Thursday, 15 November 2012

5 kaedah Umno membodohkan rakyat dalam sesuatu isu (Bahagian 2)

Kaedah 2: Manipulasi media cetak (Utusan Malaysia dan Berita Harian) dan elektronik (TV1, TV3) 

Umno akan guna segala media untuk menyebarkan doktrin jahat bagi memberi gambaran buruk ke atas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Antara strategi yang diguna pakai ialah seperti berikut: 

i. Mensensasikan isu yang melibatkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan tajuk besar di muka hadapan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Pemilihan perkataan tajuk besar juga bersifat provokatif, mengadu domba, dan menimbulkan api kebencian. 

ii. Dalam tulisan media cetak dan ucapan berita media elektronik, perkataan-perkataan tertentu sengaja dipilih untuk membina persepsi jahat dan negatif terhadap lawan politik BN. Contohnya adalah laporan seperti di bawah. Media Umno sengaja memilih perkataan tazkirah untuk memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Sedang yang bukan beragama Islam telah bertindak sebagai pemberi peringatan agama kepada umat Islam di dalam surau. 

Sumber: Utusan

iii. Media cetak dan elektronik Umno juga menggunakan kaedah pengulangan isu yang sama berhari-hari agar persepsi jahat itu terlekat dalam fikiran rakyat. Propaganda isu langsung tidak dibuktikan dengan fakta dan hujah, namun cukup hanya dengan persepsi liar yang dibina secara teliti untuk mempengaruhi pembaca dan penonton. 

iv. Untuk kononnya dilihat berlaku adil, media Umno turut cuba mendapat komen daripada pemimpin Pakatan Rakyat, atau mereka akan memetik sahaja mana-mana kenyataan pemimpin PR dalam media alternatif. Namun editor akan bertindak untuk memotong bahagian ucapan tertentu, dan menyiarkan sebahagian sahaja kenyataan itu sehingga menyebabkan maksudnya tergantung dan wujud salah faham yang ketara. 

v. Media Umno akan mengenalpasti perbezaan pendapat antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dan kemudiannya melaga-lagakan perbezaan tersebut agar rakyat melihat gabungan Pakatan Rakyat tiada persefahaman. Dua tujuan utama iaitu agar pemimpin PR terpengaruh dengan berita itu dan bercakaran sesama sendiri, dan kedua tidak lain tidak bukan supaya rakyat menjadi bodoh dan tidak dapat berfikir dengan rasional dan berfakta. Matlamat akhir cuma satu, iaitu memecahbelahkan Pakatan Rakyat. 

vi. Terdapat banyak lagi strategi licik dalam pengalaman media Umno, bertujuan untuk membodohkan rakyat. Dengan harapan rakyat menjadi buta maklumat dan fakta, mereka akan mengundi Umno dalam pilihanraya akan datang. 


Kaedah 3: Buat laporan polis sebanyak mungkin 

Kononnya atas nama prihatin, pelbagai NGO dan persatuan-persatuan yang tidak pernah kedengaran sebelum ini keluar daripada ‘tempat tidur’ dan membuat laporan polis sebanyak mungkin berkenaan isu yang sengaja diperbesarkan. 

Modus operandi ini sama sahaja dipraktikkan dalam isu-isu sebelum ini antaranya ialah isu Bersih, isu Dato’ Seri Nizar Jamaludin, dalam isu Mat Indera yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS dan sebagainya. Lebih melucukan, dalam kes memijak gambar Najib, berpuluh-puluh laporan polis dibuat seolah-olah Najib terlalu mulia. Walhal, sebelum ini, terlalu banyak gambar penyokong Umno yang menghina dan mengaibkan gambar pemimpin Pakatan Rakyat terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. 

Tujuan utamanya ialah agar rakyat melihat perilaku pemimpin Pakatan Rakyat ini ialah sejenis jenayah yang perlu disiasat dan dihukum, dan menjadikan ia sebahagian daripada modal politik untuk media Umno perbesar-besarkan. 

Tidak cukup dengan cakupan media Umno di seluruh Negara, tindakan fizikal seperti perarakan beserta sepanduk menuju ke balai polis diperlukan kononnya untuk menunjukkan gerakan penentangan terhadap sesuatu isu atau pemimpin Pakatan Rakyat adalah mendapat sokongan di seluruh Negara dan kononnya melibatkan pelbagai NGO yang mewakili masyarakat. 

Lihat contoh-contoh berita seperti berikut. 

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Modus operandi yang sama turut dibuat dalam kes Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang menulis berkenaan nombor plat WWW1 dalam laman twitter beliau. Setelah dibicarakan, Nizar memenangi samannya ke atas Utusan dan semua yang membuat laporan polis ini senyap sepi menjadi bisu. 

Kenapa jadi begitu? Kerana semasa mereka ini membuat laporan polis, kemungkinan tidak tahu apa-apa berkaitan isu sebenar dan tidak lebih sekadar ingin menggembar gemburkan isu kerana ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Dalam kes Bersih 2.0, lebih 1000 laporan polis telah dibuat. Ini bertujuan untuk memberi gambaran bahawa pelbagai segmen menolak penganjuran perhimpunan mega Bersih. 

Malangnya, tindakan membuat laporan polis ini telah secara langsung membolehkan jenama ‘Bersih’ menyelinap masuk ke dalam media-media utama dan bertukar menjadi promosi secara percuma. 

Belajar daripada kesilapan, modus operandi ini kurang dipraktikkan semasa penganjuran Bersih 3.0 kerana tidak mahu Bersih 3.0 dipromosikan dalam media Utusan dan TV3. Namun, tidak seperti yang dijangka. Jenama ‘Bersih’ sudah dipromosikan secara besar-besaran semasa Bersih 2.0 yang lalu dan sudah melekat di hati rakyat. 

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Selepas Mohamad Sabu mencetuskan fenomena sejarah Mat Indera, banyak pihak yang buta sejarah telah membuat laporan polis. Ditambah pula pengakuan seorang professor yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah. Ia menghangatkan lagi perbahasan berkenaan sejarah Negara. 

Mohamad Sabu diserang bertubi-tubi, sehingga disiasat oleh polis. Namun disebabkan isu tersebut memakan diri Umno sendiri dan akan mendedahkan sejarah Umno yang dikatakan mempunyai ‘hubungan mesra’ dengan penjajah British, maka isu tersebut disenyapkan begitu sahaja. 

Sumber: Utusan


Kaedah 4 dan Kaedah 5 akan disambung dalam bahagian seterusnya. 

.

1 comment:

  1. org x berapa cerdik je yg masih sokong ameno dan percaya apa yg disiarkan oleh media pecacai tahap lubang jamban

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.