Wednesday 28 November 2012

Kantoi salah guna kuasa, Hishamuddin wajib letak jawatan!

Sumber: Malaysiakini

Negara gempar apabila bekas Ketua Polis Negara telah mendedahkan penyalahgunaan kuasa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien yang campurtangan dalam Polis Diraja Malaysia. Perkara tersebut didedahkan serentak bermulanya Perhimpunan Agung Umno (PAU'12) dalam satu sidang media MyWatch, iaitu sebuah Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia yang dinaungi oleh beliau. 

Kenapa Hishamuddin perlu campur tangan dalam arahan-arahan PDRM? Adakah untuk menjaga kepentingan diri dan partinya?

Jika di luar negara seperti Jepun, sedikit salah laku cukup untuk memaksa seseorang Menteri meletakkan jawatan seperti Menteri Kehakiman Jepun, Perdana Menteri Jepun, Menteri Kewangan Jepun. Sebelum ini kita dengar bekas Menteri Umno, Zaid Ibrahim turut meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan isu ISA dan kini beliau sudah meramalkan kegagalan Umno untuk terus hidup. Selain itu, Perdana Menteri Thailand juga pernah meletak jawatan kerana kantoi kes salah laku, Menteri Kewangan Greece, Timbalan Menteri Tenaga Burma, Menteri Hong Kong letak jawatan kerana kantoi penyelewengan, Timbalan Menteri Kewangan Kosovo, Menteri Kewangan Kuwait, Menteri Pertahanan Peru dan banyak lagi kes-kes di luar negara yang meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab atas korupsi yang dilakukan. Tidak seperti pemimpin Umno, mereka tahu bagaimana hendak membezakan antara kepentingan peribadi dan kepentingan Negara.



Bagi pemimpin Umno, Negara ini seperti milik bapak dan kroni mereka. Meskipun kantoi dalam kes salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka akan terlepas dan terus merompak rakyat dan khazanah Negara.

Dijangka selepas ini menjelang Pilihanraya Umum ke-13, akan ada lebih banyak pendedahan demi pendedahan secara terperinci salah laku Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri. Perkembangan terbaru ini akan meyakinkan dakwaan ramai bahawa polis telah menjadi 'parti komponen' Umno selain daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengekalkan kuasa rejim Umno.

Berikutan kes salahguna kuasa yang didedahkan oleh Musa Hasan, Hishamuddin wajib letak jawatan!


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.