Thursday 1 November 2012

Laporan Audit - MP Umno hina Yang Di-Pertuan Agong

Seperti biasa, tabiat pemimpin Umno suka mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir terlebih dahulu semata-mata untuk menutup korupsi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah BN. Kali ini Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan yang mewakili Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) telah memfitnah kerajaan negeri Pakatan Rakyat (Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) memanipulasi perakaunan kreatif untuk menonjolkan kebaikan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara.


Sumber : Malaysiakini

Tindakan MP Kota Belud ini telah menghina Ketua Audit Negara (KAN), Tan Sri Dato' Setia Ambrin Bin Buang, seolah-olah KAN dan kakitangan beliau tidak mampu menganalisis setiap akaun dan prestasi kerajaan negeri yang diaudit. MP Kota Belud secara tidak langsung menganggap Ketua Audit Negara seorang yang bodoh ilmu ekonomi dan mudah ditipu oleh Pakatan Rakyat.

Malah MP Kota Belud secara tidak langsung telah menghina kewibaan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Menurut Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara adalah bertanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong. 

Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan 

Laporan Ketua Audit Negara.

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Asalkan  mendapat keuntungan politik, pemimpin Umno akan bercakap apa sahaja walaupun terpaksa menghina YDPA.

Seluruh rakyat Sabah patut berasa aib mempunyai pemimpin Umno yang 'terlebih pandai' berpolitik ini.

MP Kota Belud diminta lawat kawasan - freemalaysiatoday


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.