Thursday 8 November 2012

[Aktiviti] Ihtifal PASTI Wilayah Persekutuan

Pada 3 November 2012, PASTI Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Ihtifal PASTI Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Utama KUIZM. Majlis ini bertujuan untuk meraikan lebih 400 orang pelajar yang telah menamatkan sesi pembelajaran mereka di PASTI masing-masing. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, Sdra Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Antara PASTI yang terdapat di Wilayah Persekutuan ialah Kawasan Batu (PASTIAl-Rasyidin dan PASTI Ibnu Sina), Kawasan Bandar Tun Razak (PASTI Al-Aulad, PASTI Al-Raudhah dan PASTI Ehsaniah), Kawasan Cheras (PASTI Al-Kauthar), Kawasan Lembah Pantai (PASTI Nurul Iman, PASTI As-Salam, PASTI An-Nur, PASTI Al-Furqan, PASTI AS-Sofi, PASTI An-Nurhidayah), Kawasan Segambut (PASTI Al-Huda, PASTI Huda SPPK, PASTI An-Najah), Kawasan Titiwangsa (PASTI Al-Hidayah, PASTI Al-Ummah, PASTI Ibnu Khaldun), Kawasan Wangsa Maju (PASTI Al-Hilmi)




Pelajar PASTI sedang membaca Al-Quran sebelum majlis bermula.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, Sdra Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menyampaikan ucapan perasmian

Wakil pelajar PASTI Al-Ummah, Titiwangsa sedang menyampaikan perembahan sajak. Adik Aqil adalah pemenang tempat pertama pertandingan Sajak PASTI Malaysia.

Ibu bapa yang datang meraikan anak masing-masing.











Pelajar sedang beratur untuk naik ke pentas menerima sijil PASTI masing-masing.








Cikgu Fauziah menerima anugerah Tokoh Guru Mithali PASTI Wilayah Persekutuan.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.