Tuesday 4 December 2012

Lepas tambah hutang negara RM200 Billion, baru Najib nak minta maaf kepada rakyat?


Sumber: Warga Marhaen

Hutang negara: Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam tempoh sekitar 3 minggu daripada sekarang. Dan kami sempat menjenguk dan membuat semakan terhadap hutang kerajaan Malaysia ketika melalui data yang kami peroleh sendiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM). 

Hakikatnya, hutang negara yang terkini menunjukkan negara berada dalam kedudukan hutang yang tertinggi sejak Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 iaitu berjumlah RM484.621 Bilion.

Hutang Negara Malaysia Sehingga November 2012


Daripada mula negara kita merdeka sehinggalah tahun 2008, hutang negara Malaysia sudah hampir mencecah sekitar RM280 bilion pada ketika itu yang mana sudah pun melangkaui legasi 5 Perdana Menteri Malaysia  iaitu:
  1. Tunku Abdul Rahman 
  2. Tun Abdul Razak 
  3. Tun Hussein Onn 
  4. Tun Mahathir Mohamad 
  5. Tun Abdullah Ahmad Badawi 
Daripada tahun 2008 sehinggalah tahun 2012, hutang negara terus meningkat sehingga RM200 bilion yang mana ia hanya mengambil masa sekitar 5 tahun sahaja di zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Jika kenaikan hutang tinggi, faedah kepada negara mestilah tinggi juga. Malangnya, inilah yang merisaukan kita semua.

Hutang Negara zaman Najib Razak 

Hutang Negara terkini 2012 ialah RM484.621 Bilion. Kenaikan mendadak sebanyak RM200 Bilion dari tahun 2008 hingga 2012?

Sepatutnya semakin banyak duit negara dibelanjakan, semakin banyak faedah yang dinikmati oleh rakyat bukan? Sebagai contohnya, kos sara hidup rakyat semakin baik. Oleh itu kami suka untuk memberikan analaogi mudah di sini.

Kami suka untuk imbas kembali ketika era tahun 80an. Kami pasti ramai juga di sini yang berada dan merasai hidup di zaman tersebut. Pada masa itu, seingat kami selepas habis belajar daripada universiti dan mula-mula bekerja, gaji yang diperolehi adalah sekitar RM1,650 sebulan. Baiklah kita genapkan RM1,700 untuk senang kira. 

Tahun bila pada masa itu? Tahun 1987. 

Sekarang? 

Sekarang…tahun 2012. Maknanya sudah 25 tahun masa berlalu. Kami juga ingin kongsikan di sini, kami ada kenalan yang anaknya baru sahaja bekerja di Jabatan Akauntan Negara (ANM) di Putrajaya. Belajar di universiti kemudian habis, terus dapat kerja di Putrajaya. Beliau tamat belajar tahun 2012, gaji pertamanya adalah RM2345. Apa yang ingin kami kongsikan di sini? 

Gaji seorang graduan universiti pada tahun 1987 ialah RM1700.

Gaji seorang graduan universiti pada tahun 2012 ialah RM2345.

Dalam jurang masa 25 tahun, kenaikan gaji hanya pada kadar RM600 sahaja. 

Tetapi, dengan gaji RM1700 dahulu..
  •  Sewa rumah pada ketika itu adalah RM100 sebulan
  • Harga minyak tak sampai RM1 pun seliter
  •  Harga gula RM0.40 sekilogram 

Dengan gaji RM2345 sekarang
  • Harga gula sudah pun mencecah RM2.50 
  • Harga minyak Ron95 sudah mencecah RM1.90 seliter
  •  Bolehkah anda sewa rumah yang selesa pada hari ini dengan kadar RM100 sebulan? Di kota-kota besar, sewa rumah ialah sekitar RM700 hingga RM800 sebulan.

Point kami adalah, kos sara hidup semakin melonjak tinggi daripada tahun ke tahun tetapi purata gaji dan pendapatan rakyat Malaysia mendatar. Sebenarnya inilah perkara pokok yang harus diselesaikan dalam kalangan pemimpin politik dan negara ketika ini. Itu belum ditambah dengan masalah sistem pengangkutan di Malaysia. Jadi penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh kalangan rakyat Malaysia sekarang ialah dengan membeli kereta. 

Nak beli kereta? Mahal harganya. Tiada negara di dunia yang mengenakan cukai kereta sehingga 100%. Hanya di Malaysia, Umno menindas rakyatnya sendiri. 

Semak sejarah harga kereta di Malaysia tahun 1980an : Klik sini.

Sekarang, sebuah kereta Myvi yang keluar daripada kilang, harganya sekitar RM25,000 

Tetapi disebabkan cukai yang berlebihan iaitu cukai jualan 10% dan duit eksais 85%), kenaikan harga kereta hampir 100% daripada harga sebenar. Harga yang djual di pasaran terus melonjak kepada RM50,000. 

Akhirnya rakyat seperti kita semua terpaksa membuat pinjaman sehingga 9 tahun contohnya, dengan bayaran RM500 sebulan. 

Belum sentuh bab memiliki rumah sendiri lagi…Mampukah? 

Kita sudah berpuluh tahun merdeka, tetapi asyik berteriak isu-isu remeh. Isu perkauman tidak pernah selesai. Sedangkan, isu-isu bagaimana cara hendak meningkatkan kadar boleh belanja rakyat Malaysia adalah yang perlu diberi perhatian. 


DPPKT: Pilihlah pemimpin yang mampu berfikir untuk selesaikan masalah rakyat. Bukan wakil rakyat yang melalak seperti orang tak ketahuan di Parlimen, bercakap besar dan sombong dengan kuasa yang ada, dalam masa yang sama masalah ekonomi rakyat tidak pernah selesai bahkan semakin parah..

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.