Tuesday 13 November 2012

5 kaedah Umno membodohkan rakyat dalam sesuatu isu (Bahagian 1)

Umno sangat licik dalam kerja-kerja membodohkan rakyat. Jika dilihat dalam beberapa kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, Umno dan segala medianya sengaja membesar-besarkan isu. Paten propaganda yang dirangka untuk menghasut rakyat adalah sama dalam semua isu. Meskipun ada ruang wacana ilmiah yang boleh dikembangkan contohnya dalam isu sejarah Mat Indera yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Umno lebih suka memilih pintu propaganda. 

Mereka menggunakan apa sahaja mekanisma untuk memesongkan fakta sebenar, membentuk perspektif yang negatif dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin Pakatan Rakyat. 

Apakah langkah-langkah umno dalam kerja-kerja membodohkan rakyat? 

Langkah 1: Seluruh individu pro umno-BN akan mengulas sesuatu isu dan memutar belit isu sebenar 

Apabila tercetus sesuatu isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, umno dan pencacainya akan membuat komen tentang apa sahaja yang terlintas di kepala. Sehingga kadang-kadang, sesetengah pemimpin Umno kelihatan seperti bodoh dan tidak berpendidikan. Ketua Wanita Cawangan, ketua Wanita Negeri, Ustaz Umno, Ketua Pemuda Bahagian, JKK Kampung, Ketua Wanita Cawangan NGO (tak sangka NGO itu wujud), Profesor Kangkung, AJK Persatuan Veteran, AJK Surau Perumahan dan segala jenis individu mesra Umno akan bercakap mengikut sedap mulut (mungkin sedang melobi untuk dicalonkan dalam pilihanraya). 

Dalam sesetengah isu, ‘pengulas-pengulas tambahan’ ini akan menjadi lebih alim dari ulama, lebih mulia dari perasuah, lebih Melayu dari Hang Tuah, dan lebih segala-galanya. Semuanya akan bertukar menjadi alim, mengaitkan semua perkara dengan Al-Quran, menonjolkan Umno sebagai parti yang kononnya bersih. 

Lihat gelagat ‘pengulas-pengulas tambahan’ dalam isu Nurul Izzah yang memetik ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ‘tiada paksaan dalam agama’ dalam sebuah forum. 

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan
Pengerusi Biro Agama Wanita UMNO, Datin Mesrah Selamat berkata, umat Islam juga tidak seharusnya berkompromi dengan kenyataan sedemikian bagi mengelak berlakunya kehancuran dalam permuafakatan ummah di Malaysia. Dalam hal ini, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu kepada Nurul Izzah terbukti gagal mendidik anaknya supaya berpendirian teguh dalam mempertahankan hukum-hukum Islam yang asas. 

"Islam adalah agama yang tiada tolok bandingannya. Agama ini perlu dipertahankan dan mana-mana umat Islam yang membuat kenyataan seperti Nurul Izzah ini bukan sahaja menipu diri sendiri, malah kabur dengan landasan agama yang paling asas," 

Perkara sama turut ditegaskan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang menjelaskan, pemimpin seperti Nurul Izzah yang mengutamakan kepentingan politik melebihi kedaulatan agama tidak seharusnya diterima rakyat negara ini. Kata beliau, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan yang dilaknat Allah sekali gus menyebabkan negara ini terdedah dengan pelbagai musibah sekiranya Nurul Izzah terus diterima sebagai pemimpin. 

Individu-individu ini akan mengulas apa saja isu yang melibatkan Pakatan Rakyat dari perspektif negatif, asalkan terlintas di kepala. Hasilnya, pembaca yang membaca ulasan-ulasan liar ini akan terpengaruh kepada ulasan sahaja, tidak pada isu sebenar yang diperkatakan oleh Nurul Izzah.

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Bagi menunjukkan bahawa isu ini terlalu besar dan serius, seseorang perlu memberi cadangan agar isu ini perlu melibatkan Peguam Negara, Akta Hasutan dan sebagainya. Ini dia pencadangnya. 
"Saya juga mencadangkan pihak Peguam Negara meneliti isu tersebut dan mengkaji adakah ia termasuk di bawah Akta Hasutan, kalau benar disabit kesalahan serta kes itu memerlukan pendakwaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

“Ismail memberitahu, pemikiran- pemikiran Islam yang liberal perlu dicegah sebelum menjadi parah kerana adanya puak-puak tertentu bercita-cita untuk menguasai Putrajaya dan membawa elemen-elemen yang menghancurkan ajaran sebenar Islam.” 
Sumber: Utusan

Mashitah Ibrahim lebih kreatif dalam mengulas isu ini. Beliau terus mengaitkannya dengan isu murtad dan hukuman penjara. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Yang ini lebih menarik. Bersungguh-sungguh pengulas cuba melebarkan perspektif pembaca berita kepada isu lain seperti manipulasi agama dalam politik, liberal dan pluralisme. Malah setelah membuat kesimpulan mengikut fahaman sendiri, pengulas secara mudah mengaitkan Nurul Izzah dengan kesimpulan yang direka-reka itu. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Apa kuasa yang Nurul Izzah ada hingga mampu mengancam Islam sedangkan kerajaan Najib-Rosmah mempunya JAKIM, Ikim, Jabatan agama Islam negeri, mufti, Utusan Malaysia, TV1, TV3, polis, tentera, dan segala jenis ulama Umno?
 
Sumber: Utusan

Seperti biasa, apa sahaja modal serangan ke atas Pakatan Rakyat akan mendapat perencah daripada Tun Mahathir. Sebagai peringatan, Mahathir secara konsisten sejak berpuluh tahun lalu tidak segan silu menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, hukum Islam dan pengalaman ajaran Islam. (Rujukan

Sumber: Utusan

Tidak cukup dengan pengulas-pengulas tambahan yang tidak ternama, institusi istana turut diheret bagi menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai krisis dengan istana dan membesar-besarkannya dalam media. Sedangkan pihak Nurul Izzah bila-bila masa boleh membuat pertemuan dengan pihak istana bagi menerangkan perkara yang sebenar dan maksud disebalik apa yang diucapkan oleh beliau dalam forum itu. 

Sumber: Utusan

Selain itu, pengulas tambahan ini juga seolah-olah mahu melaga-lagakan Pas. Memang sejak daripada dahulu, kerja-kerja Umno menyuntik perang saraf di celah-celah hubungan PAS serta PKR dan DAP agar hubungan erat ini terpecah dan akan memberi kelebihan kepada BN. 

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Pengulas-pengulas ini memanipulasi kenyataan pemimpin PAS bagi memburukkan imej PAS sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar utama. Juga untuk memberi gambaran bahawa akibat daripada isu Nurul Izzah ini, hubungan PAS dan PKR akan retak. 

Sumber: Utusan
Demikianlah bagaimana pengulas-pengulas tambahan membesar-besarkan isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. Tujuannya hanya satu, iaitu mencipta persepsi negatif orang ramai terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, seterusnya agar rakyat menolak Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13. 

Walhal jika dibongkar, kenyataan dan tingkah laku pemimpin Umno jauh lebih jijik dan menghina Islam. Namun ulama Umno diam membisu. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. 

Untuk mempertahankan kuasanya, Umno tiada pilihan lain selain membodohkan rakyat melalui media-media milih mereka. 


Kaedah 2 dan Kaedah 3 akan disambung dalam bahagian seterusnya. 


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.