Thursday 6 December 2012

Najib tambah hutang negara RM200 billion, mengaku pandai urus ekonomi



Hutang yang ditinggalkan Umno di Kelantan ialah RM718 juta. Kerajaan Pas Kelantan bayar secara konsisten RM11 juta setiap tahun kepada kerajaan pusat dan sehingga kini telah membayar RM220 juta. 

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri diketuai Lim Guang Eng selesaikan hutang negeri sebanyak RM600.47 juta yang gagal diurus oleh parti Gerakan BN hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Kini baki hutang hanya tinggal RM29.66 juta. 

MB Selangor sahkan rizab perbendaharaan negeri Selangor pada suku kedua tahun 2012 mencecah RM2.1 Billion sedangkan Umno hanya tinggalkan sebanyak RM500 juta pada tahun 2007. Hutang yang ditinggalkan Umno sebelum ini ialah RM829.86 juta, dan sejak 2008 kerajaan PR Selangor telah membayar hutang sebanyak RM253 juta. 

Dalam masa yang sama, kerajaan Umno Pahang kini berhutang kira-kira RM2.17 billion sehingga ramai yang menjangka Pahang diambang muflis. 

Manakala hutang kerajaan Umno Negeri Sembilan dengan kerajaan Perekutuan sehingga akhir 2011 setinggi RM1.44 Billion. 

Di Melaka pula, Ali Rustam telah habiskan rizab negeri dari RM234 juta pada 1999, kini hanya tinggal RM8.26 juta sahaja. Hutang Melaka pula telah meningkat sehingga RM865.9 juta pada tahun 2011. 

Di peringkat kerajaan Persekutuan, hutang yang dikumpul oleh 5 Perdana Menteri sebelum ini mencecah sekitar RM280 Billion. Apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun, hutang Negara terus melonjak kepada RM484.6 Billion. Najib dengan muka tidak malu mengaku beliau paling pandai mengurus ekonomi? 

Rakyat semakin cerdik dan terdedah kepada fakta yang tidak disiarkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.  Rakyat mampu menilai siapakah yang mampu mengurus ekonomi Negara dengan lebih baik. 


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.