Tuesday 5 February 2013

Media tempatan jadi alat pemerintah, hina di mata Antarabangsa

ITULAH NILAI MEDIA MALAYSIA PADA PANDANGAN EROPAH 

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan)

Tidak ada apa yang menggemparkan dari pendedahan Jawatankuasa Pilihanraya Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) terhadap pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa media arus perdana di negara ini adalah ‘alat kerajaan’ dan ia menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara. 

Seharusnya pandangan wakil ini memalukan Perdana Menteri, pimpinan kerajaan dan seluruh rakyat di negara ini. Kenyataan jujur Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan bahawa nilai keterbukaan kerajaan berada dalam keadaan yang amat parah. Masyarakat Eropah memandang serong kepada Malaysia dengan persepsi bahawa pemerintah sekarang bersikap diktator dengan mengongkong semua media di bawahnya. Kerajaan Malaysia juga patut merasa malu dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, malah kerajaan junta tentera Myanmar yang terkenal dengan rejim diktator masih memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin politik dari pembangkang untuk muncul di media-media utama (mainstream media) untuk berkempen dalam pilihanraya umum, seperti mana yang diberikan kepada Au Sang Su Kyi baru-baru ini. 

Bagi wakil Jawatankuasa tersebut iaitu Drs Fadime Orgu dan Zouhair Amri mungkin ia sesuatu yang mengejutkan kerana ia tidak berlaku di Eropah, tetapi bagi rakyat Malaysia, media menjadi kuda tunggangan parti yang menguasai kerajaan adalah sesuatu yang sinonim dan diketahui ramai. Malahan rakyat seperti sudah mangli dengan pendedahan ini kerana setiap hari media memainkan peranan memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) dengan pelbagai cerita fitnah dan direka-reka. 

Apabila media utama seperti Utusan Malaysia kerap naik turun mahkamah kerana disaman dan kerap kali kalah, ia membenarkan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Saya juga pernah menulis pandangan dengan mencadangkan supaya Utusan Malaysia dan media sepertinya ‘menggulung tikar’ serta mencari perniagaan lain yang lebih menguntungkan daripada sibuk membayar saman di mahkamah. 

Justeru, saya amat berharap supaya Pakatan Rakyat dapat mengajar BN erti kebebasan media sebenar jika PR memerintah negara ini. Antaranya adalah dengan membebaskan media dari kongkongan parti pemerintah dengan membiarkan media membuat liputan dan berita mengikut etika mereka di bawah batasan undang-undang negara. Jika sekalipun pemimpin negara yang diktirik, dibicarakan, ia seharusnya adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.