TITIWANGSA, 11 Nov (Ahad) - PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program Ziarah Kasih masyarakat India di Indian Settlement, Kampung Pandan. Program yang dihadiri oleh Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi bertujuan untuk menyelami masalah yang dihadapi oleh masyarakat India yang hidup dalam serba kekurangan meskipun Wilayah Persekutuan ini ditadbir oleh kerajaan pusat Umno BN.
Turut serta dalam program ini ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sdra. Rama, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Wilayah Persekutuan dan petugas-petugas Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa.
Rombongan ini sempat menyantuni masyarakat India yang tidak mendapat pembelaan, dan sehingga hari ini masih menghadapi masalah penempatan.
"Ada lebih kurang 200 keluarga setinggan India di Kampung Pandan dalam Parlimen Titiwangsa yang dinafikan perumahan PPR oleh Kerajaan Umno, dah 40 tahun tanpa rumah. Mereka bukan pendatang, mereka warganegara Malaysia dan tinggal di ibu kota, masih tiada rumah. Negara sudah merdeka dan BN sudah perintah lebih 55 tahun!" tulis Tuan Ahmad Zamri di laman twitter beliau (@ZamriKhuzaimi).
|
Zamri bertolak dari Pasar Taman Maluri menuju ke Indian Settlement, Kampung Pandan. |
|
Menyantuni masyarakat India yang juga merupakan sebahagian daripada saudara kita dalam negara tercinta. |
|
Zamri berbual mesra bersama penduduk tempatan |
|
Menelusuri lorong-lorong di kawasan setinggan masyarakat India.. |
|
TERHARU.. Banner Pilihanraya 2008 masih tergantung di rumah penduduk tempatan, memaparkan wajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Allayarhamah Dr. Lo' Lo'. Penduduk di Parlimen Titiwangsa terlalu menyayangi Dr. Lo' Lo' disebabkan keramahan beliau apabila bertemu rakyatnya.. |
|
Zamri bersama sdra. Ramamoorthy (Timbalan Pengerusi DHPP Wilayah) menerangkan sesuatu kepada salah seorang masyarakat India di Kampung Pandan |
|
Penduduk tempatan menyambut mesra kehadiran Ustazah Nuridah. |
.
No comments:
Post a Comment