Tuesday 19 February 2013

Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda





Sumber: Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang. Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS. 

Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah. 

"Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal. 

"Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya. 

Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti. 

Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo, jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian.

Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin. Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub. 

Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ. Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu. 

Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan. 

"Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.