Tuesday 4 December 2012

Umno guna strategi 'Zionis usir penduduk Palestin' di Gombak

Sebelum ini dalam PAU'12, Shahrizat telah membuat hasutan bahawa peristiwa Rusuhan 13 Mei akan berulang jika Umno kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13. Adakah peristiwa serangan pengganas Umno di Gombak semalam adalah salah satu sesi latihan untuk membuat huru-hara selepas Umno kalah dalam PRU-13?

Pengganas Umno 1

Pengganas Umno 2

Pengganas Umno3

Pengganas Umno 4

Pengganas Umno 5

Pemuda PAS kecam serangan samseng di Gombak - Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi sehingga menyebabkan salah seorang hadirin cedera. 

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan tersebut mencerminkan betapa terdesaknya pihak lawan sehingga sanggup bertindak diluar batas undang-undang. 

"Demokrasi apakah ini? Sudahlah takut berhujah, upah samseng pula untuk ganggu program Pakatan Rakyat. 

"Ia seolah-olah dihalalkan malah pihak ini seperti kebal dari tindakan," katanya sambil menyebut beberapa lagi siri serangan serupa yang berlaku sebelum ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian serangan malam tadi yang menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi. 

Kumpulan samseng yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, pada mulanya membuat bising malah ada yang turut melempar batu ke tapak ceramah. 

Ekoran itu, sedikit pergelutan kecil berlaku dan salah seorang penyokong Pakatan didakwa ditikam ketika kumpulan samseng tersebut cuba merempuh sekatan benteng manusia yang dibuat oleh petugas. Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan. Ceramah malam tadi turut disertai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Mangsa keganasan Umno 1

Mangsa keganasan Umno 2

Mangsa keganasan Umno 3

Mangsa keganasan Umno4

Rakyat Malaysia tolak budaya politik samseng Umno - Sumber

SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak. 

Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. 

Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam. 

Saya sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan. 

Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasa-dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13. 

YB Amirudin Shari 
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor 
Timbalan Ketua Cabang 
KEADILAN Gombak


DPPKT: Keganasan sebegini adalah bukti Umno terlalu takut dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan tidak yakin dengan kekuatan parti sendiri. Mustahil mereka bertindak tanpa arahan pemimpin-pemimpin Umno. Semoga Allah menyelamatkan negara Malaysia daripada samseng-samseng yang berlagak seolah-olah Negara ini adalah kepunyaan mereka.


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.