Monday 11 March 2013

Siri ceramah PAS Titiwangsa mendapat sambutan luar biasa

Beberapa siri ceramah telah dianjurkan oleh PAS Kawasan Titiwangsa bagi memberi penerangan kepada rakyat setempat berkenaan isu semasa dan manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum Ke-13.

Pada 28 Februari lalu, PAS Titiwangsa berjaya memecah kubu Umno di Chow Kit apabila lebih 500 penduduk setempat hadir memenuhi tapak ceramah di Chow Kit. Penceramah jemputan ialah YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan YB Nurul Izzah. Turut menyampaikan pidato ialah Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Pada 7 Mac lalu, Parlimen Titiwangsa menerima kehadiran Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu. Ceramah diadakan di Blok A, Desa Pandan.



Pada 8 Mac 2013, satu ceramah umum diadakan di Jalan Hamzah, Kampung Baru. Antara penceramah yang dijemput ialah Datuk Profesor Dr. Nik Zain, bekas Ketua Setiusasaha Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi, Sdra. Zahir Hasan, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Wilayah Persekutuan dan juga Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.


Hadirin khusyuk mendengar pidato YB Nizar Jamaluddin di Chow Kit



 Suasana ceramah di Blok A, Desa Pandan




 Ahmaz Zamri menyampaikan pidatonya di Blok A, Desa Pandan.

 .

1 comment:

  1. Slot Machines - JtmHub
    Check out the 용인 출장샵 Latest Slot Machines at the Jtm Hub! The most popular machines at JTM and 수원 출장마사지 JTG are the original 7 안산 출장안마 reel, 7 reel 이천 출장안마 and 10 reel. Rating: 동해 출장샵 5 · ‎2 reviews

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.