Dalam kepadatan jadual di sepanjang bulan Ramadhan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu sempat meluangkan masa sekitar satu jam di Kampung Baru untuk mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Baru.
Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) itu diadakan pada 23 Ramadhan bersamaan 11 Ogos 2012. Sebanyak 750 bungkus telah disediakan oleh petugas Pemuda. Walau bagaimanapun, Mat Sabu terpaksa bergegas ke Pejabat Agung Pas Pusat untuk menghadiri program seterusnya dan agihan bubur lambuk diteruskan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohamad Nor di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR).
|
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sedang mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung bazar. |
|
Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turut membantu melancarkan program. |
|
Petugas menghulurkan bubur lambuk kepada pengunjung berkereta. |
|
Sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. |
|
Ketua DPPKT, Sdra Suhaimi Abdul Aziz turut sama mengagih bubur lambuk kepada orang ramai. |
.
.