Monday 24 December 2012

Larian Sihat Titiwansa 2012 meriah, jadi acara tahunan Parlimen Titiwangsa (Bergambar)

Pada 23 Disember 2012 (Ahad) yang lalu, Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) dengan kerjasama Pemuda PAS Titiwangsa dan Nisa' Kuala Lumpur telah menganjurkan program Larian Sihat Titiwangsa 2012 yang julung kalinya diadakan di Parlimen Titiwangsa. Program ini turut mendapat bantuan daripada kawasan bantu seperti Wangsa Maju dan lain-lain. 

Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota dan sebagai medan untuk Yayasan Prihatin Titiwangsa mendekati masyarakat setempat. Ia juga dapat memupuk semangat persaudaraan dalam masyarakat serta kehidupan positif.  

Antara tetamu yang hadir ialah Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa) dan juga Sdra Kamaruzzaman Mohamad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan). 

Program yang bermula pada pukul 7.00 pagi ini diadakan di sekitar Taman Tasik Hiliran Ampang dan Desa Pandan. Seramai lebih daripada 150 orang yang menyertai larian ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kategori. Peserta larian dilepaskan pada sekitar jam 8.00 pagi oleh Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Disamping program larian yang menjadi aktiviti utama, penganjur juga turut menyediakan aktiviti kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan origami, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah untuk peserta LARIS 12 serta gerai jualan. 

Menurut Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra Suhaimi Abdul Aziz, program ini merupakan satu permulaan yang sangat baik dan program LARIS ini akan dijadikan acara tahun di Parlimen Titiwangsa.

Ahmad Zamri dipetik dari laman twitter beliau @ZamriKhuzaimi menyatakan ucapan terima kasih kepada semua petugas program Larian Sihat Titiwangsa 2012, penaja-penaja iaitu Gardenia, Galeri Ilmu dan Harakah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan program ini.


Ahmad Zamri bersama peserta kategori remaja (13-18 tahun)
 



























DPPKT: Terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan LARIS'12. Kita bertemu di Larian Sihat Titiwangsa 2013!


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.