Monday 7 January 2013

Jelajah program Back To School Parlimen Titiwangsa berakhir di Kg. Baru

Pada 6 Januari 2013, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa dengan kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa sekali lagi menganjurkan program Back To School, kali ini bertempat di perkarangan Pejabat PKWR Titiwangsa, Kampung Baru.

Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu mendapat sambutan daripada penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur persekolahan. Sumbangan barang-barang persekolahan kepada para pelajar telah disampaikan oleh Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Turut hadir dalam program itu ialah Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Mejar (B) Ustaz Abdullah. 

Dalam ucapan perasmian, Ahmad Zamri telah menyatakan dengan tegas bahawa sektor pendidikan merupakan agenda utama Pakatan Rakyat jika diberi mandat ke Putrajaya.

"Pendidikan sangat rapat dengan kenenagaraan dan Islam. Tanggungjawab utama kerajaan untuk memberi pendidikan terbaik untuk rakyat. Kita mampu beri pendidikan perucuma daripada hasil Negara," ujar beliau.

Program Back To School di Kampung Baru telah melengkapkan jelajah program ini di semua zon Parlimen Titiwangsa. Sebelum ini PKWR Titiwangsa telah menganjurkan program sumbangan persekolahan ini di zon Keramat, zon Desa Pandan dan zon Desa Rejang.

Hasil sumbangan orang ramai yang disampaikan kepada Yayasan Prihatin Titiwangsa telah diagihkan kepada rakyat di dalam Parlimen Titiwangsa bagi mengurangkan beban kewangan mereka.



Ketua Pemuda PAS Titiwangsa beramah mesra dengan para pelajar yang hadir ke program Back To School zon Kampung Baru.


Salah seorang pelajar melihat Kalendar 2013 Parlimen Titiwangsa yang diagihkan secara percuma. 


Bergambar kenangan selepas tamat program Back To School bersama sumbangan yang diterima.










Ahmad Zamri bersama pelajar yang menerima sumbangan.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.