Tuesday 18 December 2012

Amal Titiwangsa anjur program Santai Anak Muda + Ikan Bakar

Jabatan Amal Titiwangsa yang diketuai oleh Sdra Rashidi Razak, telah menganjurkan program Santai Anak Muda Titiwangsa pada 15 Disember lalu. Program yang berjaya menarik sekitar 30 orang anak muda itu diadakan di Markaz PAS Desa Pandan. Turut sama hadir bagi meraikan anak-anak muda Titiwangsa ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra Mohd Shahir Abu Hassan.

Program ringkas yang bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada pukul 9.00 malam ini diadakan bertujuan sebagai salah satu program tarbiah bagi merapatkan ukhwah dan mendidik akhlak anak muda di sekitar Titiwangsa. Selain daripada aktiviti kerohanian yang diisi antara waktu Maghrib dan Isyak, mereka juga dihidangkan dengan jamuan ikan bakar.










DPKKT: Pemuda penerus agenda perjuangan.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.