Monday, 29 October 2012

Amerika Syarikat diisytihar darurat

Live Update.

Taufan Sandy yang melanda pantai timur AS menyebabkan lebih 15,000 penerbangan terkandas. Taufan yang membawa hujan ribu dan angin kuat telah berlarutan selama beberapa hari. 

Taufan Sandy ini mencatat rekod ombak setinggi empat meter yang melanda pantai New Jersey dan menghanyutkan jeti di Atlantic City. Sementara di Manhattan, sebahagian besar kawasan rendah di bandaraya Manhattan dilanda banjir dan menyebabkan lebih 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik. 

Berikutan itu, New York dan Massachusetts diisytiharkan darurat oleh Obama sebagai langkah berjaga-jaga kerana Taufan Sandy yang melanda dijangka memberi kesan kemusnahan yang teruk. Gebenor Connecticut pula mengarahkan ribuan penduduk yang tinggal di pesisir pantai agar segera meninggalkan kawasan kediaman masing-masing. Dilaporkan bahawa 500,000 hingga 750,000 penduduk di New York dan New Jersey terpaksa bergelap kepana terputus bekalan elektrik. 

Ahad lalu, taufan Sandy dikesan dari Lautan Atlantik menuju ke arah utara Caribbean yang akan mengancam timur Amerika Syarikat hingga memaksa pihak berkuasa AS mengeluarkan amaran agar penduduk meninggalkan kawasan pesisir pantai. Taufan Sandy dilihat oleh ahli metereologi sebagai taufan yang lebih lebar dan kuat berbanding taufan Irene dan Katrina, dan mampu menjejaskan 60 juta penduduk. 

Di Washington, Pejabat Kerajaan Pesekutuan AS ditutup dua hari berturut-turut sebagai langkah berjaga-jaga. Taufan ini juga menjejaskan kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, ia dilihat oleh pemerhati sebagai tambahan kredit kepada Obama jika beliau mampu mengatur pelan bantuan segera untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemusnahan Taufan Sandy. 


 ANCAMAN BANJIR: Hujan lebat akibat Taufan Sandy menyebabkan paras sungai Croix de Mission meningkat kelmarin dan mengancam membanjiri rumah-rumah di tebing daerah Port-au-Prince, Haiti. - Foto REUTERS 



 JALAN raya di bawah Jambatan Manhattan di seksyen Dumbo, Brooklyn, NY dipenuhi air berikutan Taufan Sandy membadai pantai timur Amerika Syarikat, awal pagi tadi (8 malam waktu Amerika). - Foto AP


 BANJIR... Laluan keluar dari tempat letak kenderaan bawah tanah dipenuhi air mengakibatkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan kenderaan masing-masing di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat hari ini, berikutan dilanda Taufan Sandy. - Foto AFP


 SEBUAH trak melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi air di tepi pantai Southampton, New York semalam. 


Angin kuat susulan Taufan Sandy yang membadai timur Amerika Syarikat hari ini turut mengakibatkan kren patah dan tergantung di atas blok pangsapuri setinggi 90 tingkat di New York, hari ini.



ROUTE 30, White Horse Pike, berdekatan pantai Absecon adalah salah satu daripada tiga laluan utama ke Atlantic City, New Jersey, Amerika Syarikat dinaiki air berikutan Taufan Sandy melanda kawasan berkenaan hari ini. - Foto REUTERS 

DPPKT: Sekian lama AS membuli Negara-negara Islam, kini tiba masa untuk Allah ‘membuli’ keangkuhan AS. Kekuatan tentera AS pun tidak mampu untuk menghalang taufan Sandy! 

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.