Sunday 30 December 2012

Warga emas, ibu tunggal, OKU terima sumbangan di Desa Pandan

23 Dis, Ahad - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa meneruskan lagi program Ziarah Kasih, kali ini meliputi kawasan Desa Pandan.

Menurut Penyelaras PKWR Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, sebanyak 30 buah rumah telah diziarahi yang terdiri daripada penduduk yang uzur, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Ziarah Kasih ini bertujuan untuk menyelami kesusahan rakyat tempatan, merapatkan hubungan dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Ia merupakan aktiviti rutin yang diamalkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Almarhumah Dr. Lo' Lo' sebelum beliau meninggal dunia. Barang-barang yang diagihkan adalah merupakan sumbangan daripada orang ramai kepada PKWR Titiwangsa.

Untuk minggu-minggu seterusnya, PKWR Titiwangsa akan meneruskan aktiviti Ziarah Kasih di beberapa kawasan dan penduduk yang telah dikenalpasti.

Ahmad Zamri mewakili PKWR Titiwangsa menyampaikan sumbangan kepada penduduk tempatan.


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.