Monday 31 December 2012

Perutusan Tahun Baru 2013 JUHAM

Secara kesuluruhannya, tahun 2012 merupakan tahun yang baik bagi Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana misi utama kami untuk merakyatkan JUHAM di mata masyarakat sudah berjaya dicapai walaupun diakui masih banyak lagi yg perlu diperbaiki. 

Penglibatan JUHAM dalam kes-kes di peringkat nasional seperti Himpunan Bersih 2.0 & Bersih 3.0, Himpunan Hijau Lynas, Himpunan Oren, Himpunan Mansuhkan ISA yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah, Inkues siasatan kematian Baharuddin Ahmad, saman AES dan juga kes-kes yang melibatkan kemahasiswaan seperti kes UPSI, semakan kehakiman kes pelajar UniMap dan kes-kes pelajar yang melibatkan AUKU

Di peringkat dalaman pula JUHAM telah berjaya menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak untuk memberikan taklimat perundangan pilihanraya yg terkini, pengetahuan tentang hak-hak asasi dan juga simulasi pilihanraya kepada pimpinan dan petugas-petugas parti. 

JUHAM mengharapkan agar di tahun 2013 ini, kerajaan lebih menghormati hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan. Ini dapat dibuktikan dengan kerjasama baik yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur nanti. 

Negara juga akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 awal tahun 2013 ini dan tentunya JUHAM mengharapkan agar pihak berkuasa dapat memainkan peranan yang penting dan tidak bias dalam mengawal pesta demokrasi rakyat nanti. 

Undang-undang bukan sahaja perlu dilihat adil tetapi perlaksanaannya juga perlu adil dan saksama "without fear or favour". 

Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang untuk seluruh rakyat Malaysia. Sekian 31 Disember 2012 

AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI 
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Malaysia (JUHAM) 
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

merangkap
Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Parlimen Titiwangsa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.