Wednesday 26 December 2012

Pas Titiwangsa edar Kalendar 2013 di Pasar Malam Taman Maluri (Gambar)

Pas Kawasan Titiwangsa dengan kerjasama Pemuda dan Muslimat Pas Titiwangsa telah menganjurkan program edaran Kalendar 2013 dan risalah bertempat di Pasar Malam Taman Maluri. Sebanyak 1000 keping Kalendar 2013 yang diterbitkan oleh Pemuda PAS Titiwangsa telah diedarkan dalam program yang berlangsung semalam (26 Disember 2012) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan pengunjung dan peniaga. 

Petugas kawasan turut membuka dua buah khemah kaunter daftar pemilih di dua tempat berasingan bagi memudahkan masyarakat di sekitar Parlimen Titiwangsa membuat semakan daftar pemilih. Kaunter ini dibuka sebagai persediaan untuk menyambut kehangatan Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. 

Turut hadir dalam program ini ialah Yang Dipetua PAS Titiwangsa, Mejar (B) Ustaz Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Sdra Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. 

Ketibaan YDP Titiwangsa (berdiri dua dari kanan) disambut petugas.
 
Petugas daripada Pemuda PAS Titiwangsa telah diamanahkan untuk mengedarkan bahan-bahan penerangan kepada pengunjung Pasar Malam Taman Maluri. Program di Parlimen Titiwangsa ini turut mendapat perhatian Pemuda PAS Wilayah Persekutuan apabila Ketua Pemuda PAS WP, Sdra Kamaruzzaman Mohamad turut hadir bersama beberapa orang Exco Pemuda PAS Wilayah untuk sama-sama mengedarkan bahan penerangan kepada pengunjung. 

Penyelaras Pusat Khidwat Wakil Rakyat (PKWR) TItiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi memaklumkan bahasa beliau tidak dapat hadir kerana sedang mempengerusikan mesyuarat Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM untuk menyelesaikan isu saman AES dan persediaan team peguam bagi menghadapi Hari Kebangkitan Rakyat #112. 

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas PAS atas kesungguhan memberi penerangan kepada rakyat di Parlimen Titiwangsa. 


Petugas pemuda dan muslimat menyiapkan bahan-bahan yang akan diedarkan oleh petugas.

Ketua Pemuda PAS Titiwangsa sedang mengedarkan kalendar dan risalah kepada peniaga pasar malam Taman Maluri

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut hadir mengedarkan kalendar dan risalah.



Petugas pemuda sedang mengedarkan Harakah secara percuma.



Kaunter semakan daftar pemilih mendapat sambutan di luar jangkaan.



Sudahkan anda mendapatkan Kalendar 2013 Parlimen Titiwangsa?

DPPKT: Jumpa lagi 29 Disember ini dalam program Pesta Durian di PPR Jelatek!

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.