- Warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
- Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru
MODEL TELEFON PINTAR 3G YANG DILULUSKAN DENGAN HARGA MAKSIMUM RM500
Smartphone apa yang berharga RM500 ke bawah? Cap ayam? Kahkahkah..
Ke manakah bajet RM300 juta untuk rebat smartphone ini akan mengalir?
1.5
juta anak muda akan menerima rebat RM200 ini. Jika harga maksimum ialah
RM500, anak muda ini terpaksa mengeluarkan lagi RM300 seorang. Jadi
jumlah terkumpul duit yang terpaksa dikeluarkan oleh anak muda ialah
RM450 juta. Ke manakah duit ini akan mengalir?
Siapakah kroni-kroni Umno yang akan dilantik sebagai pengedar untuk bekalkan ‘telefon pintar yang diluluskan’?
Syarat : Pelanggar jalur lebar sedia ada atau pakej internet baru.
Maknanya
penerima rebat RM200 ini akan melanggan pakej internet & data plan
setiap bulan dan akan membayar bil bulanan sampai bila-bila. Kroni mana
yang akan untung? Maxis, Celcom, YES, Digi, dan lain-lain.
1.5
juta pengguna membayar bil purata RM50 sebulan, akan menghasilkan
RM75,000,000 (75 juta) sebulan. Setahun RM900,000,000 (900 juta). 5
tahun RM4,500,000,000 (4.5 billion). Kroni kayoooo!
Bukankah dasar ini hanya untuk pancing undi anak muda dan akhirnya akan membebankan anak muda?
Adakah Najib bodoh ekonomi, atau sengaja membodohkan anak muda?
Kroni Umno terus kaya, anak muda terus diperbodohkan. Kahkahkah..
.
No comments:
Post a Comment