Wednesday 15 August 2012

YB Salehuddin Turun Padang di Desa Pandan

Pada 24 Ramadhan bersamaan 12 Ogos 2012, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) telah menganjurkan aktiviti turun padang dan edaran bubur lambuk percuma di Bazar Ramadhan Desa Pandan. 

Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Hj. Salehuddin Ayub telah meluangkan masa bersama untuk mengedarkan risalah kepada peniaga dan pengunjung di bazar. Turun hadir ke program turun padang ini ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohamad Nor Mohamad dan Ketua DPPKT, Sdr. Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.


Salehuddin Ayub selesa berbual dalam loghat Kelantan dengan para peniaga.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan turut beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan menyapa Salehuddin Ayub.

PEMIMPIN RAKYAT... Salehuddin Ayub tidak kekok untuk melipat sendiri risalah sebelum diedarkan kepada pengunjung dan peniaga.

.

Majlis Hari Terbuka PAS



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

.

Timbalan Presiden Edar Bubur Lambuk di Kampung Baru

 Dalam kepadatan jadual di sepanjang bulan Ramadhan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu sempat meluangkan masa sekitar satu jam di Kampung Baru untuk mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Baru.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) itu diadakan pada 23 Ramadhan bersamaan 11 Ogos 2012. Sebanyak 750 bungkus telah disediakan oleh petugas Pemuda. Walau bagaimanapun, Mat Sabu terpaksa bergegas ke Pejabat Agung Pas Pusat untuk menghadiri program seterusnya dan agihan bubur lambuk diteruskan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohamad Nor di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR).


Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sedang mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung bazar.

Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turut membantu melancarkan program.
 
Petugas menghulurkan bubur lambuk kepada pengunjung berkereta.


Sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
 
Ketua DPPKT, Sdra Suhaimi Abdul Aziz turut sama mengagih bubur lambuk kepada orang ramai.

.
.

Edaran Beras Percuma

Pada 4 Ogos 2012, PAS Kawasan Titiwangsa sekali lagi menganjurkan program edaran hampir 1000 kilogram beras percuma kepada penduduk di Flat-flat sekitar Kuala Lumpur yang kebanyakannya berada dalam Parlimen Titiwangsa. Beras-beras ini adalah hasil sumbangan orang ramai.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh turut hadir ke program Edaran Beras Percuma.

Timbalan Yang Dipertua PAS Wilayah Persekutuan, Sdra Zamri Asa'ad Khuzami menyampaikan sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
 
Sdra Zamri membantu mengagih beras percuma kepada penduduk setempat.

.

Tuesday 14 August 2012

Iftar Perdana Warga Pendidik Titiwangsa

Pada 24 Ramadhan bersamaan 12 Ogos 2012, Jabatan Pembangunan Pendidikan Pas Kawasan Titiwangsa (JPP) dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) telah menganjurkan Iftar Perdana Warga Pendidik Titiwangsa. Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Hj. Salehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS dan Tuan Haji Mohamad Nor Bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.


Tuan Hj. Mohamad Nor sedang menyampaikan sumbangan kepada hadirin.

Para pelajar beratur untuk menerima sumbangan.

Ustaz Raihan, Mudir Sekolah Rendah Agama Sri Al-Ummah menyampaikan sumbangan kepada para pelajar.

Tuan Hj. Salehuddin Ayub menyampaikan sumbangan kepada para pendidik.

Antara hadirin yang hadir ke program Iftar Perdana Warga Pendidik Titiwangsa.

Solat terawih berjemaah.




Iftar Bersama Bob Lokman

Pada 15 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012., Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) telah menganjurkan program Iftar Selebriti bersama Bob Lokman dan Ustaz Raihan (Tanyalah Ustaz TV9). Program ini dihadiri oleh pendudukan tempatan.


Bergambar kenangan bersama Bob Lokman.

 
Antara hadirin yang hadir ke Iftar bersama Selebriti


Antara penduduk tempatan yang hadir ke Iftar bersama Selebriti.
 
Sdra Mohd Zamri Asa'ad Khuzami bergambar bersama Bob Lokman.

.

Edaran Bubur Lambuk 9 Ramadhan

Pada 9 Ramadhan bersamaan 28 Julai 2012, Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menganjurkan program edaran bubur lambuk percuma kepada pengunjung bazar Ramadhan Kampung Baru. Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah disediakan dan edaran hanya mengambil masa kurang daripada sejam. 

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa merangkap Penasihat Undang-undang Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdra. Mohd Zamri Asa'ad Khuzami telah dijemput untuk bersama mengedarkan bubur lambuk.

Bubur baru sampai.


Sdra Zamri mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar.

Sdra Zamri menyantuni pengunjung Cina.

Selesai program edaran bubur lambuk.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.