Tuesday 18 December 2012

Pentas Wanita Pakatan Rakyat di Desa Pandan tampilkan Ustazah Nuridah



Pada 15 Disember 2012 lalu, muslimat PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Pentas Wanita Pakatan Rakyat bertempat di Blok B Flat Desa Pandan. Hampir 200 penduduk tempatan memenuhi kawasan ceramah itu.

Antara penceramah yang menyampaikan pidato masing-masing ialah Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr. Rosni Adam, Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang. 

Turut sama menyampaikan ucapan ialah Sdra Mohammad Faizal Che Yusof, pengerusi Sekretariat Prihatin OKU yang bernaung di bawah Lajnah Kebajikan PAS Pusat. Beliau banyak menyentuh berkenaan dengan isu-isu Orang Kelainan Upaya yang memerlukan pembelaan dan mendapat hak sama rata seperti orang lain.



 


DPPKT: Tahniah diucapkan kepada muslimat yang menganjurkan program penerangan ini.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PERINGATAN: Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT). DPPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.