Thursday 15 November 2012

Berita yang buatkan Umno tidak tidur malam

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) khususnya kepada Ketua DPPM, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi atas keterbukaan dan ketelusan beliau mengisytiharkan harta miliknya. 

Langkah ini merupakan pencetus kepada agenda dasar ketelusan kepemimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000 - Sinar Harian

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 
15 November 2012

KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini. 
  
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut. 
"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya. 

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. 

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru. 

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800. 

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya. 

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan. 

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

Sudah pasti langkah proaktif ini akan memberi mimpi ngeri kepada Umno dan Barisal Nasional. Umno tidak boleh tidur lena lagi. Rakyat akan memilih pemimpin yang telus dan terbuka, yang tidak merompak harta negara masuk ke poket sendiri dan anak beranak. Umno sampai bila-bila tidak akan mengisytiharkan harta pemimpinnya, kerana sudah lebih 50 tahun Umno memunggah segala kekayaan negara masuk ke kantung sendiri, kroni dan anak beranak, serta membiarkan rakyat terhimpit dengan kemiskinan.

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.