pimpinan UMNO ada menyiarkan 13 insiden akan berlaku menjelang PRU-13 termasuk perkara no. 12 iaitu UMNO dan BN akan diharamkan.
    Saya sendiri ada mendengar perkara yang sama di kalangan pemimpin UMNO dan BN sendiri.
    Ini disiarkan oleh Papa Gomo apabila pemimpin UMNO enggan melindungi beliau lagi.
    Kisahnya ialah berpunca daripada hasrat PKR atau PR untuk menyaman BN, UMNO dan Utusan kerana mencetak, menerbit dan mengedar akhbar haram Warta Parlimen Permatang Pauh (saya harap Sdr minta segera dari rakan-rakan kita di Permatang Pauh untuk rujukan) pada pilihanraya kecil Ogos 2008.
    Antara kandungan fitnah mengenai DSAI dalam buletin itu ialah artikel bertajuk SAH ANWAR KAKI LIWAT.
    Jadi ada dua kesalahan jenayah dalam soal ini, pertama percetakan dan penerbitan haram; kedua fitnah.
    Menurut pemimpin UMNO itu, PR mempunyai dalam simpanan banyak dokumen rasmi mengenai penerbitan haram itu termasuk memo antara UMNO dengan Utusan, inbois2, log-log percetakan di loji Utusan di Prai dan sebagainya.
    Pemimpin UMNO itu memberitahu, semua dokumen berkenaan sekarang berada dalam simpanan pegawai kanan DSAI.
    Peluang ini setidak-tidaknya boleh menyebabkan pendaftaran BN, UMNO dan aktiviti perniagaan Utusan digantung sementara siasatan selesai. Selain akta percetakan dan penerbitan, undang-undang ROS dan ROC tidak membenarkan apa-apa pembabitan dalam aktiviti secara haram atau tanpa memiliki lesen.
    Bagaimanapun, sudah mengarahkan KDN, ROS dan SC (BSKL) supaya jangan memulakan sebarang tindakan.
    Boleh ke macam ni?
    Janganlah kita melepaskan peluang terbaik dan terbesar untuk mengkuburkan BN, UMNO dan Utusan once and for all! It’s now or never!
    Selamat berjuang!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.