Wednesday 21 November 2012

Program Jom Khatan sempena Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa Ahad ini


Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa akan menganjurkan Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa pada tarikh 25 November 2012 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi. 

Menurut Pengarah Program Karnival Kesihatan merangkap Penyelaras PKWR Titiwangsa, Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Karnival Kesihatan PPR Cochrane Perkasa akan diisi dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama rakyat di Parlimen Titiwangsa.

Antara program menarik di sana nanti ialah Kaunter AES & Khidmat Guaman Percuma yang akan diurus oleh Tuan Ahmad Zamri sendiri bersama peguam-peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia.

Selain itu, terdapat juga khidmat Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Raihan Abd Aziz TV9 dan juga Program Jom Khatan yang diurus oleh doktor-doktor terlatih dan berpengalaman. Untuk pendaftaran anak-anak yang ingin berkhatan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi urusetia di talian 019-3447818 (En. Che Mat Johari) dan 012-3735294 (En. Shahrizal).

Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat akan bersama-sama turun padang dalam program Ziarah Kasih pada hari itu.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.