Tuesday, 23 October 2012

Kampung Baru terima kehadiran PASTI baru

Pusat Asuhan Tunas Islam Wilayah Persekutuan (PASTI WP) yang telah lama bertapak kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila berjaya membuka satu lagi cawangan PASTI. Sambutan dan permintaan yang meningkat mendorong PASTI Kawasan Titiwangsa membuat keputusan untuk membuka cawangannya di Kampung Baru. 

PASTI ini telah dinamakan dengan nama PASTI MUHAMMAD AL-FATEH dan beralamat di No. 10C, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan dan pendaftaran murid baru bagi sesi 2013, para ibu bapa boleh menghubungi Ustaz Suhaimi Abdul Aziz (019-603 9187) atay Cikgu Bibing (019-527 2247).

Jadilah sebahagian daripada keluarga PASTI Se-Malaysia demi pendidikan anak-anak yang seimbang dengan dunia dan akhirat. Terima kasih kepada ibu bapa yang terus memberi kepercayaan kepada PASTI dalam mendidik anak-anak mereka!

Klik untuk besarkan imej.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.