Monday 17 December 2012

Pecah berita!! Peguam Negara arah tarik balik semua saman AES - Juham

Zamri memberi taklimat semasa pelancaran Kaunter Penerimaan Saman AES di Pejabat Agung PAS


Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Titiwangsa baru sahaja menghantar pesanan ringkas seperti berikut:

"Atas bantahan peguam-peguam KASE & JUHAM on points of law, dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan ditarikbalik semua kes saman AES di mahkamah dan orang kena saman (OKS) dengan ini dilepaskan. Besar kemungkinan, kerajaan akan menangguhkan pelaksanaan AES di seluruh Negara. YB Dato' Mahfuz akan buat sidang media isu ini."

Beliau juga memaklumkan berita ini di twitter beliau @ZamriKhuzaimi.

Berita selanjutnya akan menyusul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.