Monday 3 December 2012

Zamri ketuai rombongan Ziarah Medik di Kampung Baru

Pada 2 Disember 2012 (Ahad), Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa telah menganjurkan Ziarah Medik bertempat Jalan Katib Koyan, Kampung Baru. Program ini menyasarkan penduduk setempat yang sudah uzur dan menghidap penyakit. 

Tuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi selaku Penyelaras PKWR Titiwangsa telah mengetuai rombongan ziarah dari rumah ke rumah. Turut sama yang menyertai program ialah seramai tiga orang doktor bagi memberi khidmat kesihatan percuma kepada warga Kampung Baru yang uzur.


Tuan Ahmad Zamri membantu membawa barang-barang sumbangan yang akan diagihkan kepada warga Kampung Baru dalam program Ziarah Medik.


Salah seorang doktor memeriksa kesihatan warga Kampung Baru yang sempat diziarahi, sambil diperhatikan oleh Tuan Ahmad Zamri dan Ust Suhaimi Abd Aziz, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa.

Rombongan ziarah mendengar luahan hati warga Kampung Baru yang diziarahi Ahad lalu.


Tuan Ahmad Zamri menyantuni warga Kampung Baru yang uzur.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk meneruskan program-program kebajikan di Parlimen Titiwangsa.


 .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.