Wednesday 13 March 2013

Era kejutan pilihanraya umum akan berakhir tidak lama lagi - Zamri

ERA KEJUTAN PILIHANRAYA UMUM AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI  

Oleh: AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI (Penyelaras Parlimen Titiwangsa)

Datuk Seri Najib Tun Razak memohon diberikan masa lagi sebelum mengumumkan tarikh pilihanraya umum akan datang. Nada kenyataannya seperti Pru ke 13 akan berlanjutan buat beberapa bulan mendatang walaupun mandat kerajaan genap lima tahun sudah berakhir pada 8 Mac 2013 dan tarikh akhir parlimen wajib dibubarkan adalah pada 28 April 2013.

Datuk Seri Najib seperti meminta nyawa untuk disambung buat beberapa bulan lagi meskipun tahu keputusan rakyat terhadap dirinya. 

Beliau merasa tidak yakin dengan segala agenda dan insentif beliau kepada rakyat selama ini dan tahu kesemua hadiah kepada rakyat tidak mendatangkan manfaat kepadanya dan BN. Jika tidak masakan Najib sanggup melengahkan tarikh Pru ke 13 sehingga ke penghujungnya.

Dengan sindrom penafian itu serta kegagalan beliau mengisyhtiharkan tarikh pilihanraya umum ke 13, sudah cukup membuatkan kehidupan rakyat di bawah begitu bercempera. 

Sudah banyak tempat bendera-bendera dan kain rentang parti politik dinaikkan, pondok panas dan bilik gerakan yang dirasmikan yang akhirnya bendera-bendera, kain rentang menjadi lusuh manakala pondok-pondok panas serta bilik gerakan menjadi sejuk dan dibiarkan kosong.

Di sesetengah tempat, siri perhimpunan jentera sudah diadakan memasuki pusingan kelima dan acapkali juga lafaz ikrar pilihanraya diucapkan. Kursus-kursus pilihanraya juga telah berpuluh kali dibuat dengan sesi penerangan yang hampir kesemua petugas berjaya menghafal skrip dan jalan ceritanya. 

Di kebanyakan kawasan juga, jentera pilihanraya sudah berkali-kali berprogram dengan memasuki kesemua semua daerah mengundi, DUN dan Parlimen dan bertemu dengan hampir semua pengundi, malangnya parlimen belum mahu melabuhkan tirainya.

Begitulah fenomena dan realiti di Malaysia apabila PM enggan menyatakan tarikh beliau mahu berpilihanraya. PM menganggap pilihanraya dalah hak miliknya ekslusif dan rakyat tidak perlu tahu apa-apa. 

Baginya, biarkan rakyat terkejut dengan pilihanraya mengejut supaya beliau dan partinya boleh bersedia semaksima mungkin, sedangkan rakyat terpinga-pinga dan panik dengan kehadiran pilihanraya.

Saya yakin budaya kejutan pilihanraya umum adalah yang terakhir di era Najib dan BN kerana selepas ini apabila Pakatan Rakyat memerintah negara kelak, akan mengajar BN pula erti menghargai sokongan dan sumbangan rakyat. 

Pastinya Pru di era akan datang akan diumumkan lebih awal dan lebih lama supaya semua pihak mampu bersiap sedia dengan tugas dan peranan masing-masing. 

Jika PM seorang yang berani dan gentleman maka tidak ada sebab pilihanraya perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum kerana pilihanraya adalah hak semua rakyat untuk ditunaikan bukan hanya untuk seorang PM sahaja. 

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.