*Ahmad Zamri merupakan Calon PAS P119 Titiwangsa.
RUANG DI MEDIA DISEMPITKAN SAMBUNG TALIAN HAYAT BN
PAS
Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak
tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan
manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pilihan raya
umum ke 13 ini.
PAS
WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu
pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan
amalan demokrasi di negara ini.
Asas
penolakan tawaran tersebut amat kukuh kerana slot tersebut hanya
dibenarkan berlangsung selama 10 minit. Lebih malang lagi apabila slot
tersebut disiarkan secara rakaman, bukannya siaran langsung. Semua pihak
sedia maklum bahawa siaran rakaman terdedah kepada pelbagai suntingan
dan PR tidak sanggup berisiko dimanipulasi melalui rakaman tersebut.
Sudahlah
slotnya hanya 10 minit, ianya dibuat melalui rakaman. Dengan proses
suntingan, berapa minit sebenarnya peruntukan masa untuk PR dalam slot
yang diberikan itu?
Bayangkan
pula jika slot itu hanya disiarkan diluar waktu kemuncak seperti waktu
tengah malam atau waktu pagi, siapa yang akan menontonnya? Dengan masa
10 minit, apakah agenda dan mesej yang sempat disampaikan?
PAS
WP merasa hairan kerana jarang ada rancangan berlangsung selama sepuluh
minit di TV. Rancangan kartun untuk kanak-kanak memakan masa paling
kurang tiga puluh minit, begitu juga berita utama di waktu kemuncak.
Jika
dibandingkan dengan rancangan berbentuk hiburan seperti tayangan filem,
perlawanan bolasepak, rancangan realiti TV, konsert, anugerah-anugerah
dan sebagainya, berapa lama masa rancangan ini diperuntukkan?
Mengapa
pula program politik yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini
yang berlangsung 5 tahun sekali dan jauh lebih penting hanya diberi masa
10 minit sahaja. Bukankah ia suatu penghinaan?
Jika
demikian caranya, wajarlah tahap kebebasan media di negara ini
menjunam ke tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia berbanding
126 pada tahun lalu.
Sebenarnya
kerajaan BN merasa gerun sekiranya PR diminati dan disukai penonton.
Dalam keadaan ruang media yang terhad seperti sekarang, ceramah anjuran
PR dihadiri puluhan ribu rakyat. Ucapan pimpinan PR sentiasa ditunggu
oleh rakyat dan dimuat naik ke dalam youtube serta ditonton oleh ribuan
manusia.
Bayangkan
pula bagaimana jika PR diberikan ruang masa yang bebas di media secara
adil selama sejam atau lebih, mungkin PR tidak perlu bekerja kuat untuk
jatuhkan BN dalam Pru ke 13. Kerana itulah ruang demokrasi disempitkan
terus supaya mereka masih bernafas sebelum hayat parlimen berakhir.
.
No comments:
Post a Comment