Ke mana menghilangnya Abdullah Samah dahulunya menjadi ‘mufti’ Umno, ketika MCA sekutu Umno menghina Islam dan Hudud? Sebelum ini Presiden MCA, Chua Soi Lek telah mengatakan Negara Islam adalah jumud dan terkebelakang. Terbaru, Chua Soi Lek menghina hudud dengan mengatakan 1.2 juta pekerja akan hilang pekerjaan. Chua Soi Lek juga menghina 1.2 juta pekerja dalam Negara, seolah-olah mereka semua adalah pelaku zina, merompak, membunuh dan melakukan kesalahan hudud yang lain.
Chua Soi Lek seolah-olah mahu menyamakan seluruh rakyat Malaysia yang lain adalah sama seperti dirinya yang menjadi pelakon video seks dan mengaku secara terbuka.
Abdullah Samah pula tiada ‘fatwa’ baru yang hendak dikeluarkan sebagaimana sebelum ini beliau menuduh DAP sebagai kafir harbi dan dihebohkan secara meluas dalam media propaganda Umno, Utusan Malaysia dan TV3.
Umno berusaha mengutip apa sahaja untuk menjual agama demi mendapatkan undi orang Melayu, kerana Umno sudah tidak dapat meletakkan harapan lagi pada undi orang Cina. Strategi yang Umno gunakan ialah mencari mana-mana orang agama untuk membuat kenyataan yang memberi keuntungan politik kepadanya. Maka Abdullah Samah terpilih untuk menjatuhkan hukum 'kafir harbi' kepada DAP, dengan harapan agar orang Melayu membenci DAP dan sekaligus memberi imej buruk kepada PAS yang menjalinkan kerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan DAP dan PKR.
KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam."Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya."Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam."Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
"Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong UMNO dan BN supaya orang Melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. – Utusan
Kenapa apabila Presiden MCA menghina hudud dan Islam, Abdullah Samah menjadi tuli, buta dan bisu? Kerana dalam isu ini, Umno tidak lagi perlukan khidmat orang agama seperti Abdullah Samah.
SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya kelmarin.Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang.“Pagi ini saya menerima SMS, saya cuma telefon orang yang menghantar SMS itu tetapi tidak menjawab panggilan... katanya 1.2 juta akan hilang kerja jika wujud tafsiran dan pelaksanaan ketat hukum hudud di negara ini.
“SMS ini berkata MCA bercakap mengenai hudud, tetapi tidak bercakap mengenai peluang pekerjaan disebabkan penguatkuasaan ketat hukum hudud di negara ini... angka yang diberikan mencecah 1.2 juta," kata beliau lagi menerusi satu klip video yang boleh diakses di laman sosial Facebooknya. Soi Lek yang sebelum dengan melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud berkata pengenalan hukum hudud akan menjadi kenyataan jika Pas menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya ia membentuk kerajaan di peringkat pusat.“Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, Pas menjadi parti dominan,” kata beliau.“Ini akan menjadi realiti jika Pas menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat,” katanya sambil merujuk kepada situasi di Kelantan. - Sinar Harian
Kenapa Umno dan jurucakap agamanya menjadi ‘mabuk fatwa’ apabila berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang sedang menggugat kedudukan Umno-BN?
Ini jawapannya. Janji ditepati, kini masa Umno balas budi. Setelah Abdullah Samah menjual 'fatwa' haram undi DAP dan menghukum DAP sebagai kafir harbi, Umno melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan membelinya dengan cek bernilai RM2 juta. Abdullah Samah sanggup menjual agama dengan cek RM2 juta walaupun kenyataan ‘DAP kafir harbi’ itu seolah-olah menghasut orang Islam untuk melancarkan perang terhadap orang Cina yang menyokong DAP.
Alangkah murahnya agama yang dijual oleh Abdullah Samah.
Berkali-kali MCA menghina Islam termasuk yang terbaru menuduh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol, Abdullah Samah tiba-tiba menjadi tuli, buta dan bisu. Mungkin kerana beliau belum menerima arahan daripada Umno dan tawaran cek RM2 juta sudah tiada lagi. Maklumlah, MCA adalah satu-satunya tongkat untuk Umno bergantung sementara menunggu hayatnya berakhir.
.
No comments:
Post a Comment