Pada 17 Februari lalu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa yang diketuai oleh Penyelarasnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi telah menziarahi warga emas di PPR Cochrane Perkasa. Program ziarah ini adalah aktiviti mingguan yang diatur oleh PKWR Titiwangsa dalam mendekati masyarakat setempat.
Sebanyak 24 buah rumah telah diziarah. Ahmad Zamri telah menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan dari Pusat
Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kepada penduduk yang diziarahi.
.
No comments:
Post a Comment